Kekal Aktif Kekal Lincah dengan Susu UHT Anlene






Kekal Aktif. Kekal Lincah. Merupakan tagline Susu UHT Anlene untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat, aktif dan bersemangat terutamanya untuk wanita yang berkarier dan juga wanita yang menggalas banyak tanggungjawab demi memenuhi tuntutan kehidupan lebih-lebih wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai bilangan anak yang ramai. Anlene juga berusaha untuk membantu para wanita di luar sana untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik bagi membina daya tubuh badan yang lebih kuat untuk menempuhi kehidupan harian tanpa risau akan kehilangan tenaga.

Umur bukan lagi penghalang jika kita mampu bergerak dengan aktif dan lincah kerana dalaman serta jiwa tetap rasa lebih muda dengan organ dalaman yang sihat sekali gus memberikan seri pada luaran.

Tanpa tulang, otot dan sendi yang SIHAT, tahukah anda bahawa kita tidak akan memiliki postur badan yang menarik, tidak dapat berdiri secara seimbang, tidak akan mempunyai kekuatan dan stamina yang tinggi serta bukan sahaja dari segi fizikal malahan ianya akan menganggu kesihatan emosi juga ! Kenapa ya ?

Sebab tulang, otot dan sendi yang sihat akan memberikan kita kebebasan, kekuatan dan stamina yang tinggi serta pergerakan yang aktif dan lincah untuk menerokai satu dunia yang penuh cabaran tanpa batasan !

Jadi jangan bertangguh dan mulakan dari sekarang kerana masih belum terlambat untuk mengambil berat mengenai tubuh badan sendiri terutamanya fokus utama pada tulang, otot dan sendi - selain daripada melakukan senaman fizikal, pemakanan yang seimbang penuh nutrisi juga perlu diambil untuk gaya hidup yang lebih sihat menghadapi cabaran pada masa akan datang.

  1. TULANG
    Fakta menarik mengenai tulang adalah ianya senantiasa berubah dimana 4%-10% permukaan tulang akan dibentuk pada bila-bila masa dimana tulang yang lama akan disingkirkan dan tulang baru akan terbentuk. Proses ini akan berlaku secara berterusan untuk memastikan tulang lebih sihat. Bagaimanapun proses ni akan kurang efektif apabila kita semakin berusia dan tulang akan semakin rapuh bermula dari umur 30 tahun jika kita tidak mengambil serius mengenai tubuh badan dan boleh mengakibatkan pembentukan penyakit osteoporosis pada masa akan datang. Penyakit tulang ni juga akan meningkatkan risiko patah tulang dengan lebih mudah. =(Nampaknya memang kena ambil serius mengenai permasalahan ini kerana tulang merupakan tisu hidup yang mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, sel, air, kolagen dan juga protin. Jadi kena pastikan 2 nutrisi utama yang perlu diambil ialah kalsium yang memberi sokongan untuk pembentukan tulang dan vitamin D untuk menyerap kalsium secara berkesan bagi memberi sokongan untuk optimumkan kesihatan tulang.
  2. OTOT
    Jisim otot dianggarkan berkurang sebanyak kira-kira 30% apabila kita yang dewasa berusia antara 20 - 80 tahun. Sarcopenia merupakan sejenis penyakit yang memberi kesan kehilangan otot rangka apabila kita semakin berusia yang boleh meyumbang pada satu keadaan iaitu mengalami pergerakan terjejas dan menyumbang kepada kehilangan kekuatan fizikal sekali gus mempengaruhi kehidupan harian kita.

    Untuk mengekalkan jisim otot yang betul adalah penting untuk mengambil nutrien yang cukup dan pemakanan yang seimbang kerana pengecutan otot yang menghasilkan daya dan gerakan dengan cara yang kita inginkan. Itu sebablah kebanyakan daripada wanita moden masa kini ramai yang sudah mempunyai tahap kesedaran tinggi untuk melakukan senaman setiap hari dimana-mana sahaja sama ada di gim mahupun rumah sebab kesihatan otot yang baik adalam penyumbang utama kepada mobiliti seumur hidup.

    Protin dan magnesium merupakan pasangan terbaik yang mempunyai nutrien yang penting untuk membantu mengurangkan kehilangan otot rangka dan membenarkan kita melakukan apa sahaja yang kita suka untuk tempoh masa yang lama.
  3. SENDI
    Kolagen merupakan komponen utama yang dijumpai di dalam rawan sendi. Tahu tak yang rawan sendi ini juga kerap berubah seperti tulang juga. Walau bagaimanapun rawan sendi sangat mudah untuk rapuh dan tidak boleh diperbaiki dalam masa terdekat yang boleh mengakibatkan pembentukan osteoarthritis. Seperti tulang, sendi juga adalah organ yang penting untuk memudahkan pergerakan di mana ianya dijumpai antara 2 tulang yang bertemu untuk memudahkan pergerakan dan juga fleksibiliti pada tubuh badan. Sendi ini turut dijumpai dalam rangka utama yang dijadikan sebagai pad dan perlindung pada hujung tulang. Rangka ini mampu menyerap renjatan dan juga mengurangkan geseran supaya kita semua bebas melakukan pergerakan !


Susu UHT Anlene yang terbaharu telah memantapkan formula dengan memberikan 50% lebih nutrien, kaya dengan protin, kolagen, vitamin B6, B12 dan juga Vitamin D khas untuk tulang, otot dan juga sendi bagi memudahkan pergerakan yang lebih maksima. Susu UHT Anlene hadir dengan dua perasa yang enak iaitu asli dan juga coklat.

  • Protin & Magnesium amat penting untuk kesihatan otot tubuh terutamanya bagi pertumbuhan sel yang baru dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat dimana setiap sel dan tisu terhasil daripada protin terutamanya 20% pada bahagian otot. Fiber otot baru juga akan terbentuk untuk mengekalkan jisim otot yang sihat dengan jumlah protin yang cukup.

    Selain daripada Protin, magnesium juga diperlukan oleh tubuh badan kita kerana ianya merupakan mineral yang penting untuk memainkan peranan sintesis protin, metobolisma tenaga, pengecutan dan pengeduran otot serta menjadikan otot berfungsi dengan lebih baik. Malahan Magnesium memberi kesan positif pada kesihatan otot dengan meningkatkan prestasi otot dan membantu meningkatkan jisim otot.

    Protin boleh dijumpai dalam banyak sumber makanan tapi kalau nak tahu protin ni sangat mudah dijumpai dalam bahan tenusu kerana ianya mempunyai sumber protin yang berkualiti tinggi dan mengandungi kombinasi yang unik seperi asid amino yang dioptimumkan untuk kesihatan otot serta membantu mengurangkan risiko kehilangan jisim otot apabila usia semakin meningkat.
  • Menurut kajian pengambilan kolagen dalam pemakanan dapat memberi manfaat pada kesihatan sendi dan kolagen sangat penting untuk pembentukan dinding pertahanan sintesis rangka sendi dimana ianya mampu mengekalkan kesihatan sendi juga malahan kolagen sangat bagus untuk awet muda  selain penting untuk komponen tulang dan sendi ! Fungsi utama kolagen juga adalah membantu sel tisu untuk merenggang dan juga merubah bentuk. Kolagen juga dapat merangsang dengan pengambilan Vitamin C dalam diet sebagai nutrisi yang kaya dengan anti-oksida untuk memberi sokongan pada kolagen dalam kesihatan sendi yang baik disamping mencegah sendi dari kerosakan akibat dari radikal bebas.
  • Untuk menjamin kesihatan tulang Vitamin D pun perlu dalam diet selain daripada kalsium sebab vitamin D bantu memberi sokongan pada kalsium untuk penyerapan dari usus ke sel darah. 99% kalsium berada di dalam tulang jadi itulah punca utama jika kita tidak mengambil kalsium yang secukupnya tubuh badan akan merapuhkan tulang semata-mata untuk melepaskan kalsium. Ini akan menyebabkan jisim tulang akan berkurangan. Jika ini berterusan ianya akan mengakibatkan pembentukan kesihatan tulang yang sangat lemah.

    Faktor penyebab pengurangan vitamin D adalah seperti umur, bangsa dan juga gaya hidup jadi kita kena bijak untuk memastikan Vitamin D cukup dalam diet harian. Kalsium sangat mudah didapati dalam produk tenusu tapi Vitamin D lagi mudah didapati melalui pendedahan cahaya matahari. Jangan risau keluar rumah nanti jangan lupa pakai SUNBLOCK tau !

*Susu Anlene UHT mengandungi sekurang-kurangnya 50% lebih mineral (kalsium, magnesium dan zink) dan vitamin (Vitamin B6 & D) daripada susu biasa, ditambah dengan vitamin D dalam setiap 100ml. Berdasarkan Pangkalan Data Nutrisi Nasional USDA untuk Standard Rujukan.
#LebihDariSekadarSusu



Sebagai seorang yang ingin kekal aktif kekal lincah, I tanpa segan silu mengambil bahagian untuk melakukan aksi lompatan di papan iklan interaktif di tengah-tengah Bukit Bintang berhadapan Lot 10. I memang teruja bila ada aktiviti yang menarik seperti ini diadakan kerana ianya sebagai satu cabaran yang harus disahut oleh kaum wanita supaya mempunyai tulang yang kuat dan 0% kerapuhan.


Siapa sangka aksi melompat sebenarnya banyak manfaat tau, kebelakangan ini I memang rajin amalkan melompat di atas trampoline antara sebabnya adalah ianya mampu menguatkan tulang, sendi dan mencegah penyakit tulang rapuh. Paling best aktiviti melompat juga boleh mengurangi berat badan dengan meningkatkan kadar metobolisma dan membakar kalori serta merupakan idea terbaik untuk merawat masalah obesiti.

Memandangkan I merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang kacak dan cantik, SELULIT tu dah jadi sinonim pada tubuh badan I tapi I tak perlu risau dengan selulit lagi sebab aktiviti melompat mampu meningkatkan peredaran limfosit ke kawasan yang mempunyai selulit. Getaran otot ketika melakukan aktiviti melompat akan menggerakkan cairan limfosit.

Aktiviti melompat juga sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan jantung dengan mengaktifkan peredaran darah yang lancar keseluruh tubuh badan apabila jantung bekerja dengan lebih efisian. Aktiviti melompat ini harus dilakukan dengan teratur supaya dapat meningkatkan juga kesihatan mental sebab oksigen dapat masuk dengan lebih banyak ke dala saluran darah yang terus ke otak menjadikan tumpuan lebih fokus, tajam dan hati lebih tenang sepanjang hari.

Aktiviti melompat tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan tulang dan sendi, kalau boleh dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk melakukan aktiviti ini tapi ianya bukan ALASAN untuk malas menghabiskan waktu berolahraga tau.


Sebelum melakukan aksi lompatan, kena minum dulu susu UHT Anlene untuk bekalan tenaga dan 50% lebih nutrisi agar tetap aktif dan lincah. Selain daripada rasa yang enak dan lazat. Susu UHT Anlene juga #LebihDariSekadarSusu sebab ada lebih dari 6 nutrisi yang berkuasa agar dapat LOMPAT lebih tinggi untuk mencapai awan.


Bersedia untuk LOMPAT... GO, dan teruskan sehingga susu memenuhi ruangan kotak secara ilustrasi interaktif, YES Finally I made it ! Penat tak ? No tapi I rasa lebih bertenaga dan senang untuk bernafas sebab aksi lompatan mampu membuka saluran yang tersumbat dengan kolestrol jahat sekali gus memudahkan perjalanan oksigen ke darah hinggalah ke otak. Somehow I felt more SEGAR than sit and eat. Hehe.


Bukan I sahaja yang menyahut cabaran aksi LOMPAT-LOMPAT ni malahan Kak Halimah yang sudah berusia 50-an dan mempunyai bilangan anak lelaki lebih dari lima orang pun tetap ambil bahagian - siapa sangka Kak Halimah lagi kurus dan sihat dari I kalau dimana-mana sahaja mesti sahaja kelibat Kak Halimah ni tau.

Marou juga seorang lelaki dewasa yang masih muda sudah semestinya mempunyai lebih tenaga untuk buat aksi lompatan, tu sebab lompatan dia lebih tinggi dari I dan juga Kak Min. Paling best kami semua berpeluang untuk berjumpa dengan Stacy seorang penyanyi dan penari yang lincah untuk melakukan aktiviti ni tau.


Lepas dah melompat umpama atlit sukan, akhirnya yang menyertai aktiviti dapat menebus sekotak susu UHT Anlene dengan pilihan sama ada coklat atau perisa asli.


I pilih susu UHT Anlene dalam perisa coklat sebab I seorang hantu coklat. Bukan sahaja sedap dan enak tapi bungkusan yang sangat ringan dan senang untuk di bawa kemana sahaja lebih-lebih lagi ketika dalam mood travel tau. Tak payah dah nak bancuh-bancuh cuma cucuk straw dan suck it all sampai habis. Sekali sedutan sahaja dah dapat nikmati 6 nutrisi yang penting untuk tubuh badan agar kekal sihat, aktif, lincah dan bertenaga !



Sebagai seorang peminat Stacy Anam sejak dari kewujudan Stacy dalam seni tanah air iaitu melalui rancangan realiti anjuran Astro Akademi Fantasiayang ke 5 telah menjadikan bakat yang ada pada Stacy dicungkil dan dijadikan inspirasi bagi mereka yang gemarkan muzik dan hiburan. Stacy bukan sahaja mempunyai bakat dalam nyanyian malahan mempunyai kemahiran menari yang lincah dan bertenaga.

Stacy kini sudah mempunyai 2 orang anak perempuan pada umur 27 tahun tapi tetap bersemangat, cantik dan bertenaga. So anak-anak bukan penghalang untuk I kekal aktif, cantik, langsing dan bertenaga macam Stacy Anam okay guys ! Stacy Anam juga merupakan entrepreneur yakin bahawa nutrisi dari Anlene sangat penting buat dirinya yang tidak percaya akan sesuatu yang terhad. Stacy telah menerima banyak anugerah dan juga sijil pengiktirafan sebagai ikon muda dari Menteri Sabah Belia dan Sukan serta mempunyai 4 album.


#WeAreMore Stacy Anam tidak percaya akan batasan



Bagi merealisasikan impian setiap wanita agar kekal awet muda, aktif, lincah dan bertenaga. Anlene telah berada di kawasan yang terpilih untuk membantu wanita yang berkarier untuk menikmati sarapan pagi hanya RM1 iaitu sebungkus roti dan juga satu kotak susu UHT Anlene. Sarapan pagi amat penting untuk memberikan tenaga pada tubuh badan supaya dapat melakukan aktiviti harian tanpa kelaparan.

Pek Sarapan pagi RM1 ( Susu UHT Anlene 7 days croissant ) telah muncul di sekitar LRT dari 8 pagi hingga 11 tengahari dari 27 Ogos sehingga 11 Ogos 2018. LRT yang terpilih ialah di Wangsa Maju, Masjid Jamek, Hang Tuah, Ampang Park, Bandaraya, Bandar Tasik Selatan, Pasar Seni, Taman Melati, KTM Mid Valley dan juga KL Sentral.

Seterusnya Anlene meneruskan kesedaran mengenai pengambilan susu UHT Anlene dengan Trak Anlene ( roving ) disekitar kawasan Lembah Klang dari 5 September sehingga 13 September dari 11 pagi sehinga dan 2 petang + 4 petang sehingga 7 malam.

Kawasan yang diterokai di Shah Alam pada 6 September 2018 adalah seperti Kompleks PKNS Shah Alam pukul 11 pagi hingga 2 petang dan Post Office Taman Sri Muda 4 petang sehingga 7 malam. 7 September 2018 di Bukit Bintang di hadapan lot 10 dari 11 pagi sehingga 2 petang dan 4 petang sehingga 7 malam. 8 September 2018 di Rawang Selangor berdekatan Tesco Rawang bermula dari 11 pagi sehingga 2 petang dan 4 petang sehingga 7 malam. Lokasi terakhir pada 13 September 2018 di Petaling Jaya iaitu Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dari 11 pagi sehingga 2 petang dan 4 petang sehingga 7 malam.

7 September 2018 merupakan acara yang paling GEMPAK bersama Anlene sebab ada Stacy Anam dimana orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang berhadapan dengan Lot 10 berpeluang untuk melakukan aktiviti LOMPATAN untuk papan iklan interaktif LED bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 2 petang.


Aktiviti LOMPATAN yang sangat menyeronokkan kali ni bagi peluang untuk I miliki barangan 'goodies' dari Anlene. Dapatlah I simpan serbuk Susu Anlene dalam bekas tu. Paling best Anlene bukan sahaja #LebihSekadarDariSusu tapi siap ada resepi lagi menggunakan produk dari Anlene. Yes boleh buat smoothie dan ais krim, boleh letak dalam my oats, boleh letak dalam resepi untuk biskut juga.


So apa lagi jangan lupa cuba semua resepi yang Anlene syorkan untuk manfaat yang berganda tau !


Kekal aktif Kekal sihat dengan susu UHT Anlene yang terbaru dengan 50% nutrisi tambahan dan ianya #LebihSekadarDariSusu sebab anda dapat menikmati lebihan kolagen, protin dan kalsium tinggi yang akan bantu untuk menjaga tulang, sendi dan juga otot anda !

Ni rasa nak beli banyak-banyak ni buat stok.




Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman Sesawang : https://www.anlene.com/
Facebook :  Anlene Malaysia

Sumber rujukan :
https://www.anlene.com/my/en/inspire.html
https://www.viva.co.id/gaya-hidup/kesehatan-intim/725908-ini-manfaat-melompat-setiap-hari
http://baca-blogspot.blogspot.com/2012/09/kebaikan-protein-dalam-kehidupan-sumber.html

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com