It's SPA time dengan Jayeon Maskers !


Berita baik untuk beauty lovers ! Jayeon Cosmetics sekarang dah introduced new maskers dalam laman sesawang mereka untuk beauty lovers like us join the great days dengan mencantikkan, melembutkan kulit wajah dan rehatkan kulit dari solekan.

Jayeon Cosmetics merupakan jenama penjagaan diri yang ideal menawarkan produk yang mampu untuk dimiliki dari hujung rambut ke hujung kaki dengan menggunakan bahan dari Korea secara semulajadi dan telah berada di dalam dunia kecantikan semenjak dari tahun 2016 lagi.

Jayeon memberi fokus dalam produk kecantikan yang boleh melegakan kulit sensitif, kering dan juga kulit berkombinasi tanpa perlu membazir. Dari Aloe Vera Gel sehinggalah ke topeng wajah yang ada dalam Jayeon Cosmetics Online Store.



Antara produk topeng wajah yang terbaru dari Jayeon ialah Aloe Hydrating Mask | IN LOVE with Moisture, Raspberry Brightening Mask | shine like the whole universe is yours  dan juga Pearl Whitening Mask | time to get fairer



Aloe Hydrating Mask | IN LOVE with Moisture

Bahan aktif seperti Aloe vera boleh melembab dan melegakan kerengsangan kulit, Licorine pula kaya dengan anti-oksida serta mampu mencerahkan kulit, Mulberi putih juga mencerah dan menganjalkan kulit yang semakin kendur, Purslane mempunyai agen anti-inflammatory dan anti bakteria manakala ekstrak buah Opuntia Coccinellifera dapat memberikan khasiat serta melembabkan kulit wajah.

Aloe Hydrating Mask | IN LOVE with Moisture ini juga membantu untuk menghidrat kembali kulit dengan formula yang lembut dan mengandungi agen bahan aktif yang melembab dan melegakan serta mengekalkan lembapan utama dan menguatkan lagi benteng pertahanan kulit. Lama-kelamaan penggunaan akan menjadikan kulit nampak lebih bermaya, sihat dan mudah untuk mencapai kolplesi kulit yang ala-ala lutsinar, licin dan rata.

Ianya sesuai untuk semua jenis kulit malahan tiada alkohol, bukan diperbuat daripada bahan berunsurkan binatang, datang dari Korea dengan penggunaan alam semulajadi.


Raspberry Brightening Mask | shine like the whole universe is yours

Terdapat 6 jenis ekstrak tanaman didalam ni dan sangat sesuai untuk kulit yang kusam dan kering malahan membantu untuk mencerah dan melembabkan kulit tanpa penggunaan bahan yang meragukan seperti alkohol dan juga bahan berunsurkan haiwan.

6 jenis ekstrak tanaman yang di infused adalah seperti cornflower, starflower, hyacinth, clary, lavender dan german chamomile yang kaya dengan agen anti-bakteria di samping menenang dan melegakan kulit yang kusam dan kering. Manakala bahan aktifnya ialah Noni untuk meningkatkan kesihatan kulit dan kaya anti oksida serta Raspberry yang boleh melindungi dan mencerahkan kulit.


Pearl Whitening Mask | time to get fairer

Mutiara adalah bahan aktif yang sememangnya sangat bagus untuk merawat pigmentasi pada kulit serta mencerah dan kaya dengan anti oksidan. Aloe vera pun ada di infused di dalam ni untuk memberikan kesan melembab dan melegakan. Kacang witch hazel pula ada anti-oksidan untuk detoks kulit wajah  manakala tocopheryl acetate iaitu Vitamin E membekalkan nutrisi serta melembabkan juga kulit wajah.

Pearl Whitening Mask | time to get fairer ini juga sangat sempurna dan mencerahkan kulit sebab terdapat juga kandungan asid amino dan vitamins yang boleh meningkatkan metabolisma di dalam kulit secara semulajadi, sekatakan dan mengurangkan cela pada kulit wajah. Lama-kelamaan penggunaan ianya akan membantu menjadikan kulit nampak lebih cerah, lembut dan lembab.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang tonanya tidak sekata dan kusam.


Cara penggunaan :

Pasang topeng wajah Jayeon ni 1-2 kali dalam seminggu. Hanya tunggu dari 15-20 minit lepas tu dab dab secara lembut dengan cecair yang tinggal untuk bagi bahan dalam tu meresap ke dalam kulit lepas tu gunakan pelembab kegemaran.

Aloe Hydrating Mask | IN LOVE with MoistureRaspberry Brightening Mask | shine like the whole universe is yours  dan juga Pearl Whitening Mask | time to get fairer dijual dengan harga RM4 sekeping di https://jayeoncosmetics.com/

Bagi I pula penggunaan topeng wajah sememangnya memang kegemaran I sebab ianya diguna pada wajah waktu I tengah bersantai dan merehatkan diri. Jayeon sememangnya tak pernah mengecewakan kerana menitikberatkan penggunaan bahan yang berkualiti, selamat untuk digunakan dan bebas dari unsur haiwan. Alkohol pun tak de tu sebab I boleh katakan ianya muslim-friendly maskers.

Setiap bungkusan mempunyai cecair bahan yang sangat pekat dan bila picit lagi topeng wajah jayeon ni melimpah-limpah keluar bahan tu. Bayangkan cecair banyak ni meresap ke dalam kulit no wonder lah kulit sangat lembut dan lembab. I guna maskers ni sehingga kering tau lepas tu bila cabut I rasa cecair tu dah masuk ke dalam kulit dan buat kulit I rasa tegang dan plumpy gitu.

I totally <3 dengan Jayeon Maskers ni dan kalau you all nak beli, sila layari :
Website: www.jayeoncosmetics.com
Facebook: www.facebook.com/jayeoncosmetics
Instagram: @jayeoncosmetics

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Jessie Chuah
E-mail: jessiechuah@jayeoncosmetics.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com