Menu Wajib Kena Cuba di LḔTEN Restoran Makanan Cina Halal, Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang


LḔTEN ialah sebuah restoran yang menyediakan hidangan masakan Asia yang mempertengahkan Xiao Long Bao sebagai hidangan utama. Selain itu terdapat pelbagai menu masakan yang kemungkinan besar akan menjanjikan rasa yang enak, unik dan menepati citarasa sesiapa sahaja yang menikmati makanan di restoran ini. Restoran ini menggunakan 'family concept' dimana ianya sesuai untuk setiap peringkat umur dan jantina. Paling menarik restoran ini merupakan muslim-friendly dimana hidangannya adalah bebas dari bahan yang berasaskan khinzir serta merupakan restoran makanan Cina Halal.


LḔTEN membawakan para 'foodies' seperti berada di ala-ala Shanghai dengan menjadikan setiap menu yang dihidangkan menggunakan bahan kompleks yang penuh rasa, melimpah-ruah serta mewah didalam restoran ini. Dibuat secara kreatif oleh pakar dengan menerapkan maksud dan cerita di sebalik setiap hidangan yang menggunakan bahan yang segar serta gabungan rasa asli disenikan oleh pasukan kuliner untuk mentakrifkan semula hidangan klasik Asian. Ianya sebagai ruang dan rasa yang unik penuh seni untuk mencipta kenangan yang terindah dengan tawa riang.


Back to my stories pula, hmmph sebenarnya bila lihat suasana restoran memang terasa seperti berada di Shanghai walaupun merupakan sebagai 'family restaurant' tapi kalau bawa anak-anak yang penuh ragam memang pening juga dibuatnya namun staff di restoran ni amat profesional untuk megawal keadaan. Mangkuk khas serta kerusi kanak-kanak disediakan dengan penuh efisien supaya anak-anak I dapat duduk dengan selesa. Kemudian kami diberikan sebuah buku menu untuk melihat senarai hidangan yang bakal memberikan impak selera untuk first visit I dan keluarga kecil I.


Antara pembuka selera yang dihidangkan ialah pencuci mulut yang merupakan buah jambu batu yang rasanya manis-manis sejuk. Rasa yang enak dan buah amat crunchy with every bite gitu.


Chicken Dumpling with Hot Chilli Vinaigrette RM17.90 untuk 6 biji


Antara menu signature dan utama di LḔTEN ni adalah Xiao Long Bao, tapi I dapat rasa several je sebab tak sempat nak order semua perasa =( tapi memang banyak ni memang mengenyangkan seriously. Antara yang favorite I adalah seperti Steamed Tianjin Bun with minced chicken, reason I ordered ni sebab I rasa anak-anak akan suka ( sebab bentuk ala-ala pau ).


Steamed Tianjin Bun with Minced Chicken RM14.90 untuk 3 biji


Signature Original Chicken Xiao Long Bao 6 biji RM16.90


5 Cara untuk makan Xiao Long Bao :

  1. Keluarkan Xiao Long Bao dari bekas pengukus dengan menggunakan chopstick dan kepit bahagian paling kuat iaitu bahagian simpulan paling atas (top knot), guna sudu untuk support xiao long bao.
  2. Lepas tu letak dalam sudu lubangkan xiao long bao tu dengan chopstick untuk keluarkan asap panas dalam tu.
  3. Hirup kuah yang dikeluarkan dari xiao long bao tu.
  4. Lepas tu cicah dalam cuka ( tambah halia mengikut citarasa)
  5. Nikmati Xiao Long Bao dengan penuh selera !


Chocolate Xiao Long Bao


Sebenarnya Xiao Long Bao ni digalakkan makan ketika masih suam suam gitu, tapi biasalah I pula tengah layan tantrum anak memang tak dapat nak makan cecepat, jadi isinya cepat lah mengeras macam ni, tapi memang tetap rasa enak dan coklat cair dalam mulut.


Crisp-Fried Fish Skin Tossed in Salt Egg Yolk RM19.90

Ini adalah menu yang wajib rasa sebab menu ni menggunakan kulit ikan sebagai bahan utama yang dicelup dengan telur masin lepas tu dihiasi dengan cili pedas tabur gitu, memang makan krup krap krup krap sebab sangat ranggup. I siap bawa balik ke rumah kot makan dekat rumah tetap masih ranggup lamanya.. huhuh..


Szechuan Crispy Chicken RM24.90

Banyak-banyak menu yang ni adalah menu favorite husband I, sebab OF Course rasa Pedasnya.. kalau korang nampak benda biji hitam tu yang tu staff kata tu pedas tu, memang boleh berapi lidah kalau tergigit, tapi bila husband I makan dia cakap I okay je sebab memang dia suka makan pedas. haha. Apa pun this dish memang sangat digalakkan untuk dicuba !


Imperial Hot & Sour Seafood Soup - RM18.90

This is a must try GUYS ! I tak sempat rasa di restoran I terus bungkus bawa balik, dekat rumah I makan puas-puas, rasa dia sangat unik sebab ada cendawan lepas tu bila kunyah-kunyah memang rasa chewable je, rasa vinegar masam masam tu memang ada serious memang kena dengan taste I. Entahlah rasa macam sihat pula makan SOUP ni.


I dan suami I decided nak minum air teh panas je sebab nak elakkan minum benda sejuk.


Yang ni pula air yang rasa vanilla dengan serbuk oreo untuk anak-anak I. Adoi I ordered satu je berebut dedua anak-anak I. Rasa dia memang berlemak manis gitu.


Suasana di dalam LḔTEN Restoran Makanan Cina Halal, Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang.


Proses pembuatan Xiao Long Bao, SO cute betul topknot nya.


Suasana di bahagian dapur LḔTEN Restoran Makanan Cina Halal, Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang.

Tak banyak menu sempat I rasa sebab that time anak dah start mula buat perangai pula kan.. tapi for my next visit I dengan husband nak try another menus di LḔTEN. Kalau nak tahu LḔTEN ni di bawah company yang sama dengan ParaThai. ParaThai adalah sebuah restoran yang pernah I dated dengan husband I dulu masa first visit di Mitsui Outlet. Dia tawarkan makanan style Thai and paling I suka dia punya tom yam memang marvellous gitu. LḔTEN di buka sejak dari 21 Julai 2018 lagi jadi ianya merupakan restoran yang masih baru lagi di Mitsui Outlet.



Untuk maklumat lanjut, sila layari : Facebook | Instagram

LeTen
F-60A, Mitsui Outlet Park
KLIA Sepang
03-86602388

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com