Nak Bibir SEXY Macam Angelina Jolie ? Baca sini...


Pernah tak you all terasa nak bibir seksi macam Angelina Jolie, dah la mungil, plumpy and kissable pula tu...

Kalau I of course lah nak bibir macam tu, tapi apakan daya bibir I jenis kecil usually memang kering kalau tak pakai lipbalm nak pula banyak kedutan bahagian bibir atas.. kadang-kadang lingkaran bahagian bibir bertambah hitam pula... nak buat lip surgery takut la pula sebab dalam agama I tak bagi ubah bentuk bibir atau cucuk cucuk ni... HARAM katanya.. huuu, tapi ada je yang buat yerlah siapa nak bibir nampak tua sebelum usia kan ?

YES, I dah cuba lebih kurang 2-3 minggu dengan ISKIN New York LipAddict.. so far I dah addicted dengan salah satunya ialah warna kegemaran I..


ISKIN LipAddict ni terdapat dalam 12 warna yang lembut dan berkilat iaitu :

210 Sweet Nothings, 202 Coralista, 203 Mon Cherie, 205 Sexy Seductress, 206 Pink Princess, 207 Innocence, 208, Razzle Dazzle, 209 Candy Swirl, 211 Air Kiss, 212 Pink Sugar dan 213 Jewel.


Dan semestinya warna kegemaran I ialah 205 Sexy Seductress sebab warna ni la paling menyerlah dari banyak-banyak warna, dan ianya berwarna merah sedikit berbanding yang lain, wajah dan bibir I lebih perlukan warna merah sedikit kalau tak muka I pale habis nampak macam manusia tak bernyawa dah.. huhuu...


Nak bibir as sweet as dessert?

I perkenalkan dekat you all lip plumpers dari ISKIN yang diformulasikan untuk menjadikan bibir jauh lebih muda, nampak penuh, besar dan rasa nak cium-cium je dan telah melalui ujian dermotologi juga. Macam buat surgeri la bibir you all lepas sapu LipAddict ni.

LipAddict ni bukan sekadar lip gloss tapi ianya adalah sejenis produk rawatan bibir yang tak perlu suntik lagi. Terdapat kompleks peptida nano berpemilik yang akan merangsang kolagen dan juga penghasilan elastin untuk menjadikan bibir kurang kesan garisan halus dan kedutan.


Bahan utama yang terdapat didalam ISKIN LipAddict ialah Vitamin C & E yang membantu untuk melembut dan merawat kulit bibir yang kering serta menggelupas seterusnya menjadikan bibir lebih lembut dan sihat tidak kira suhu dan cuaca.

ISKIN LipAddict melembabkan bibir 'by snapping a finger' sebab kandungan semulajadi, minyak pelembab organik yang membekalkan hidrasi untuk bibir yang kering dan pecah. Lepas bibir dah cantik tak perlu dah risau nak pakai baju warna apa hari-hari.


Antara bahan yang terdapat di dalam ISKIN LipAddict ialah kolagen, minyak benih anggur, minyak kernel aprikot, minyak jojoba, minyak avakado, pudina & stevia, vitamin C & E, Aloe vera, minyak kastor dan HA (Asid Hyaluronik).


Bagi yang selepas melakukan 'Compliments Lip Filler,' :

Boleh sapu terus ISKIN LipAddict sebab produk ni akan menggalakkan bibir yang penuh dan mengekalkan kesan bibir yang baru disuntik. ISKIN LipAddict merupakan produk yang sesuai lepas di suntik dan boleh disapi secepat mungkin setelah prosedur.

Menurut ISKIN LipAddict dalam tempoh masa jangka panjang penggunaan produk ni akan menjadikan isipadu bibir lebih 30%, kelembutan bibir akan meningkat sehingga 80% dan 100% bibir akan terasa lebih hidrasi dari sebelumnya sekali gus menjadikan bibir tampak PENUH SEKSI dan kelihatan lebih SEKSI !


#CabaranMenggunakanISKINLipAddictSelama2-3minggu...


3 Warna yang I dapat ialah 205 Sexy Seductress, 208 Razzle Dazzle dan 213 Jewel...


208 Razzle Dazzle sesuai digayakan pada waktu santai, waktu nak ke pejabat, waktu lepak-lepak dengan kawan sebenar warna dia tak pekat dan obvious cuma nampak kilauan je..

205 Sexy Seductress pula warna merah cantik digyakan pada waktu malam, candlelight dinner, atau nak keluar dating dengan boyfriend ke husband ke..

213 Jewel pula boleh sapu sebelum tidur, yang ini adalah rawatan bibir waktu tidur, nanti bila bangun bibir rasa macam baru lepas kena gigit lebah je, haha..

Kalau kaum lelaki yang straight tapi nak bibir lembab all the times boleh guna 213 jewel tau..


ISKIN LipAddict yang berwarna ni kalau perhatikan betul-betul mesti nampak macam ada kandungan sparklingkan ? Tu sebab bila pakai dekat bibir, bibir nampak berkilat-kilat macam baru balik dari disko gitu... haha..


Selepas menggunakan ketiga-tiga warna ISKIN LipAddict ni I tetap rasa 205 Sexy Seductress ni warna yang boleh berikan lebih liputan untuk bibir I yang nampak berkedut dan kehitaman, 208 razzle dazzle hanya berikan kilauan warna merah jambu yang cair dan tak mampu nak tutup lingkaran hitam bibir I... Macam 213 Jewel I tak berapa kisah sangat boleh guna waktu malam sebelum tidur jadi waktu tidur I tak jumpa sesiapa so tak ada lah segan tunjuk bibir I yang tak cukup zat tu.. heheh...


Selama 3 minggu berturut-turut I gunakan ISKIN LipAddict non-stop, satu hari tu sampai 2-3 kali I sapu, dah nak habis separuh dah Lip Addict warna kegemaran I, haha..

Pendapat I tentang ISKIN LipAddict :

  • Masa sapu tu I rasa bibir I sejuk berangin macam letak ais.. mula-mula I kurang selesa tapi dah setiap hari sapu dah jadi imun dengan rasa sejuk tu...
  • Tasty sebab perasa chewing gum.. banyak kali dah lidah I curi rasa...
  • sapuan rata dan licin, glossy but less sticky.... but still rambut melekat... haha...
  • Tak rasa iritasi dekat bibir I..
  • Lepas bersihkan ISKIN LipAddict dengan pembersih solekan, bibir tak tinggalkan kesan kepingan sel kulit mati bibir... 
  • Bibir rasa lembab, mungil, berangin dan rasa macam lebih besar sikit dari sebelum, huhuhu...
  • Kedutan dan garisan halus semakin berkurangan at least tak teruk macam sebelumnya..
  • Harga entahlah bagi I ianya terlampau mahal walaupun kandungan bahan semuanya semulajadi dan organik... but trust me you won't feel regret by owning one of the color...
  • Kekal lama selagi tak makan, tak minum, tak cium orang, kalau dah terbuat ni, glossy stains tu ada lagi cuma kena sapu balik semula untuk nampak bibir menggiurkan kembali..
  • Nak nampak lebih menarik, pakai lipstick warna kegemaran you all dulu then sapu ISKIN LipAddict atas warna kegemaran you all, nampak lagi cantik tau !
  • Sesuai untuk kanak-kanak atas 4 tahun, wanita hamil, remaja, lelaki dan perempuan..



So ladies, adakah anda sudah sahut cabaran sebulan bersama ISKIN LipAddict ?
Jangan lupa share tau ! Untuk maklumat lanjut, sila layari : soaddicted.com

Instagram @soaddictedmalaysia x @butterflyproject.my

Lokasi pengenalan produk : HAPP CAFE

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com