LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask |FULL REVIEW|


Pengenalan mengenai Rambut I

Sebagai seorang yang memiliki rambut yang panjang, hitam dan bersinar. Anda pasti nak tahu apa yang I buat untuk mendapatkan rambut yang sihat dan senang diuruskan ? Sebenarnya benda paling penting dalam penjagaan rambut ialah pemakanan. Pemakanan yang sihat dan seimbang serta kaya dengan nutrisi adalah salah satu faktor yang boleh mempercepatkan proses pertumbuhan rambut serta meguatkan rambut dari kulit kepala sehingga hujung rambut.

Tapi disebalik rambut panjang yang I miliki ialah masalah rambut gugur. Rambut gugur ni kerap berlaku sejak lahirnya anak pertama dan anak kedua I. I pula seorang yang apabila rambut gugur I akan kutip dan simpan rambut gugur dalam plastik. Memang rambut gugur yang I simpan dan sebungkus plastik. Usually rambut ni walaupun dah tercabut dari kulit kepala memang sepatutnya kita simpan sebaiknya. Menurut kepercayaan, rambut ni kalau orang nak buat jahat contoh nak sihir - Ugh orang kalau dah jahat sanggup buat apa sahaja kan. Eh tapi entri kali ni bukan nak bagitahu cerita seram ye tapi sebagai peringatan supaya menjaga rambut dengan sebaiknya walaupun rambut tu berpisah dari jasad.

Berbalik pada tajuk entri - I 'recently' dipelawa untuk menghadiri LAB 11 FULL-LIFT event di Eko Sky's Business Lounge. Event pasal rambut and kalau pakai produk LAB 11 rambut lebih mempesonakan gitu. Di event ni I diterangkan mengenai sejarah, pengasas, produk, bahan dan cara nak guna serta bagaimana untuk membuat jualan dengan LAB 11 Full-Lift.


Sejarah ringkas GlobalStory dan LAB 11 FULL-LIFT

Selama 18 tahun pengalaman melalui 11 cawangan salon HairStory, 1 Akademi HairStory, 2 salon Sugarnails dan 2 buah kedai FaceStory telah menjadikan pasukan GlobalStory setanding dalam industri kecantikan dan rambut antara salah satu produk ciptaanya ialah jenama LAB 11.

Visi utama ialah menyerlahkan kecantikan dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai dimana GlobalStory menyasarkan LAB 11 sebagai rangkaian produk yang akan memberikan kualiti tip top khusus untuk rambut dan jalan penyelesaian sebagai produk kecantikan.


Info Ringkas mengenai Pengasas GlobalStory

Menurut Derick Ooi iaitu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas GlobalStory, jenama utama FULL-LIFT Shampoo dan Soft Mask ialah LAB 11 adalah bertujuaan untuk menjadikan rambut lebih bergaya dengan melebihi dari 10 kebaikan untuk menyempurnakan, anti-keriting, kawalan minyak, rambut mudah tumbuh, perlindungan dari suhu panas, menguatkan dan banyak lagi sama ada rawatan dilakukan di salon rambut mahupun penggunaan harian dirumah.


LAB 11 FULL-LIFT Bebas bahan kimia berbahaya

Pasukan GlobalStory berusaha untuk melakukan kajian dan memajukan produk ini sejak dari tahun 2016 secara berterusan yang telah memformulasikan FULL-LIFT Shampoo dan Soft Mask dengan bahan dari ekstrak semulajadi, minyak essentials dan 11 jenis asid amino.

Paling menarik FULL-LIFT Shampoo dan Soft Mask merupakan produk pertama yang dilancarkan di bawah LAB 11 yang tidak mempunyai pewarna tiruan, 100% ekstrak semulajadi dan minyak essentials asli, bebas fragran dan bahan kimia berbahaya.


Bahan Utama di dalam LAB 11 FULL-LIFT

LAB 11 FULL-LIFT mempunyai bahan-bahan utama seperti :

  • Watercress : Menguatkan akar rambut untuk menganjal serta menggalakkan rambut menjadi lebih sihat, elastik dan lebih lembut.
  • Minyak Kastor : Melembab, menghitam dan melebatkan rambut. Mengurangkan kondisi rambut yang rata/flat dan membantu merawat masalah rambut gugur.
  • Minyak Essentials Eucalyptus : Mengurangkan keradangan kulit kepada dan melegakan kegatalan di kulit kepala.
  • Minyak Essential Peppermint : Menggalakkan peredaran darah disekitar kulit kepala serta menghidrat kulit kepala yang kering.
  • Minyak Argan L Memberikan nutrisi, memperbaiki kerosakan dan memulihkan bahagian dalaman rambut dan memperstrukturkan kembali hujung rambut yang bercabang.
  • Minyak Essential Sweet Orange : Menjadikan rambut lebih berkilat, bersinar dan elastik serta dapat mengurangkan kelemumur.
Bahan lain di dalam LAB 11 FULL-LIFT

Bahan-bahan lain :
  • LAB 11 Full-Lift Shampoo (Berat 300ml, Dimensi : 5.5cm [D] x 21cm [H]) : Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Sodium Cocoyl Apple Amino Acids, Cocamidopropyl Betaine, Polyquaternium 7, Glycerin, Lauryl PEG-8 Dimethicone, Cocamide DEA, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Nasturtium Officinale Extract, Tropaeolum Majus Extract, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Phenooxyethanol, Sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Aspartic Acid, PCA, Glycerine, Alanine, Serine, Valine, Proline, Threonline, Isoleucine, Histidine, Phenylalanine, citrus sinensis(sweet orange) oil, Eucalyptus globulus leaf oil, potassium hydroxide, Citric acid.
  • LAB 11 Full-Lift Soft Mask (Berat 250ml, Dimensi : 5cm [D] x 19 cm [H]) : Aqua, Isopropyl Myristate, Cyclopentasiloxane, cetearyl alcohol, PEG-40 Hydrogenated castor oil, dipalmitoylethydimonium chloride, amodimethicone, cetrimonium chloride, trideceth-12, glyceryl stearate, PEG-100 Stearate, cetearyl alcohol, hydrogenated ethylhexyl olivate, hyrogenated olive oil unsaponifiables, cetyl alcohol, cera alba, lauryl PEG-8, Dimethicone, nasturtium officinale extract, tropaeolum majus extract, sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Aspartic Acid, PCA, Glycine, Alanine, Serine, Valine, Proline, Threonine, Isoleucine, Histidine, Phenylalanine, Citrus Sinensis ( Sweet Orange ) Oil, Phenoxyethanol, stearalkonium chloride, citrus aurantifolia (lime) oil, behentrimonium chloride, hydroxypropyl chloride, argania spinosa kernel oil, chlorphenesis, piperita (peppermint) oil, Eucalyptus Globulus leaf oil.

Un-boxing VIDEO untuk LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask



Cara Nak Pakai LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask

It's Time to pakai LAB 11 FULL-LIFT SHAMPOO dan SOFT MASK !

Pada pendapat I dari segi pembungkusan : LAB 11 menggunakan kotak umpama eco-friendly dan list out the ingredients dan benefits sebagai kotak luar manakala bahagian dalam pembungkusan produk didalam botol plastik dan 'product delivers' melalui jenis pam untuk mengikut saiz amaun rambut individu. Penggunaan warna hitam adalah menunjukkan warna yang kemas, 'smart,' dan elegan.


Tekstur LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask

Tekstur LAB 11 FULL-LIFT Shampoo berwarna putih lutsinar, sedikit likat dan mempunyai haruman seperti buah oren dan sitrus yang segar. Mudah menghasilkan busa dan cucian meliputi keseluruhan rambut dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Urutan diperlukan untuk penghasilan busa yang banyak tau.

Tekstur LAB 11 FULL-LIFT Soft Mask pula berwarna putih seperti losyen, selalunya langkah kedua dalam penjagaan rambut ialah perapi/conditioner tapi kali ni LAB 11 menggunakan SOFT MASK sebagai ganti atau lebih dikenali sebagai 'topeng lembut' untuk rambut 'instead of' Topeng wajah. Aroma yang sama seperti 'shampoo' iaitu bau seperti buah-buahan oren/sitrus yang segar. Tekstur yang lembut ni meresap ke dalam rambut dengan pantas sekali gus melembutkan rambut yang kasar.




Cara Untuk Pakai LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask

Langkah yang mudah untuk dapatkan rambut yang wangi, cantik, lembut dan nampak sihat dengan LAB 11 FULL-LIFT ialah :
  1. Basahkan rambut
  2. Pam LAB 11 FULL LIFT Shampoo 1-2 kali atau amaun mengikut panjang rambut
  3. Urut rambut sehingga busa terhasil secara menyeluruh dari kulit kepala sehingga hujung rambut
  4. Urutan sekitar kepala adalah penting untuk menggalakkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut baru
  5. Selepas itu cuci sehingga bersih
  6. Semasa rambut masa basah, sapukan beberapa pam LAB 11 FULL LIFT Soft Mask pada rambut, sebolehnya hanya sekitar rambut dari hujung sehingga kulit kepala. Untuk memastikan keseluruhan rambut mendapat kebaikan dari LAB 11 FULL LIFT.
  7. Macam I biarkan selama 10 minit supaya FULL LIFT Soft Mask ni betul-betul meresap ke dalam rambut I. Tapi so far 1 minit pun rambut dah terasa lembut.
  8. Kemudian basuh sehingga bersih dan serap lebihan air pada rambut dengan tuala.
  9. Lepas tu boleh dah biarkan rambut sehingga kering kalau tak nak guna panas dari pengering rambut. Tapi nak cepat boleh guna pengering rambut dan tak perlu risau sebab LAB 11 dah berikan perlindungan dari panas akibat dari penggunaan 'hair dryer' atau 'hair styling' seperti 'iron road' mahupun 'curl road.'
  10. Lepas tu dah boleh gayakan rambut tanpa rasa kurang keyakinan dah.


Sebelum dan Selepas

Rambut I yang sebelum nampak kusam, flat, berbau tak harum serta ada cabang dihujung rambut sudah nampak sedikit perubahan dimana rambut I nampak lebih berkilat bersinar, nampak lebih sihat dengan warna hitam yang pekat, bau yang sangat wangi dan tahan lama harumannya sehingga lebih 24 jam, kurang kegatalan pada kulit kepala dan kelemumur pun malu-malu nak timbul. Paling best rambut rasa bouncy gitu. I taknak over-claimed tapi so far I suka sangat dengan LAB 11 FULL-LIFT sebab aroma haruman tu sangat segar dan menenangkan tau !


Apa-apa pun penggunaan LAB 11 FULL-LIFT ni sesuai untuk semua jenis rambut tapi ada yang jenis sensitif kalau tak sesuai mohon jangan teruskan penggunaannya. Sebab macam I katakan walaupun produk tu organik pun ada sahaja yang tak sesuai tak pastilah kenapa sensitif sangat tu kan.

Harga LAB 11 FULL-LIFT Shampoo & Soft Mask ni ialah : RM158

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman sesawang : http://www.lab11international.com/
Facebook : @Lab11International
Instagram : @lab11-international

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com