Selesaikan Masalah Jerawat, Kulit berminyak dengan AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi


September 2018 ni I breakout habis tapi actually I don't care anymore sebab memang I ada masalah jerawat since I was like 15, sebab hormon I not normal macam orang normal, sekejap dia baik sekejap dia buat perangai, nak tak nak I have to accept it lah. Selalu I kemana-mana I usually will cover my imperfection and flaws dengan produk yang organik, hey kosmetik pun dah ada yang organik tau nowadays... skincare is a must for me, cosmetics tu cuma cover my flaws.. but to cover I still kena utamakan penggunaan skincare pada wajah I.. 

Skincare yang I perlukan untuk kulit I mestilah sesuai, mild dan bebas bahan kimia berbahaya.. Selalunya produk skincare yang awesome dan terbaik pun mostly datang dari Korea Selatan kan..

Apa pun kadang-kadang I'm proud with my flaws..
Kalau bukan kerana flaws ni mesti I jenis takkan ambil tahu tentang produk yang ada masa kini di pasaran kan, haip mereka yang flawless skin pun tetap amalkan rutin penjagaan kulit tau.. So bukan alasan dah untuk I tidak mengikuti langkah-langkah yang betul menjaga kulit sendiri..

Thank you to Kak Aiin sebab introduced pada I AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi iaitu set penjagaan kulit yang menggunakan bahan kandungan Real TeaTree 10,000ppm


So I dah pakai this by today after I received the product, so far I love the Box packaging sebab warna dia hijau ! And paling kebetulan sebelum sampai produk ni I pakai baju warna hijau juga. So memang jodoh serasi la kita kan ? Nak pula time datang bulan mengambang ni mulalah tumbuh seketul jerawat yang masih baru dibawah kulit so kulit muka nampak bumpy je nak pula parut lama, liang pori besar tu masih tak reti-reti lagi kan nak mengecil...

Apa lagi betul ke produk ni bagus sampai ramai yang overclaimed produk ni boleh licinkan kulit bebas jerawat dalam masa 30 hari ? Kita nantikan, tapi I nak buat first impression dulu..

AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi ni ada sabun ( sebagai pencuci wajah ), penyegar, serum, dan krim pelembab.


AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Bar Some By Mi ni ada kandungan real tea tree 10,000ppm yang menggunakan minyak argan dan minyak zaitun siap ada sijil minyak organik lagi (ECOCERT). Bahan semulajadi dari nature. Tiada kandungan bahan kimia berbahaya dan pewarna tiruan atau penyebab iritasi pada kulit sebab produk ni mengikut standard produk berintegriti.

Apabila sel kulit mati dan kekotoran terhasil pada permukaan wajah ianya akan menyebabkan masalah kulit dan tak kisahlah betapa MAHAL macam mana produk penjagaan kulit yang I sedia ada, apa-apa produk akan susah nak sampai ke permukaan kulit bila sel kulit mati dan kekotoran ni akan menghalang produk penjagaan untuk sampai ke sel kulit yang sihat.

Kandungan seperti ekstrak pokok teh dan ekstrak houttuynia dikenali sebagai penstrerilan yang efektif untuk menyelesaikan masalah kekotoran dan mencegah kutu muka hampir ke permukaan kulit dengan gabungan AHA, BHA dan PHA.

AHA ni menyingkirkan serpihan kulit dan kekotoran pada permukaan kulit. BHA pula bantu untuk kecilkan pori, membersihkan kekotoran dan sebum yang tersumbat dalam liang pori tu. PHA pula menghalang kehilangan lembapan dan menyingkirkan sel kulit mati.

Hanya bahan yang selamat sahaja dalam produk ni mengikut EWG Standards. Antaranya ialah ekstrak pokok willow, asiatic pennyword, ekstrak epal, ekstrak lemon, ekstrak oren, ekstrak kulit kayu birch, protin kentang dihidrolisis, protin nasi dihidrolisis, protin oat dihidrolisis, ekstrak edelweiss, minyak zaitun, minyak argan, minyak teh hijau, ekstrak pokok baobab, tepung chlorella, tepung taugeh putih, ekstrak pokok teh, ekstrak houttynia dan ekstrak licorice yang banyak manfaat seperi membersihkan secara mendalam dengan lembut khas untuk kulit dan pori.



I hasilkan buih dari AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Bar Some By Mi ni dengan jaring yang disediakan, masukkan sabun dalam jaring tu lepas tu letak air sedikit gosok sampai buih terhasil. Buih yang terhasil sangat pekat dan halus je, I ambil buih tu then sapu dekat wajah dan teruskan teknik urutan secara membulat di bahagian pipi, dahi, tolak sabun secara ke atas di bahagian hidung dan pertengahan antara bulu kening. Urut selama 1 minit lepas tu bilas wajah dengan air suam untuk bersihkan buih sabun tu.

I impressed sebab aroma haruman bau minyak pokok teh memang kuat dan very calming gitu.. tiba-tiba I rasa macam very relaxing dan bersemangat untuk teruskan kehidupan. Kalau perhatikan wajah I sebelum nampak lebih berminyak, lepas dah cuci nampak lebih segar dan bersih. Jerawat yang besar disebelah hidung tu awal-awal memang gatal, tapi lepas dah bersihkan tu rasa gatal dah kurang dan kurang rasa iritasi. Kesan minyak pada wajah pun semakin berkurangan paling best kulit tak rasa kering tapi jauh lebih lembab, pori pun terasa lebih bersih dan segar.


Toner atau penyegar adalah langkah asas yang perlu ada dalam setiap rutin penjagaan kulit, satu lagi losyen wajah, tapi AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi ni dia guna penyegar untuk rawat kembali liang poti yang terbuka luas dan bersihkan kotoran tersumbat dalam pori tu.

Penyegar AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi ni sangat sesuai dan direkomenkan untuk yang tidak puas hati dengan muka berminyak yang banyak penghasilan sebum, inginkan penyegar tanpa rasa melekit, mencari penyegar yang lembut khas untuk kulit yang rosak dan sensitif, kecewa dengan produk penjagaan kulit yang mahal tapi tak beri kesan langsung, tak gembira dengan bintik hitam dan putih yang berterabur pada permukaan dan dalama kulit, rasa DOWN disebabkan kulit kesan dan pori besar, solekan capuk dan tidak rata sebab permukaan kulit yang kasar dan nak pengelupasan tanpa iritasi.

Bahan untuk pengelupasan yang digunakan dalam AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi adalah seperti Asid sitrik (AHA), Asid salisilat ( BHA ), Asid bionik(PHA) dan ekstrak buah betik carica. Bahan yang mempunyai nutrisi pula ialah seperti ekstrak daun pokok teh Melaleuca alternifolia. ekstrak witch hazel( hamamelis virginia) Ekstrak benih lens esculenta (lentil), ekstrak bunga nelumbo nucifera dan ekstrak burung swiftlet. Niacinamide adalah bahan yang digunakan untuk mencerahkan kulit. Bahan anti penuaan yang okay adalah adenosine manakala untuk kekalkan hidrasi kulit bahan seperti HA ( Asid hyaluronik / sodium hyaluronatel, glycerin, xylitol, fructan, allantoin, butylene glycol dan hydroxyethyl urea.

Untuk pengetahuaan anda AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi sedikit asidik tapi bahan yang digunakan adalah EWG Safety-rated dan sebagai solusi untuk kulit dehidrasi yang degil. Komponen telah dipatenkan dan mempunyai sijil untuk komponen kawalan sebum P-Refinyl dan Hidrasi secara mendalam iaitu Fructan. 2 bahan yang bertindak sebagai anti penuaan ialah niacinamide manakala adenosine untuk mencerahkan kulit.

AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi juga adalah mesra kulit sebab ianya mempunyai tahap pH 5.5 dan bebas dari 20 bahan kimia yang berbahaya.


Penggunaan pencuci wajah walaupun muka rasa bersih dan segar tapi tak semua kekotoran akan hilang, jadi tu sebab lah penggunaan penyegar dari AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Toner Some By Mi membantu untuk membersihkan lagi sekali kotoran degil yang melekat pada wajah tu.

Penyegar selalunya much better kalau guna pad kapas tapi I punya stok dah habis jadi I just guna telapak tangan I untuk singkirkan lebihan sebum dan minyak pada wajah I. So far I boleh nampak lah sikit perubahan yang sedikit ketara dari kulit sebelum ni. Wajah rasa lebih ringan dan melekit. Tona kulit nampak lebih improved. Bau aroma dia pun bau pokok teh bau fresh je. I perasan yang pori I look much better tau. hee. Love love love it !


Serum satu lagi yang penuh keajaiban iaitu AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Serum Some By Mi, amboi-amboi takmau Overclaimed ya... tapi kenapa penuh miracle ni sebab ianya mampu menenangkan kulit dengan kandungan ekstrak Centella Asiatica sebanyak 14.5%, lead water 10,000pm, ekstrak pokok teh ( melaleuca alternifolia). Kulit yang kasar boleh jadi tekstur yang lembut dengan komponen AHA, BHA, BPA yang boleh menyingkirkan sel kulit mati secara lembut dengan efektif. Serum ni sangat bagus diamalkan setelah penggunaan set AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi dari sabun sehinggalah krim pelembab khusus untuk kulit yang penuh masalah seperti jerawat dah paling kronik jerawat batu dengan penggunaan 100% bahan semulajadi bebas dari 20 jenis bahan yang berbahaya.

Disebabkan taknak overclaimed, result untuk wajah sebelum dan selepas menggunakan produk AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi adalah mengikut jenis kulit dan diet seseorang juga tau.


AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Serum Some By Mi ni tekstur dia cecair seperti air dan cair tak seperti kebanyakan serum yang jenis air yang pekat umpama gel tapi serum ni cepat menyerap ke dalam kulit dengan pantas dan jayanya tanpa meninggalkan rasa  belengas ataupun melekit. Kulit cuma rasa lebih lembab dan hidrasi tapi nampak glowing la. Hey I should give a try around 30 days la sebab 1 hari je dah boleh nampak tona kulit nampak glow glow macam pakai highlight gitu. Sebab I pakai dalam tempoh datang bulan jadi tak bolehlah kan nampak kesan tu by snap a finger hilang habis dan nampak flawless kan. Kena take time juga la. So far produk acne/jerawat yang I pernah jumpa pun mostly bahan yang digunakan agak kasar dan buat kulit jadi iritasi, produk apa ? Produk yang selalu you all nampak dekat TV la khas untuk remaja yang ada masalah kulit ni.

So far AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Bar Serum By Mi ni much better sebab agak sesuai untuk kulit sensitif tanpa tinggalkan rasa gatal-gatal atau pedih.


AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Bar Cream By Mi ni pula langkah rutin penjagaan yang keempat sebelum you all nak pakai solekan bedak ke foundation ke.. ianya bertindak sebagai PENYEKAT atau PENGHALANG untuk mencegah pembiakan jerawat pada masa akan datang. Lepas dah pakai sabun, toner dan serum, masa untuk LOCK/KUNCI kesemuanya dengan krim ni yang mempunyai bullet-proof untuk lawan segala iritasi sebagai solusi menenangkan untuk kulit yang tiada harapan.

Dengan ekstrak daun pokok teh 10,000ppm, digabungkan dengan ekstrak centella asiatica( tengok macam daun pegaga) dan madecasoide bertindak sebagau krim pencerah dan anti penuaan serta sangat efektif untuk melembab, melembut, menenangkan kulit dengan mafaat dari ekstrak alam semulajadi. Bahan sub-saharan akan disingkirkan secara lembut dari kulit kering dan akan buat tekstur kulit nampak lebih halus dan licin. Membantu untuk pudarkan parut jerawat juga. Eiii bestnya ! ;)

AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Cream Some By Mi ni juga telah jalani ujian hipoalergenik dan menerima sebanyak 5 anugerah dari Hankyung Business ( 2016 Brand Grand Prize Winner ), Money Today ( Customer's Satisfaction Grand Prize ), Sports Dong-a ( 1st in Customer Satisfaction ), Korea Media Network ( Grand Prize at the Korea Star Brand Awards ) dan Korea Media Network juga untuk ( 2018 Brand Grand Prize Winner ).

Dengan adanya krim ni lepas ni tak payah jumpa doktor lagi bila dah ada pertahanan kulit yang kuat, kulit diperbaiki, kulit lebih okay dan lembab bagi yang berjaya.

Tahu tak bila kubu pertahanan kulit lemah, kulit menjadi amat kering dan sensitif serta sukar untuk melawan kuman dan iritasi luaran yang menyebabkan masalah pada kulit.

Tapi sekarang tak perlu dah risau dengan Solusi kubu pertahanan dari AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE Cream Some By Mi yang ada 4-cica care seperti asid asiatik, asiaticoside, madecasic asid, madecasoside yang mampu menguatkan kembali kubu pertahanan kulit dan merawat semula kulit bermasalah.


Rutin penjagaan kulit langkah keempat ni membantu juga lah untuk kembalikan masalah kulit yang tak bermaya. Memandangkan baru-baru ni I baru balik dari Pantai jadi memang terdedah dekat sinaran UV yang lama. Bila sapu krim ni rasa macam kurang sikit iritasi di sebabkan sunburn tu. Apa pun jerawat yang masih baru tumbuh tu nampak macam tak ada peluang lah untuk bertambah lagi, padan muka virus dan bakteria tak dapat lagi membiak atas permukaan kulit I lepas ni sebab I dah letak kubu pertahanan. Tekstur krim ni dia warna putih dan rasa macam sentuh gel, bila sampai dekat kulit dia macam gel dan pecah ke kulit rasa macam air tumpah gitu. Bau dia pun sweet dan lembut gitu sebab ada 4 kandungan 4 herba seperti lavender, rosemary, oregano dan thyme yang melalui proses suhu yang rendah untuk meningkatkan daya penyerapan dan efektif untuk merawat masalah kulit yang bermasalah serta radang.

Krim ni lagi bagus disimpan dalam peti ais sebab kesan lembapan dan penyejuk untuk kulit akan jadi maksimum bila disapu pada kulit. Lagipun krim ni menyerap pantas ke dalam kulit memang takkan rasa berminyak dan melekit langsung tapi kulit tetap rasa lembab dan lembut, pagi-pagi bangun kulit I rasa macam selesa lah huhuhuh.


Nampak tak jerawat yang timbul tu semakin mengecil hehe. I love it gitu. So far suka suka, tak sabar nak pakai hari-hari I hope that my skin feels better than before dalam tempoh 30 hari ni.

Harga Produk :

Sabun - RM70
Toner - RM75
Serum - RM98
CreamRetail - RM118 PROMO RM80

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Web : http://www.kbeautyluxury.com atau www.somebymi.my
FB page : kbeautyluxury
IG : @kbeautyluxury.my

Contact No :
019 - 3873526

3 ulasan :

  1. Hii, nak tny masa pakai produk ni is it normal for our skin jadi mcm gelap?

    BalasPadam
  2. Hai everyone, i want to let go my miracle toner by somebymi..Pls do dm me if youre interested..ig @araliya.my

    BalasPadam
  3. Saya punya kulit kering tapi berjerawat...boleh pakai ini?

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com