Liang Pori Lebih Bersih dengan Formula 10.0.6


Formula 10.0.6

Formula 10.0.6 kini hadir dengan formula yang boleh membantu untuk membersihkan liang pori yang tersumbat lebih-lebih lagi untuk masalah kulit yang berkombinasi dan berjerawat macam I ni. So far so good, produk ni not bad juga sebab ianya betul-betul menjadikan kulit lebih bersih tanpa meninggalkan kesan gatal atau tidak selesa.

Kali ni I dah cuba sediri produk dari Formula 10.0.6 iaitu So totally clean micellar, total take away Skin Purifying buble mask dan draw it all skin-detoxing peel mask charcoal + Plum. Benda paling penting yang menarik minat I dengan Formula 10.0.6 ni ialah nama setiap item dengan penggunaan tulisan yang sangat BOLD yang boleh menarik minat Bookworms untuk membaca sendiri FONTS yang sangat menyerlah pada packaging ni.


Kulit bersih bermula dari sini

Sebenarnya bila I cek balik laman sesawang Formula 10.0.6 ni banyak lagi produk yang menarik hati I tapi I nak cuba terlebih dahulu yang berada di tangan I ni.

Produk ni lebih meyakinkan I apabila ianya bertujuan untuk membantu anda termasuk I sendiri untuk mencapai kulit lebih bersih dan segar tanpa rasa ragu-ragu lagi.


Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water

Perkataan Micellar sememangnya sangat sinonim untuk tujuan membersihkan wajah dari kotoran terutamanya solekan dan debu pada wajah. Yang istimewanya formula yang digunakan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit yang sensitif seperti I juga. Ianya direka khas dengan ekstrak campuran botanikal untuk memelihara kulit wajah. Pembersih micellar yang bebas wangian ni mampu menarik dan menyingkirkan lebihan sebum, kotoran, solekan, minyak degil pada pori wajah dan sangat sesuai digunakan setiap hari tanpa perlu dibilas. Sekali gus mejadikan kulit lebih lembut segar dan sememangnya bersih !

Bahan yang ada dalam Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water seperti timun, sea kelp ( sejenis tumbuhan rumpai laut berwarna coklat) dan chamomile. Timun mempunyai kuasa untuk menyejuk dan membersihkan wajah, sea kelp membantu untuk detoks, bersihkan minyak dan menyingkirkan kekotoran manakala chamomile pula menjadikan kulit bebas bintik dan kulit nampak lebih berseri dan berkilat seperti kaca.

Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water ni sangat unik sebab ianya bebas dari alkohol. Cuma tuang atas pad kapas dan lap pada wajah dan leher perlahan-lahan malahan ianya juga selamat pada sekitar mata. Tak payah cuci kulit tetap rasa bersih dari lebihan kotoran.

First impression, I dapat rasakan Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water mampu membersihkan wajah I dari solekan yang tebal tanpa meninggalkan kesan lebihan atau rasa tidak selesa. Paling penting balik dari kerja dah penat malas cuci wajah just sapu je ni di atas katil.. and then terus tidur, heheh. Itu kalah dah tahap malas lah. Tapi so far I still rajin go to toilet to wash my feet sebelum tidur kalau tak nanti mimpi seram. heheh.


Formula 10.0.6 Total Take Away Skin-Purifying Clay + Tea Bubble Mask

Yang ini adalah pembersih muka yang jadi buih halus bila letak pada kulit, fungsi Formula 10.0.6 Total Take Away Skin-Purifying Clay + Tea Bubble Mask ni adalah untuk membaik pulih kulit kusam dan kulit yang penat dengan topeng buih yang lembut ni. Setiap buih yang terhasil terdapat tanah liat rhassoul yang menyingkirkan kekotoran yang degil manakala Teh hitam memberikan nutrisi serta melindungi kulit.

Masa buih halus terhasil pada kulit I dapat rasa buih tu masuk kedalam liang pori secara lembut, lepas I cuci walahhhhhh kulit rasa bebas dari benda benda asing ! Pakai masa kulit bersih dari solekan which is kena remove makeup dengan Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water dulu. Pam ikut amaun wajah, sapu pada wajah secara lembut, tunggu selama 2-5 minit untuk buih terhasil. Lepas dah ada buih tu, urut wajah dengan jari. Lepas tu cucilah macam biasa. Guna 1-3 kali seminggu ganti pencuci wajah yang guna hari-hari tu.

Bau dia pun okaylah sedap je rasa macam bau kat klinik heheheh.. sangat rekomen untuk yang ada masalah pori macam I ni. Buih dia pun sangat halus dan terhasil ikut amaun yang kita pakai, tak macam bubble clay mask yang lain yang buih asyik terangsang je tau.


Bahan : Water, Glycerin, Methyl Perfluorobutyl Ether, Kaolin, Isododecane, Sodium Laureth Sulfate, Bentonite, Cocamidopropyl Betaine, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Carbomer, Phenoxyethanol, Moroccan Lava Clay*, Camellia Sinensis Leaf Extract, Steareth-30, Polysilicone-11, Sodium Hydroxide, Ceteth-10, Fragrance, Caprylyl Glycol, Decyl Glucoside, Disodium Edta, Hexylene Glycol. *Rhassoul Clay


FORMULA 10.0.6 Draw It All Out Skin-Detoxing Charcoal + Plum Peel Mask

First time I pakai topeng wajah warna hitam yang bila I tarik tak rasa perit macam charcoal mask yang lain. So far bila tarik dia rasa lembut je tau. FORMULA 10.0.6 Draw It All Out Skin-Detoxing Charcoal + Plum Peel Mask ni bekerja seperti magnet yang kuat untuk menarik dan kunci kotoran di dalam pori yang tersumbat secara mendalam. Arang dan plum sangat bagus untuk detoks pori dan mengelupaskan kulit dengan lembut. Gali secara mendalam dan keluarkan semua hasil kotoran dalam pori tu.

Bahan utama di dalam FORMULA 10.0.6 Draw It All Out Skin-Detoxing Charcoal + Plum Peel Mask ni semestinya ialah arang buluh yang sangat bagus untuk detoks kulit wajah dari toksin. Cara I guna senang je macam biasa rutin penjagaan kulit I, lepas dah bersihkan wajah dari solekan dengan Formula 10.0.6 So totally clean micellar cleansing water, then bersihkan lagi lebihan kotoran dengan Formula 10.0.6 Total Take Away Skin-Purifying Clay + Tea Bubble Mask baru I sapu draw it all ni mengikut amaun wajah I. Lepas tu I biarkan selama 10-30 minit atau sampai kering. Then I tarik dari bawah ke atas, ada lebihan tu I cuci wajah I dengan air suam. Kulit rasa lebih lembut then before lah tapi sebab dia tarik secara lembut, I punya white head masih ada lagi. HUhuh. I rekomen charcoal mask yang ni la sebab ianya lebih lembut daripada jenama lain. Jenama lain sampai kau punya bulu kening pun tercabut. :( Macam tarik gam dari kulit haha.

Bahan : Water, Polyvinyl Alcohol, Alcohol Denat., Polysorbate 80, Glycerin, Charcoal Powder*, Butylene Glycol, Betaine, Terminalia Ferdinandiana (Kakadu Plum) Fruit Extract, Pleiogynium Timorense (Burdekin Plum) Fruit Extract, Podocarpus Elatus (Illawarra Plum) Fruit Extract, Polyacrylamide, C13-14 Isoparaffin, Laureth-7, Fragrance, Disodium Edta, Phenoxyethanol. *Bamboo Charcoal



Harga Formula 10.0.6

- So totally clean RM39.90
- Draw it all out peel mask RM39.90
- Total take away bubble mask RM49.90

Mana Nak beli ?

WATSONS ONLINE at https://goo.gl/W18pA4
Selected Watsons store list https://goo.gl/auMA1u
LUXOR BEAUTY WORLD OFFICIAL STORE http://bit.ly/2AoY938
ASTRO GO SHOP http://www.goshop.com.my
LAZADA http://bit.ly/2vxHWUB

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com