RedTail Karaoke beri pengalaman menyanyi ala-ala penyanyi


Bagi yang minat menyanyi untuk suka-suka ataupun yang nak praktis vokal, apa kata try to check out RedTail Karaoke di Genting Highlands. RedTail oleh Zouk ni menjadi tempat lepak yang sangat hangat dan panas di resort ni. Selain daripada permainan di luar disediakan, kelab ini dijadualkan akan dibuka suku keempat tahun 2018.

Bilik karaoke yang menyeronokkan ni akan bertambah hangat lagi apabila bersama rakan-rakan untuk lepak bersama sambil menyanyi menguji vokal suara masing-masing.


RedTail Karaoke mempunyai warna bertema merah ala-ala warna hangat dengan cahaya dan lampu yang lip lap gitu untuk memberikan mood untuk berhibur dengan konsep moden ini. Terdapat 6 bilik yang diberi nama karakter iaitu Steve the drum- playing gorilla, Eddy the saxophone-playing panda dan Joe the break dancing flamingo.





Pengunjung yang hadir boleh mengalami pengalaman yang baru dengan lagu pilihan bertemakan Reggae, K-pop, EDM, Rock dan Klasik harus untuk diterokai.


Maskot lelaki Red Panda yang comel iaitu Xiao Hong merupakan maskot yang disukai ramai kerana bentuknya yang comel. Di RedTail  merangkumi 3000 kaki persegi yang boleh memuatkan sekitar 60 pax di bilik karaoke setiap satu bilik boleh memuatkan sekitar 2-20 orang mengikut saiz bilik.


Pakej 'Let's Sing' pada RM200 untuk 3-4pax di dalam bilik akan dapat menikmati tower of tiger beer dan merlot red wine serta 2 hidangan popcorn ayam. 

Pakej Ladies & Gentlemen untuk 10 pax ke atas termasiklan bucket of Budweiser ( 6 botol ), Merlot Red Wine, 2 hidangan setiap satu popcorn ayam, kentang goreng, sosej dan satu dulang 6 shots dengan piliha Tequila Lemon Drop, Sour Plum or RedTail Smash.

Pakej penuh iaitu Party in the house bernilai RM1,000 pula termasuklah tower of Tiger Beer, Moet Champagne, Chandon Imperial, satu dulang 12 shots termasuklah popcorn ayam, kentang goreng, dan sesej ayam atau sosej daging.

Untuk makanan ringan, RedTail Karaoke turut menyediakan snek ringan seperti kacang dan twisties.

Tapi bagi yang non-alkoholik you all boleh minta air mineral je okay, nyanyi-nyanyi bersuka ria saja.


Semua bilik dilengkapi dengan peralatan karaoke yang terkini, dan penggunaan peranti skrin sentuh yang mesra dan juga mikrofon berdiri yang retro yang akan menjadikan anda seperti ala-ala Elvis Presley gitu. Senarai lagu berjumlah lebih dari 10,000 buah yang sentiasa dikemas kini dari lagu klasik sehinggalah lagu-lagu hits yang terbaru.


Bilik-bilik pula dihiasi dengan sistem audio-visual dan mikrofon yang tinggi untuk memberikan pengunjung mood superstar di dalam diri mereka untuk hiburan pada waktu malam.


Menu yang terdapat RedTail boleh rujuk di sini.


RedTail oleh Zouk juga menyediakan bar dengan pakej permainan yang menarik termasuk Beer Pong, Elektronik Beer Pong, Giant Jenga, dan Xbox E-Games yang sempurna sebagai tempat pre-club untuk memenuhi malam yang masih muda.


RedTail oleh Zouk terletak di Level G of SkyAvenue, Resorts World Genting. Di buka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 3 pagi, ruangan seluas 4,289 kaki persegi boleh menjadi memuatkan sehingga 150 tetamu pada satu masa, RedTail oleh Zouk menawarkan pelbagai pilihan minuman beralkohol dan tanpa alkohol di bar Beer serta menu makanan dan snek ringan.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com