Teropong Hidupan Liar flora dan fauna di Awana BioPark


Awana BioPark

Kehidupan semulajadi kini semakin terancam dek kerakusan manusia, setujukah anda ? Tapi dengan kesedaran yang masih wujud dan ada - Resorts World Genting mengambil inisiatif untuk memperluaskan Awana BioPark dengan tiga laluan semulajadi dengan mereka trek laluan yang semulajadi yang mempertengahkan kepelbagaian hidupan di dalam hutan hujan purba di kawasan Gunung Ulu Kali sempena menyambut ulang tahun Resorts World Genting ke 47 sejak dari tahun 1971.

Kalau di Genting Highlands, kebanyakan dari kita menyangka ianya adalah fokus pada hiburan tapi sebenarnya sebenarnya di sebalik Puncak Gunung yang telah diterokai oleh Tan Sri Lim Goh Tong yang kini telah menjadi bandar hiburan yang bertaraf dunia ialah sebuah hutan hujan yang sudah tua sekitar 130 juta tahun lamanya dimana hutan hujan ini masih memengang kenangan mengenai hidupan liar seperti Dinosaur yang kini tinggal sebagai kenangan dan masih unik kekal dalam kehidupan flora dan fauna.

Keanekaragaman hutan yang kaya dengan hidupan flora dan fauna ini telah dipelihara dan dipupuk dengan baik oleh Resorts World Genting dimana pelancong dan Rakyat Malaysia boleh menerokai dan mengalami sendiri keajaiban ekologi ini dengan tiga laluan baru di Awana BioPark.

Hutan Fesyen iaitu Awana BioPark diperkenalkan pada tahun 2017 dengan kerjasama antara perunding semulajadi Treks dan Resorts World Genting. Pelancong dan sesiapa sahaja melawat tempat ini dapat menghirup udara yang segar dan berteduh di bawah Hutan Hujan Gunung Ulu Kali dengan menggunakan teknologi digital bersepadi dan penggunaan media sosial.

Pasukan Treks Awana BioPark yang terlibat ialah Encik Eddie Chan dan Pat Ang telah diperkenalkan dengan 5 pengalaman yang direka khas untuk merangsang dan menyegarkan dalam penerokaan secara sendirian atau secara pembinaan pasukan korporat untuk mengenali sendiri pokok yang ganjil, burung eksotik dan spesis haiwan yang belum pernah dijumpai di sebalik apa yang ada di dalam hutan dengan bantuan teknologi canggih untuk pengalaman yang mudah diakses serta menyeronokkan. Bulan ini tiga lagi laluan baru akan menyertai dalam senarai pengalaman yang ada di Awana BioPark.

Setiap laluan telah direka untuk menyerlahkan lagi aspek yang istimewa di dalam hutan hujan gunung Genting Highlands - iaitu ekosistem yang unik terbentuk oleh bentuk muka bumi dan cuaca diantara 3,000-6,000 kaki (920-1,830 meter) atas paras laut. 

Laluan Pertama : New Conservation Trails

Laluan yang pertama adalah laluan pemuliharaan terbaru pada gelung 800 meter yang memberi tumpuan kepada hutan flora dipterokarpa (750-1,200 meter atas paras laut), yang kaya dengan tumbuhan fauna seperti periuk kera, buluh, rotan, orkid liar dan teratai kelawar hitam yang hidup di bawah naungan Strangler Fig yang menawan dan pokok kayu montana.

Laluan ini juga akan menyerlahkan lagi usaha dalam pemuliharaan untuk mengekalkan spesis flora dan fauna yang kian pupus akibat daripada penggunaan semulajadi, budaya dan juga tumbuhan.

Laluan Kedua :The Herb Forest Trail dan Laluan Ketiga : Biodiversity Trail pula diberi fokus pada Hutan Dipterokarp diatas Biome yang mengambil laluan yang lebih panjang ( masing-masing 1.8km dan 2.7km) untuk melihat lebih mendalam lagi Hutan Hujan Purba Gunung Ulu Kali. Pembimbing yang terlatih akan menunjukkan titik lokasi yang menarik mengenai spesimen secara spesifik dengan menggunakan Tag NFC yang boleh dimbas dengan peranti bijak untuk mendapatkan informasi tambahan. Di dalam The Herb Forest Trail juga terdapat dinding tebal dari buluh liar yang beralur atau herba hutan sebagai ubat berada di permukaan atas hutan manakala laluan ketiga Biodiversity Trail pula ialah laluan yang paling menarik dimana trek bergelora ini perlu merentasi lembah serta menyeberangi aliran sungai dimana langit yang jauh dan didominasi oleh pokok kayu.

Tiga laluan baru ini tersenarai dalam menyertai lima pilihan aktiviti pengembaraan di Hutan Genting Highlands dimana setiap pengembara berpeluang untuk menikmati sudut yang berlainan di dalam hutan ini. Konsep Shinkrin Yoku telah digabungkan dengan penggunaan telefon pintar secara strategik untuk membongkarkan lagi kekayaan kepelbagaian  di dalam Hutan Hujan Purba Gunung Ulu Kali iaitu 'WIFI FOREST.'

Dengan cerun yang curam 24 meter pada sudut 55 darjah menjadikan Ahli Trek Pengembara dapat menghargai hutan dari sudut yang berbeza. Apabila senja, mereka yang berminat untuk menjelajah hutan ini dalam keadaan kegelapan kemungkinan berpeluang untuk bertemu dengan haiwan malam bersama Encik Steven Wong sepanjang sesi Herring Night manakala bagi yang lebih selesa dengan waktu siang, Sunset Watch di English Garden merupakan tempoh masa yang sesuai antara siang dan malam untuk menyaksikan sendiri keindahan matahari di sebalik Hutan Hujan di Genting Highlands.

Selain daripada aktiviti yang telah direka khas oleh Trek, Resorts World Genting juga memperkenalkan Projek pemuliharaan Buluh di Awana BioPark. Hutan ini bertujuan untuk mengekalkan dan menjaga buluh ini untuk sesuatu yang berguna. Buluh merupakan rumput yang paling cepat berkembang di dunia dan merupakan sumber yang boleh diperbaharui dengan tujuaan untuk diperkenalkan kepada mereka yang masih belum mengenali tumbuhan ini.

Resorts World Genting mengadakan aktiviti kraf buluh dimana rojek ini termasuk dalam penyertaan dari organisasi lain seperti Universiti Malaya, Birdlife dan Malaysian Nature Society untuk mengkaji hutan dan hidupan liar, serta bekerjasama dengan Orang Asli Semai untuk mempromosikan kraftangan asli dan meningkatkan kesedaran tentang peranan buluh dalam pembuatan makanan tradisional.

Semua laluan dijalankan oleh panduan pakar dari Treks dan hanya dengan temujanhi sahaja,
yuran sebanyak RM75 seorang untuk laluan Pemuliharaan, RM95 seorang untuk laluan Herb Forest dan RM135 seorang untuk Laluan Biodiversiti.

Minimum 3 orang diperlukan untuk setiap laluan. Untuk tempahan, sila hubungi Pelatih Trek di +6013 399 3667 atau info@treks.events e-mel. Untuk pertanyaan tentang Projek Pemuliharaan Buluh, sila hubungi 013 3993667 (TREKS Eddie).

Pengalaman Menyertai Aktiviti Awana BioPark


Tempat Rehat di First World Hotel

Bagi yang sudah lama tidak melakukan aktiviti masuk hutan, kali ni I bawa husband and my kids untuk menjelajah sendiri hutan yang berada di Genting Highlands ni. I ingat Genting Highlands tempat untuk bersukaria dan berhibur tapi disebalik puncak hiburan tu terdapat hutan hujan yang masih dijaga dengan baik oleh Resorts World Genting tau.

Sebelum meneruskan aktiviti kami check in dahulu di First World Hotel. Bilik yang kecil tapi ianya sudah memadai, selesa dan lengkap serta bersih buat kami untuk melepaskan lelah selama 2 hari 1 malam dengan melakukan aktiviti yang memenatkan barangkali.


Makan Tengahari di Medan Selera, Sky Avenue

Kami menjamu selera di Medan Selera, Sky Avenue. Antara menu paling menarik pilihan I, husband dengan anak-anak adalah Nasi beriyani Ayam berempah, buah-buahan, kopi dan soya panas. Nak tahu menu apa lagi menarik di Medan Selera, Sky Avenue. Sila baca di > sini <


Naik Kereta Kabel (Gondola Express) ke Hotel Awana

Menikmati makanan tengahari di puncak kemudian kami perlu turun semula untuk ke Hotel Awana dimana permulaan laluan menjelajah hutan dan teropong burung liar bermula di sini.


Ahli Trek yang terlibat Encik Eddie Chan & Pat Ang

Kami diperkenalkan dengan ahli trek yang telah terlatih dan diberi penjelasan mengenai aktiviti yang akan dilakukan serta bagaimana untuk menggunakan teropong dengan betul.


Dengan menggunakan teropong, kami anak-beranak berpeluang untuk menyaksikan sendiri burung liar yang hadir di kawasan Awana BioPark ini. Sebenarnya banyak burung yang comel lote tapi I dapat melihat burung helang yang berlegar-legar di langit yang biru, Apa pun suasana dan cuaca dekat sini memang rasa macam berada dekat oversea gitu. Sejuk, lembab dan menenangkan bak kata Encik Eddie tempat ni mostly ramai oldie folks yang tak nak duduk di bandar KL dah hehe.

Selesai sahaja aktiviti meneropong burung-burung liar ni..
Kami balik semula ke puncak menaiki Gondola express untuk berhibur di atas.. heheh tapi I sorang je la pergi berjimba.. Lol !


Makan malam di Motorino Malaysia, Sky Avenue

2 seleksi Pastas dan juga 2 seleksi Pizzas yang ditawarkan untuk makan malam kami..


Menu PIZZA Motorino ni memang enak dan kena selera nak lelaki I.. kopi hangat menghilangkan kesejukan dan jus oren memberikan kesegaran... Nak tahu menu yang menarik di Motorino Malaysia? Sila baca di > sini <


Mak Orang Berjimba di RedTail Genting Highlands

Red Tail ni by Zouk tau, salah satu tempat hiburan untuk mereka yang ingin bersukaria bersama ahli keluarga, kawan-kawan ataupun dengan ahli korporat. Let's say actually this place is not suitable bagi religious people or kanak-kanak sebab ianya menghidangkan minuman yang beralkohol. Tapi disudut tepinya terdapat banyak aktiviti yang menarik boleh disertai antaranya bermain JENGA bersaiz kecil dan besar, snooker pool, main baling bola(beer pong), arcades, Giant Connect dan pelbagai lagi.


Sempat Singgah The Talking Garden & Chin Swee Caves Temple Genting

Haaa ni dua lokasi yang perlu dilawati ketika berada di Genting Highlands The Talking Garden dan Chin Swee Caves Temple Genting Sebab scenery VIEW yang sangat menarik dan breathtaking ni memang wajib ada dalam photos gallery kalau ke Genting Highlands. Disini juga kita dapat kenali nama tumbuhan yang boleh hidup di suhu sejuk ni dan dapat mengenali juga agama Buddha dengan lebih mendalam dan terperinci tau lagipun tempat ni memang dijaga dengan baik.


Kembali Semula ke Awana BioPark

Penggunaan kasut yang tak sesuai langsung, haha I ni bila otak dah ngeng tak dengar yang kali ni kena masuk hutan.. tapi nasib baik kasut dari BATA ni comfit punya jadi kaki tak rasa sakit sangatlah hehehe.. Walaupun stamina tak sekuat orang muda tapi I berjayalah sampai juga di fasa awal Awana BioPark tempat ni macam tempat camping.


Di sini ialah laluan pemuliharaan, laluan baru yang sesuai untuk yang dah lama tak pergi Hiking macam I, hehehe. Melalui laluan trek ni, dekat sini terdapat projek pemuliharaan periuk kera dan juga buluh.


Setiap Tumbuhan boleh jadi Instagram-able Photos

Melalui laluan pemuliharaan ini juga terdapat banyak kawasan pokok yang penuh dengan pokok paku pakis yang bersaiz gergasi dan sangat cantik kalau tangkap gambar disini. Terdapat juga kawasan yang ada jambatan dan beraktiviti di dalam ni.


Periuk Kera yang semakin Pupus

Antara periuk kera yang semakin pupus ditelan zaman. Periuk kera ni bersaiz besar dalam proses pemuliharaan. Periuk Kera yang kecil-kecil biasa tu kita buat lemang periuk kera kan. heheheh. Cepatlah hari raya, lama pula tak makan lemang periuk kera. :( Aduhai rindunya.


NFC tags

Yang ini aktiviti mengenali hidupan liar dengan menggunakan NFC tags, bagi yang masih belum biasa dan tak pernah lagi pakai NFC tags macam I ni.. korang bolen switch on NFC you all dalam telefon pintar dah tag pada kad yang tertera, ianya akan membawa kan anda ke link yang telah ditetapkan. Selain daripada tumbuhan liar, link ke lagu pun boleh. Ketika masuk hutan ianya juga menghilangkan bosan tau untuk mengakses semua  links yang telah ditetapkan.


Scrambles berasaskan semulajadi

Untuk menjadikan aktiviti ni lebih menarik, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain scrambles. Yes soalannya di dalam kad yang disediakan oleh TREKS. Bila dah imbas telefon pintar masa NFC tags ON nanti automatik direct ke soalannya.. soalan tu kena lah jawapan dengan menggunakan huruf yang diberi. Kalau tak cukup huruf kena beli hehe. Bukan orang dewasa je teruja dengan aktiviti ni tapi budak-budak pun terbuka mata nak main scrambles ni tau.


Thanks to Deena Marzuki sebab bagi peluang kepada kami untuk menjelajah lebih dalam lagi Resorts World Genting ni. Apa pun seronok dapat mengenali pasukan yang sporting dalam trip kali ini ! I hope to see you guys again in the future :)

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.resortsworldgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com