SEKA : Teknik penapaian dan mata air dari Gunung Fuji bantu kekalkan wajah awet muda


Anda pernah tak tertanya-tanya kenapa ye kulit wajah wanita Jepun tetap kekal tampak muda walaupun umur sudah 40 tahun ke atas ? Jangan tak percaya yang mereka ni kerap mengamalkan pengambilan produk penjagaan kulit yang telah melalui proses penapaian. Yang ini bukan kali pertama I jumpa produk dari Jepun tapi dah banyak produk dari negara matahari terbit memang gemar menggunakan bahan yang melalui proses penapaian untuk kesan yang lebih berkesan dan efektif tanpa bahan kimia yang berbahaya sejak turun menurun lagi.

Kali ni I nak perkenalkan pada anda semua produk jenama kecantikan terbaru dari negara Jepun iaitu SEKA Whitening + rangkaian penjagaan kulit yang terbaru dengan berkongsi kunci utama untuk mengembalikan kompleksi kulit lebih awet muda, lembut dan licin.

Untuk memastikan kulit bertambah awet muda, SEKA percaya proses penapaian ini akan berkesan mengikut konsep kecantikan zaman Jepun pada dulu kala. Kombinasi resepi yang istimewa dengan mata air Gunung Fuji dan cecair lactobacillus yang sudah ditapai memberi banyak manfaat kerana teknik yang unik ini berpotensi mampu dihasilkan dari makanan serta mikrorganisma untuk mengurangkan kulit kemerahan, pigmentasi disamping membuatkan wajah lebih hidrasi, cerah dan berseri.


Cecair lactobacillus yang telah ditapai ialah kepekatan enzim terhasil lebih daripada 70 jenis tanaman organik yang dipilih secara berhati-hati termasuklah beras hitam yang kaya dengan nutrisi. Sumber dari ladang pengeluar bebas racun perosak yang hampir 0% logam berbahaya yang tidak dapat dijejak selama lebih 20 tahun lamanya.

Ditapai selama 3.5 tahun, SEKA telah menggunakan 15 jenis bakteria asid laktik botanikal yang dikumpul dari seluruh dunia dalam proses penapaian, menghasilkan 20 jenis asid amino bermanfaat dan asid amino-D.

Adalah penting untuk SEKA memastikan cecair yang ditapai memecahkan komponen yang besar menjadi kecil untuk membolehkan kulit menyerap nutrien secara berkesan.

Image source here : www.ilikesticker.com


Bahan yang paling utama tak lain tak bukan mata air dari Gunung Fuji yang dikenali sebagai mata air tulen yang datang dari puncak yang diselubungi salji dimana air hujan mengalir melalui batu basalt gunung berapi selama lebih 400 tahun, ianya bukan sahaja ditapis secara semulajadi dan bersih malahan terdapat lebih daripada 34 jenis mineral yang seimbang termasuklah zink yang sangat bagus untuk kulit manakala silikon pula untuk menegang dan melembabkan kulit.

Kekerasan rendah dalam 34mg/L menjadikan mata air Gunung Fuji diktiraf untuk penggunaan pada kulit kerana ianya sangat lembut berbanding daripada air biasa, ianya yang mempunyai nilai kluster air yang lebih kecil daripada 89Hz yang boleh menembusi kulit dengan memberikan mineral. SEKA mengekstrak mata air dari takungan bawah tanah secara semulajadi sedalam 150 m di ketinggian 1000 meter di atas gunung untuk memastikan hanya kumpulan mata air Gunung Fuji yang segar sahaja untuk produknya.



SEKA sedar bahawa aroma haruman merupakan peranan yang penting untuk meningkatkan kesihatan mental dan emosi sebagai pendekatan yang lebih holistik, geranium telah ditambah ke dalam produk SEKA sebagai haruman utama yang boleh melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan dan menaikkan mood Geranium juga merupakan bahan yang bagus untuk memberi keseimbangan pada minda dan badan. Ianya juga sangat popular kerana  membantu mengawal pengeluaran sebum kulit untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan juga bersih dari cela.


Resepi penapaian yang istimewa dari mata air Gunung Fuji dan cecair lactobacillus yang dtapai dengan campuran aroma haruman dari geranium merupakan 3 bahan utama yang boleh dijumpai dalam Rangkaian SEKA Whitening. Antara produknya adalah seperti :


  1. SEKA WHITENING + CLEANSER (120ml,  RM179)
    Pencuci wajah yang sangat lembut untuk membuang segala kotoran seperti minyak, sel kulit mati, dan kotoran lain dari dalam kulit tanpa membuatkan kulit rasa kering dan ketat.
  2. SEKA WHITENING + LOTION (120ml, RM239)
    Kepekatan cecair umpana ait dengan tambahan ekstrak citron dan coenzyme Q10 untuk menggalakkan aliran pengedaran darah dan mengaktifkan sel kulit disamping menghidrat dan menyegarkan kulit wajah.
  3. SEKA WHITENING + SERUM (30ml, RM289)
    Serum yang sangat ringan dengan tambahan sel stem anggur yang bertujuan untuk melembutkan kulit dengan satu sentuhan yang mudah menembusi dan meresap ke dalam kulit. Serum ini juga adalah kubu halangan sementara untuk melindungi kulit dari tekanan persekitaran yang kuat.
P/s : I'm super Happy Sebab SEKA ni jenama penjagaan kulit yang dikombinasi dari mata air Mt. Fuji dengan cecair lactobacillus yang ditapai untuk kulit wajah. Mikro organisma dan makanan yang sihat untuk cergaskan kembali kulit wajah I yang semakin layu ni.. Dah pakai malam tadi..So far I am in love sebab reminded me one of the exclusive international brand yang conquered the ads and celebs !

Pencuci wajah yang mempunyai haruman geranium, mempunyai buih yang sangat halus mampu mencuci wajah dari jauh ke dalam, kulit I rasa sangat bersih lepas rinsed with water.. kulit bertambah tegang lepas sapu losyen SEKA whitening, I akhiri rutin dengan penggunaan serum.. I boleh perasan kulit wajah lebih bertenaga, bouncy, plumpy, segar dan kelembapan yang tahan lama sehingga next skincare routine..




I dah jumpa kod 20% off dan penghantaran percuma kalau beli secara online di www.sekaskincare.comKOLREFER20 《 sebagai pengenalan untuk pelancaran baru dan paling BEST SEKA tengah mengadakan GIVEAWAY yang bermula dari pertengahan bulan Julai sehingga akhir bulan September di sosial media SEKA.

Untuk maklumat lanjut sila layari SEKA Facebook dan juga SEKA Instagram.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com