Kidzathon 2018 - Selami kebudayaan dan warisan dalam Malaysia


Kidzathon - A walk through our culture baru-baru ini telah diadakan di The Sports Center Desa Park City pada 11 November 2018 dimana acara telah bermula seawal 7 pagi Ahad dengan jarak sebanyak 2KM. Kali ni suami dan anak-anak I turut berpeluang untuk menyertai Kidzathon tahun ini untuk mengeratkan silatulrahim di antara kami serta mengambil tahu mengenai seni budaya di dalam Malaysia.

Terdapat 6 persembahan sepanjang perjalanan yang bermula dari The Sport Centre merentasi The ParkcityClub, The Central Park, The Waterfront, The Northshore Gardens, One Central Park, Future Condo Project dimana sepanjang perjalanan mengambil jarak sekitar 2 KM.


Lokasi The Waterfront, budaya India telah mempersembahkan seni pertahanan diri iaitu Silambam yang berasaskan pertempuran tongkat.  Ianya adalah senjata untuk mempertahankan diri mereka dari haiwan buas dan juga menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun. Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing juga mengambil bahagian didalam seni Silambam. Sumber > Di sini <


Tarian Kolattam ialah sejenis tarian tradisi budaya masyarakat India yang dipersembahkan pada mana-mana majlis keramaian sebagai tanda meraikan kegembiraan. Persembahan Kolattam memang tidak lengkap jika tida dipersembahkan ketika majlis perkahwinan, kelahiran, ponggal, Deepavali dan sebagainya namun ianya sudah kian dilupakan tapi anda tetap dapat melihat sendiri persembahan ini ketika Thaipusam. Sumber di > sini <


Budaya Cina pula telah menjadikan aktiviti bermain yo-yo Cina ini sebagai permainan tradisional yang diperbuat daripada buluh dan dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Diperbuat dari 2 cakera yang sama saiz dan disambungkan dengan tali yang panjang. Aktiviti ini membantu untuk memberi fokus dalam mengimbangkan dengan melontar yo-yo ke udara dan melambung dengan mengekalkan gerakan berputar. Sumber di > sini <



Budaya di Sabah pula sangat terkenal dengan Tarian Sumazau dan tarian Magunatip. Tarian magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan irama tarian tersebut. Sumber di > sini <


Di Sarawak pula terkenal dengan tarian suku kaum Orang Ulu dan juga aktiviti menyumpit. Tarian yang dipersembahkan merupakan tarian suasana keriangan masyarakat suku kaum Orang Ulu semasa berburu sambil berkelah di hutan. Sementara menunggu pulang pemburu dengan hasil buruan. Merka telah berhibur sambil menari dengan iringan muzik manakala aktiviti menyumpit pula ialah aktiviti berburu. Sumber di > sini <



Congkak merupakan aktiviti budaya orang melayu sebagai aktiviti dalaman dan pertandingan. Ianya menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Permainan congkak perlu ada 2 pemain. Setiap pemain ada 7 buah lubang kecil dan 1 lubang besar sebagai perumah. Giliran pemain akan bertukar apabila terdapat lubang kosong dan jika dihadapannya terdapat beberapa biji getah atau guli, pesaing boleh mendapat hasil di dalam lubang hadapannya. Nak faham lebih lagi sila baca di > sini <



Wau Bulan ialah tradisi masyarakat melayu yang popular di Kelantan. Ciri yang merupakan bulan sabit ini telah menjadikan wau ini sebagai wau bulan. Wau yang telah dicorakkan dengan rekaan yang menarik biasanya mempunyai saiz sekitar 2.5meter dengan tinggi 3.5 meter. Daya tarikan wau ini ialah corak di atasnya. Untuk info lagi sila rujuk di > sini <



Akhirnya setelah perjalanan merentasi persembahan budaya dengan jarak 2 km di padang yang cantik bertasik serta mesra haiwan. Kami berempat sampai juga ke garisan Penamat. Penaja yang telah menaja minuman peserta ialah dari Milo, Lipton, Yakult dan lain-lain.


Kami telah menerima pingat sebagai kenangan dan bukti kami telah menyertai Kidzathon - A Walk Through Culture untuk tahun 2018.


Selain daripada aktiviti merentasi kawasan, terdapat banyak lagi aktiviti yang menarik yang boleh disertai oleh ibu bapa dan anak-anak.


Muka happy lepas dapat rentasi cabaran.


Baling gelung di Kon.


Kidzathon - A walk through our culture telah berakhir dengan persembahan tarian budaya Malaysia sebagai majlis penutupan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kidzathon, sila layari :
Website : http://www.racexasia.com/event/kidzathon-a-walk-through-our-culture/
Facebook : https://www.facebook.com/kidzathon/
Instagram : https://www.instagram.com/kidzathon/

UrbanHealth Magazine
Website : http://www.urbanhealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/UrbanHealthMag/
Instagram: https://www.instagram.com/urbanhealthmagazine/



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com