Juliet Red - Rahsia kecantikan semulajadi dari Swanicoco


Merah membara seperti cili api..
Juliet red nama diberi..
Terang dan panas seperti gunung merapi..
Mampu mencorak peribadi dan personaliti..

Dimula jual pada 18 September..
Bahan semulajadi bebas kimia..
Bibir merah bak mawar yang mekar..
Agar selamat dari penyakit berbahaya...

Ada tiga jenis warna..
Melembab melembut serta tahan lama..
Minyak semulajadi dan lilin carnauba..
Memberikan impak bibir menggoda..

Edisi terhad tanpa prejudis..
Kuantiti yang ada bagi habis..
Tiada lagi jualan bila habis stok..
Jadi jangan terlepas...

Dapatkan satu untuk diri sendiri..
Cantikkan bibir untuk keyakinan diri..
Silalah tekan link ini :
https://bit.ly/2xqUjTl

50Gram
Swanicoco 스와니코코

#50gram #50gramxSwanicoco
#butterflymsia #SwanicocoMalaysia


Swanicoco Nature Bio Cosmetics

Sebelum wujudnya Swanicoco Show The Velvet Lipstick, Swanicoco ni telah memulakan perniagaan dengan menghasilkan sabun dengan proses penapaian dimana penggunaan herba medikal dipilih untuk menjadi sabun semulajadi yang berkesan dengan mendidih dan menapai bahan-bahan tersebut. Swanicoco merupakan jenama kosmetik yang paling TOP yang menggunakan bahan semulajadi di Republik Korea. Falsafah korporat yang dihasilkan dengan bahan semulajadi dan bukan bahan kimia yang berbahaya adalah yang terbaik. Swanicoco menjadikan bahan yang berkualiti tinggi sebagai keutamaan dan terlibat dalam penyelidikan pembangunan bio yang berterusa untuk mencipta sebuah sistem bio semulajadi dan tidak akan berhenti untuk menerima cabaran. Untuk permulaan Swanicoco akan berusaha menjadika produk yang terbaik sebagai ahli keluarga untuk memastikan kosmetik yang dihasilkan selamat untuk digunakan pada kulit wajah.

Identiti Jenama

Penggunaan 'Natural' atau semulajadi terdapat pada logo bahagian atas Swanicoco yang membawa maksud Swanicoco adalah sebuah syarikat yang mewakili kosmetik semulajadi.  Bunga peony blossom di bahagian tengah pula memberi simbol sebagai elegan dan penuh. Di bahagian bawah pula ialah Swanicoco yang bermaksud ( swan - feminin ), (coco - coconut/kelapa) dan juga 'cuteness/'comel dalam bahasan Perancis. Identiti  jenama ini membuktikan bahawa Swanicoco bekerja keras untuk memastikan kosmetik semulajadi ini bukan hanya untuk wanita malahan untuk lelaki dan juga semua orang.

Rahsia kecantikan : Bahan- Bio Penapaian

Teknologi proses penapaian yang digunakan sama sahaja seperti proses penapaian makanan. Semasa proses penapaian, partikel menjadi semakin halus dimana ianya meningkatkan kadar serapan pada kulit. Tambahan sebagai komponen semulajadi ianya tidak akan memberi kesan iritasi pada kulit. Semasa penapaian, nutrisi yang tidak wujud sehingga sekarang seperti asid amino dan anti-oksida akan terhasil untuk merawat kulit rosak dan mencegah penuaan. Swanicoco menggunakan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga herba medikal Korea sebagai bahan utama dalam proses penapaian ini dan menyatupadukan bioteknologi ke komponen semulajadi mesra alam dengan membaikpulih kulit wajah. Selain daripada air yang bersih, Swanicoco menggunakan ekstrak penapaian sebagai proses utama sebanyak 80% di dalam kosmetiknya. Proses teknologi penapaian akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Penyelidikan bioteknologi semulajadi

Untuk pengetahuaan semua, Swanicoco tidak menggunakan bahan yang berbahaya pada kulit seperti pewarna tiruan, wangian tiruan, pengawet kimia, streoids, alkohol, minyak mineral, paraben dan juga benophenones. Malahan banyak menggunakan bahan semulajadi dan proses penapaian supaya komponen semulajadi tidak menjadi konflik antara satu sama lain apabila dicampur. Kaedah campuran yang optimal telah menghasilkan kosmetik semulajadi yang selama, bebas hipoalergik, lembut dan ideal untuk semua jenis kulit dengan kesan pembaikan yang maksimum pada kulit.

Natural Korean dan bahan yang dipatenkan ( bahan semulajadi di Korea dan bahan dipatenkan dari pelbagai negara)

Bahan utama Kosmetik Swanicoco diekstrak sama ada dari tumbuhan semulajadi Korea; baha dipatenkan dari Eropah termasuklah Perancis yang telah membawakan Swanicoco sebagai bahan kosmetik secara global di pasaran; ataupun secara organik bahan yang telah diluluskan dari US dan Australia. Swanicoco dihasilkan secara selamat dan memberi kesan yang bagus dengan faktor pertumbuhan Epidermal (EGF), Faktor pertumbuhan Fibroblast (FGF) dan peptida protin.


Edisi terhad : Show The Velvet Lipstick edisi hitam

Juliet Red merupakan antara 3 warna yang terang, berani, lembapan yang tahan lama dan mampu melembabkan bibir dengan bahan daripada minyak semulajadi dan lilin carnauba.

Bahan lain adalah seperti :

Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850


Sebagai peminat warna merah, Juliet red adalah warna yang elegan dan romantik sangat sesuai untuk digayakan ketika berada di tempat ramai orang supaya personaliti nampak lebih terpancar. Juliet red ni warna dia kalau dikalangan bangsa melayu ni kita akan panggil Wow merah menyala ala-ala mak ngah gitu ! Warna yang terang dan berani ni selalunya siapa yang pandai gayakan akan buatkan wajah tampak lebih jelita dan awet muda serta wajah lebih berseri. Hey BTW it's my favorite kaler ! Oh yea yea..


But it's not really a smudge free guys BUT boleh kekal lama tanpa tinggalkan bibir rasa kering ! the stains tetap akan melekat walaupun kita sentuh dengan jari but trust me the color walaupun melekat sana sini but bibir tetap tak akan lekang dengan Juliet red ni like I said it's LONG LASTING Moisturised. Yes memang dapat rasa bibir tetap lembut sepanjang pemakaian Swanicoco Juliet red ni. Tak ada rasa sticky tak ada rasa berminyak tapi bibir rasa selembut baldu gitu. Lepas dah bersihkan bibir dengan pembersih solekan, bibir masih rasa lembut. Somehow I recommeded sangat untuk yang jenis bibir kering guna swanicoco ni. Feeling romantik dan berani pada bila masa-masa. Warna ni mungkin boleh pakai waktu nak date dengan Henry Cavill kot.. hahaha...


I punya rate :

Jenis warna : 100% menepati citarasa I
Ganjaran warna : 10/10
Bau : 9/10
Ketahanan : 9/10
Kelembapan : 9/10
Kesan pewarnaan : 10/10
Harga : 7/10

Tahan comot : 8/10
Warna pindah ke tempat lain : 7/10

Ada rasa nak beli lagi ke ? :
Kemungkinan besar YES if I am not aging yet.



50GRAM merupakan syarikat tunggal yang pertama memperkenalkan produk Swanicoco di seluruh negara. Syarikat lain akan melancarkan Swanicoco pada masa yang akan datang. Pada 30 Ogos 2018 50 GRAM x Swanicoco telah bekerjasama dengan mengadakan Majlis menandatangani secara Peribadi di Sunway Impressoul Gastrology sebagai memorandum persefahamam. Produk Swanicoco juga telah melancarkan jualan bermula pada 18 September 2018 dan boleh dibeli disini : https://bit.ly/2xqUjTl dengan harga RM88.85 sebatang.

Anda akan dapat harga jualan secara ekslusif dari 50GRAM, 25% diskaun untuk beli Juliet Red, Gincu percuma dan boleh tinggal di Villa untuk pemenang dengan Click di > sini <

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Swanicoco x 50GRAM
Facebook @swanicocodream dan @50grammalaysia
Instagram @swanicoco.official dan @50gram.com.my

Untuk pengetahuaan anda 50Gram juga bekerjasama dengan The Butterfly Project untuk memperkenalkan produk dari Korea iaitu Swanicoco ! :)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com