Sabun ni sebiji RM220, berbaloi ke tidak ?



Julai lepas I berkesempatan paticipated satu event Hi-Tea di Ben's Pavillion untuk soft launch Ukiyoe x Hinata-Hina. The only reason why I only sanggup datang untuk discovered sendiri sebiji sabun yang berharga RM220. Kenapa mahal sangat kan ? Haha korang rasa berbaloi ke nak guna sebiji sabun yang mahal ni untuk kulit senantiasa gebu dan cantik-cantik gitu.




Bagi yang nak tahu sabun ni terhasil dari bioteknologi Jepun yang canggih itu sebablah namanya Hinata-Hina. Produk asli ni terhasil oleh bakteria asid laktik dan yis yang dikulturkan bersama. Wujudnya juga melalui kajian terperinci yang memberi fokus untuk cara memenuhi kehendak dan keperluaan kulit. Bahan produk yang pekat seperti marshmallow bubbles yang terhasil dengan elemen lembapan yang boleh mengurangkan kerengsangan pada kulit serta membantu mengekalkan kelembapan dari bawah kulit supaya kulit lebih bersih dan bebas cela. Paling menarik produk ni sangat sesuai untuk wajah dan juga kulit badan.


Wujudnya sabun ini juga kerana salah seorang pengkaji Hinata-Hina mengalami masalah kulit tangan yang teruk dan sangat kasar. Kajian yang sangat lama pada bakteria asid laktik dimana dia perasan kondisi kulitnya semakin cantik dan improved malahan kulit pengkaji berkenaan semakin bersih, cantik, berseri dan juga bebas cela. Penemuaan ini telah dipatenkan sebagai "BiProGE®,' sebagai salah satu bahan utama di dalam sabun Hinata-Hina.

Hinata-Hina ditermakan sebagai daya usaha untuk membantu mengekalkan kulit dengan menyerap keberkatan dari bumi dan awet muda.


Bahan utama yang ada dalam Hinata-Hina adalah seperti BiproGe® sejenis bakteria asid lactic yang telah diekstrak dari tanaman bakteria asid laktik dan juga yis yang telah dihasilkan dari dedak padi maka terciptalah sabun lembut yang menghasilkan buih ala-ala marshmallow. Kekuatan bakteria asid laktik dan asid mampu menjadikan kulit lebih kuat dari dalam paling best ianya sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit sensitif juga.

Kandungan minyak zaitun pula kaya dengan Asid oleik menyerupai kulit manusia yang membantu untuk memberishkan lebihan kotoran sambil mengekalkan lembapan kulit. Minyak zaitun mempunyai kandungan penjagaan kulit yang disebatikan secara lembut pada kulit dan mudah meresap. Ianya membantu untuk meningkatkan kadar metobolisma yang membantu untuk mengawal kulit dari kembali menjadi lemau gitu.

Madu juga adalah salah satu bahan di dalam sabun Hinata-Hina ni yang mempunyai kandungan melembab secara semulajadi. Kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kulit menjadi cantik. Ianya mampu melembabkan sebum dan mencegah air hilang dari kulit dismaping mengekalkan hidrasi.



Cara nak buat sabun Hinata-Hina jadi marshmallow bubbles. Guna net yang disediakan. Semakin sedikit air semakin bagus penghasilan sabun tu. Lepas tu sapu pada kulit wajah biarkan pada wajah selama 30 saat ke 1 minit. Bilas bubbles dari wajah dengan air suam, tidak digalakkan rub ganas pada wajah muka, dilarang sama sekali keringkan kulit wajah dengan tuala secara kasar.


Kenapa mesti SABUN ?

Hinata-Hina ialah sabun yang alkaline yang ringan. Sabun asid selalunya digunakan untuk membersihkan kulit yang berasid, sabun tu lembut untuk kulit tapi agak sukar untuk membersihkan kotoran dan juga keratin yang sudah tua jadi kemungkinan besar kotoran dan sebum akan menjadi lebih buruk MANAKALA sabun alkaline yang lembut lebih membersihkan kotoran dengan lebih efektif walaupun kemungkinan akan membuatkan rosak pada kulit TAPI kalau bersihkan kulit dengan sabun alkaline Hinata-Hina ni kulit akan bertindakbalas secara semulajadi untuk menjadi asid maka anda tidak perlu risau. Jika ada munculnya keratin lama kulit secara semulajadi juga dapat mengurangkan kadar kehadiran keratin tua tu kembali.

Penggunaan sabun alkaline yang lembut akan merangsang kulit supaya menjadi lebih kuat dari dalam serta bawah lapisan kulit juga.

Lepas dah pakai sabun then I sapu wajah I dengan serum khas dia kasi dalam set tu, siap ada tablet makanan lagi.

Apa pun Sabun dan serum ni masih belum dijual lagi di pasaran tapi tak lama lagi akan ada..
Untuk serum harganya RM370 sebotol.
Ukiyoe x Hinata-Hina  soap dengan algae soap dish : RM220

Ekspo Jepun akan datang : Sabun dengan jaring akan dijual RM85 harga biasa lain hari RM220.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.luxella.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com