Nickelodeon's Dora The Explorer LIVE ! Search for the City Of Lost Toys di Genting International Showroom


Sebagai seorang mama 2 orang anak yang meminati Dora The Explorer, we all too excited bila Dora datang ke pentas Resorts World Genting yang telah dilancarkan di Genting International Showroom sejak dari 24 November 2018 lalu secara LIVE ! Dora The Explorer membawa para penonton untuk mengembara bersama ke Search For The City Of The Lost Toys.


Tak ubah seperti rancangan siri Dora The Explorer di TV, Dora secara LIVE didalam bentuk maskot telah menjadikan persembahan ini nampak lebih menyeronokkan dan menarik serta kanak-kanak dapat berinteraksi dengan karakter di atas pentas dari hati ke hati. Ianya bukan sahaja berkonsepkan 'educational' malahan menggalakkan lagi kanak-kanak lebih yakin untuk menari dan menyanyi bersama Dora serta mempelajari pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Spanish.


Search For The City Of The Lost Toys ialah sebuah pengembaraan yang akan membawa para penonton untuk melihat sendiri bagaimana Dora mencari jalan ke City Of The Lost Toys dengan bantuan peta, rakan-rakan haiwan seperti Osito dan juga Diego untuk mendapatkan kembali patung teddy bear kesayangan Dora.


Pengembaraan yang penuh magik dengan karakter yang sangat berinspirasi ini perlu menghadapi cabaran untuk sampai ke City Of The Lost Toys. Bukan mudah kerana pengembaraan ini terpaksa melalui Piramid dan hutan untuk sampai ke destinasi. Di setiap halangan laluan terdapat puzzle dan teka-teki yang perlu diselesaikan disamping terpaksa bertembung dengan karakter Swiper iaitu seekor musang yang sangat licik untuk mengacau Dora dalam pengembaraanya.


Terdapat 2 jenis pengangkutan yang telah membantu Dora untuk menyelesaikan misinya mencari patung teddy bearnya di City Of The Lost Toys.  Tapi anda kena saksikan sendiri Nickelodeon's Dora The Explorer  secara LIVE ! Search for the City Of Lost Toys di Genting International Showroom yang telah berjaya bertakhta hampir 2 juta di hati peminat kanak-kanak di seluruh dunia.


Nickelodeon's Dora The Explorer LIVE ! Search for the City Of Lost Toys telah menjelajah lebih dari 15 negara sejak tayangan perdana di Melbourne, Australia dari tahun 2010 yang telah menghiburkan hampir 2 juta kanak-kanak seluruh dunia. Pertama kali di Malaysia dengan 14 barisan pelakon dan ahli krew yang gigih untuk lakonan, menyanyi sambil menari untuk 18 buah lagu berdurasi 90 minit dengan waktu rehat selama 15 minit. Lagu yang senantiasa di ulang tayang di dalam siri telah diubah dan dicampur dengan lagu asli ditulis untuk persembahan secara langsung.


Persembahan 'happy-ending' akan diakhiri dengan lagu We Did It ! apabila Dora telah berjaya menghabiskan misi nya menghadapi cabaran ketika pengembaraannya.




Tiket Nickelodeon's Dora The Explorer LIVE ! Search for the City Of Lost Toys kini masih lagi boleh didapatkan. Tayangan pentas akan berlangsung dari 24 November 2018 sehingga 1 Januari 2019 lebih dari 44 persembahan di Genting International Showroom. Tayangan pada 7.30 malam dari Isnin ke Jumaat, 4 petang dan 7.30 petang pada Sabtu dan 4 petang pada hari Ahad. Tiada tayangan pada 26 November, 3 Disember, 17 Disember dan 24 Disember.

Tiket dijual dengan harga RM186(VIP), RM143(PS1) dan RM101(PS2). Harga tambahan untuk yuran pemprosesan sebanyak RM4 akan dikenakan. GRC(Genting Rewards Card) ahli dapat menikmati diskaun standard sebanyak 10% via tunai, kad kredit atai penebusan mata ganjaran Genting.

Resorts World Genting juga menawarkan pakej bilik  istimewa Dora The Explorer, termasuklah tiket untuk tayangan.

Standard Room untuk Hotel First World bernilai RM330 untuk sebuah bilik pada hari biasa dan hujung minggu RM359 termasuklah 2xPS1 tiket tayangan.

Untuk Hotel Theme Park pula, pakej yang ditawarkan RM529 untuk King Room termasuk 2xPS1 tiket tayangan, RM 847 untuk Quad Room termasuk 4xPS1 tiekt dan RM1,105 untuk bilik 6 orang termasuk 6xPS1 tiket. Tayangan ini ditaja penuh oleh PPB Property Development Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.rwgenting.com atau dail +603 2718 1118

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com