Keindahan Di Sebalik Dinding - Masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang


Baru-baru ni I berpeluang untuk mengikuti Program Keindahan Di Sebalik Dinding dijalankan bertujuaan untuk memupuk banduna-banduan di Penjara Bentong dengan kemahiran kulinari dan ianya adalah sebuah inisiatif oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah  Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar A-Haj dan kerjasama dengan Resorts World Genting.

Program ini memberi fokus untuk mendidik banduan-banduan dan juga staf-staf wanita di Penjara Bentong yang melibatkan isu-isu kebersihan dalam pengurusan dapur dan makanan, penggunaan teknologi kulinari, nutrisi pemakanan, resepi komersial dan juga membuka peluang di dalam industri pemakanan. Niat yang baik untuk memastikan para banduan berpeluang untuk menyara diri apabila sudah dibebaskan kelak.


Bersama dengan Chef Alex Vitalise yang telah menjalankan sebuah demostrasi memasak yang meliputi cara memasak resepi-resepi yang mudah tetapi berkesan yang sememangnya sejajar dengan arahan Duli Yang Maha Mulia dalam memupuk kemahiran memasak dalam kalangan banduan tersebut seperti hidangan masakan Barat yang mudah dan senang untuk diadaptasi dan diubah ke pelbagai cita rasa Asia dengan adanya rujukan yang terperinci dalam membuat sos dan juga ramuan yang sudah pastinya boleh menghasilkan sumber pendapatan dengan serta merta dengan asas program mengikuti resipi-resipi dari buku-buku memasak Duli Yang Teramat Mulia sendiri :

  • Air tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang
  • Air tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang



Dengan menyaksikan sendiri Tengku Puan Pahang menggunakan bahan asas pes asam pedas sebagai sos menu burger telah menjadikan menu ini adalah sangat istimewa terutamanya dengan gabungan menu Barat dan menu tradisi. Pembinaan program ini telah diarah sendiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj sudah pastinya memegang erat pegangan itu untuk didedikasikan terhadap pemulihan banduan-banduan wanita melalui kemahiran kulinari. Kemahiran bekerja ini akan jadi amat berguna untuk mereka apabila kembali bersepadu dengan masyarakat kelak dimana acara ini telah diumumkan pada Oktober 2018 yang lalu di Program One Touch Wanita, Masakan Kasih Sayang dan Perniagaan. Dengan adanya program sebegini dapat memberikan peluang kedua kepada mereka yang pernah tersilap langkah satu ketika lalu.


Antara bahan asas yang disediakan untuk menghasilkan menu masakan seperti kobis, timun, tomato, rempah ratus, bawang yang telah dikisar.


Pes asam pedas dan rendang yang telah disiapkan terlebih dahulu dengan bahan asas seperti batang serai tetak, daun kesum, halba, Cili kering, asam jawa dan lain-lain.


Asam pedas dan rendang daging yang telah siap dimasak memberikan aroma rempah yang semerbak, enak dan lazat yang memenuhi ruangan dewan makan.


9 menu yang menarik dan meningkatkan deria rasa telah dihasilkan dengan menggunakan pes asam jawa. Antara menu yang I suka ialah Burger bersoskan pes asam pedas. dan rendang daging. I nak try sendiri resepi untuk ikan salmon dengan pes ni, nampak menyelerakan juga.


Kuih-muih seperti chocolate brownie, kuih talam pelbagai perisa, kek, biskut cip coklat, biskut berperisa mentega dan swiss roll sebagai manisan dan pencuci mulut. Surprisingly these desserts tasted sugarless, I love it !


Program di Workshop Pastri Penjara Bentong telah berlangsung pada 25 November lalu telah membuka mata setiap yang menghadirkan diri dimana semua orang layak untuk mendapatkan peluang kedua untuk menjadikan diri lebih berkemahiran serta boleh mencari sumber mata pencarian kelak.


Acara ini turut disokong penuh oleh Resorts World Genting, wakil-wakil negeri Pahang dan telah dihadiri oleh Ybhg KP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razali (Pengarah Penjara Negeri Pahang), Ybgh KP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razali (Pengarah Penjaara Negeri Pahang), Ybhg Dato' Sakeri bin Haji Dollah (Pengarah Divisyen Vokasional dan Industri) dan Ybhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar (Pengarah Penjara Se-Malaysia) seiring dengan Puan Katherine Chew, Naib Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting dan juga Chef Eksekutif Resorts World Genting, Alex Vitalise.

Menurut Duli Yang Teramat Mulia, beliau tidak percaya kita harus menuding jari kepada sesiapa sahaja walaupun ada yang telah membuat kesilapan dan apa yang paling penting ialah mengambil pengajaran dari kesilapan tersebut dan masyarakat juga memberi kita peluang untuk membuktikannya. Peranan yang diusahakan adalah untuk membantu wanita-wanita ini untuk kembali ke kalangan masyarakat denngan sikap yang lebih baik dan juga kebolehan yang betul untuk membolehkan mereka untuk hidup dengan sihat dan produktif disebalik dinding-dinding ini. Usaha yang pastinya berbaloi terutamanya melibatkan makanan adalah amat sesuai untuk para wanita di sebalik dinding ini dan makanan merupakan sesuatu yang menyatukan rakyat Malaysia. Sedikit sebanyak buku resipi Air Tangan Tengku Pahang ini dapat menghulurkan bantuan dan idea untuk mereka yang menceburkan diri dalam masakan dan kulinari.



Untuk lebih lanjut mengenai suasana di sebalik dinding Penjara Bentong yang ini adalah list perkara/barangan yang dibenarkan dan dilarang ketika berada di sini.

P/S : Sebagai seorang yang sempat melawat Penjara Bentong serta diselitkan dengan ruang dan masa yang ada ini sedikit sebanyak memberi keinsafan, pengajaran dan terbukanya harapan bagi seseorang yang pernah berada di situasi gelap ketika lalu dan sebagai masyarakat perlulah memberikan peluang kepada mereka agar mereka terus berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com