Piolang 24K Gold Wrapping Mask


Piolang 24K Gold Wrapping Mask

Emas ! Emas ! Yes I memang salah seorang yang gila emas. Penggunaan emas dalam kecantikan sejak dari zaman Cleopatra lagi tau. Ugh banyak sebenarnya kebaikan emas ni pada kulit manusia, biasalah metal dari dalam bumi dibawa keluar, sebab manusia pun asalnya dari tanah juga kan heee...

Piolang 24K Gold Wrapping Mask ni jenis sapu pada kulit- lepas kering- tarik dari bawah ke atas... usually kalau bernasib baik akan dapat (very good shape mask lepas tarik dari wajah) macam dalam gambar di atas hehe. Topeng wajah emas ni ada kandungan 99% emas asli untuk singkirkan sel kulit mati, mencerah dan meningkatkan keanjalan kulit serta menjadikan wajah tampak awet muda ala-ala cleoptra gitu. Selain itu dalam topeng emas ni juga terdapat bahan melembab yang boleh mencegah kulit kering.


Tekstur yang cair seperti gam tapi dipenuhi dengan emas 24 k, guna amaun yang diperlukan mengikut saiz wajah. So far bila sapu mengikut amaun dia tak meleleh tau, dia stay on place sampai lah betul-betul kering dalam masa 20-30 minit. Kalau I lagi lama lagi bagus lagi terasa ala-ala cleopatra pakai bedak emas. Hee.


Sementara menunggu kering kita posing dulu.. tunggu dia kering sampai tercabut sendiri tak pun memang sendiri kena cabut tau. Memang sangat relaxing habis. I am totally in LOVE with this gold mask seriously !


Lepas dah cabut Piolang 24K Gold Wrapping Mask ni dari wajah memang muka nampak glowing habis dan naik seri tu walaupun tak ploles pun tapi nampak juga lah aura cleopatra di sini. Eh Eh I memang rekomen sangat untuk wanita yang dah masuk 3 siri macam I ni.


Tadaaaa. inilah hasil topeng wajah emas selepas pakai mengikut amaun dan tempoh masa yang lebihi dari 30 minit. I seriously suka sangat Piolang 24K Gold wrapping mask ni ! :)

Sesuai untuk semua jenis kulit, macam I kulit kombinasi dan acne so far bila pakai tak ada rasa gatal-gatal tapi rasa sejuk dan calming je... dalam tempoh 20 minit while waiting boleh lah siapkan apa-apa yang patutkan hehe. seronok pula berspa macam setiap hari sebab topeng emas ni ada 24k emas asli yang boleh membantu untuk peredaran darah dan membersihkan liang pori. ekstrak siput pula membantu untuk melembab dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, mencerahkan parut dan melembutkan kulit. Ekstrak rumpai laut yang kaya dengan vitamin, asid amino, mineral dan anti oksida melindungi kulit dari pencemaran persekitaran.

I yang baru 2 kali pakai ni boleh nampak kesan positif la sebab pori nampak bersih walaupun tak fully mengecil, kulit nampak lebih anjal dan cerah a bit. I nak beli lagi once dah habis tapi I dengar produk ni dah SOLT OUT dalam Althea Korea.

Nak tahu lebih lanjut : > Piolang 24K Gold Wrapping Mask <

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com