Jom tengok I beli apa dekat Althea Korea


Althea Korea adalah salah satu laman sesawang yang menjual barangan kecantikan dari Korea yang kini sudah tidak asing lagi dalam Malaysia dan amat terkenal serta popular kerana telah menjadi talian yang amat utama untuk para gadis yang betul betul huge fan produk kecantikan Korea ni.


Althea Korea sekarang dah mempunyai jenama produk sendiri dari pencuci muka, pelembab muka dan water primer, loose powder.. dan yang terbaru loose powder pink lavender pula dah masuk dalam laman sesawang Althea korea which is korang boleh dapatkan sekarang sebab ianya seperti edisi terhad ! Selain tu banyak lagi jenama produk Korea yang korang boleh grabbed untuk penjagaan kulit wajah sendiri.

BLACK SUGAR Mask Wash OFF Skinfood


Black Sugar Mask Wash Off ini dari Skinfood, produk ni memang laku keras sebab ianya menggunakan gula hitam untuk membuang sel kulit mati dan menggalakkan pembaharuan kulit. Ala-ala scrub dan mempunyai haruman yang manis.


Cara penggunaannya I hanya ambil 1 calit dan sapu pada keseluruhan wajah dan urut secara perlahan-lahan. Black Sugar Mask ni wash off ni bila sampai dekat kulit I dapat rasa dia punya tekstur tu macam start melting on my skin and rasa warm. Lepas 30saat ke 1 minit, I terus cuci. Once dah cuci yang I perasan produk ni akan menghasilkan cecair putih sama macam I cuci wajah I pakai cleansing oil.


Yang I tahu kulit I terasa lebih segar dan smoother than before. Plus I guna juga Black Sugar Mask Wash off ni pada bahagian kulit kepala sebab kulit kepala pun perlu di scrub untuk buang sel kulit mati. So far so good kulit juga rasa lebih licin dan gebu gebas gitu.

Elizavecca Skin Liar Primer


Memandangkan I mempunyai masalah liang pori yang besar dan ketara. So I decided untuk beli primer as a routine before pakai makeup. Masa tengah Search dalam Althea, I hanya taip Primer... tadaa muncullah Elizavecca Skin Liar Primer dan memang fungsi dia khas untuk tutup liang pori tau, melembab dan jadikan makeup tahan lebih lama. Rupanya dah ramai reviewed produk ni dah mengatakan produk ni works like magic. Dalam ni juga ada bahan seperti bedak yang boleh mengawal lebihan serum dalam pori, jadikan tekstur kulir lebih licin secara semulajadi selama 24 jam.


Elizavecca Skin Liar Primer ni juga bertindak untuk mencerahkan dan mencegah penuaan serta merupakan produk yang perlu WAJIB pakai untuk pastikan kulit lebih dilindungi terutamanya bahagian pori.

Bahan utama adalah seperti Ekstrak penapaian akar saccharomycces/ caragana sinica khusus untuk menjadikan kulit lebih sihat. Ekstrak timun laut pula untuk melindungi kulit. Ekstrak buah Illicium verum membantu untuk menguatkan dan melegakan kulit manakala phytosqualane membuatkan kulit lebih lembut dan lebih berseri.

So far so good I dah pakai banyak kali and boleh perasan kulit I lebih less oily, and makeup nampak lebih rata, kemas dan tahan lama. Once removed pun terasa kulit tak berat gitu. Sangat disyorkan untuk semua makeup LOVER !

Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g)


Petal Velvet Powder dari Althea kali ni merupakan edisi terhad ulang tahun yang ke tiga iaitu versi #Pink Lavender yang membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit dengan formula yang istimewa yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu untuk menaikkan lagi seri kulit wajah yang kusam. Partikel yang halus ni membantu untuk sebum dalam kawalan tanpa mengeringkan kulit serta menampakkan kulit lebih segar dengan aroma haruman yang menenangkan. Solekan nampak lebih cantik dan tahan lama.


Bagi I yang edisi terbaru Petal Velvet Powder ni I sangat syorkan bagi yang ada masalah kulit berminyak. I pakai ala-ala baking style lepas pakai bedak asas kegemaran I, I terus tempek bedak ni. So far sangat membantu menyerap lebihan minyak dan menjadikan solekan lebih tahan lama. Harumannya sangat awesome dan seriously I tak alergik langsung dengan bedak ni.

Clean It Zero Cleansing Balm (100ml)_Original


Bagi seorang yang suka pakai alat solekan pada wajah macam I, I memang perlukan makeup remover tau untuk bersihkan wajah dari solekan sebelum buat double/triple cleansing sebab nak elakkan kulit dari tumbuh jerawat yang tidak dijemput. Jadi masa I buat carian di Althea I memang tengah cari makeup remover tiba-tiba Banilla Co Clean it ZERO cleansing balm ni juga yang timbul. Mula-mula tengok harga macam mahal, try juga cari yang lain tapi yang ni juga dok timbul-timbul juga dalam carian. Jadi nak tak nak I sanggup beli juga hahha Clean it zero ni cleansing balm ni pun ada pelbagai jenis tapi I try yang original dululah tengok serasi ke tak dengan kulit I.


Banilla Co Clean it ZERO cleansing balm Original ni dia ala-ala macam krim sherbet yang tidak akan jadi minyak selagi tak disentuh pada kulit. Paling best maskara yang kalis air pun boleh cair kot tanpa guna pencuci solekan yang lain. I hanya guna 1 sudu yang disediakan dan terus sapu dan urut pada wajah waktu tu lah juga dia cair jadi macam minyak sambil tu I buat la macam I guna pencuci muka. Lepas tu terus cuci, walaupun dah cuci I terasa kulit muka sangat bersih tapi tak kering langsung. I syorkan sangat untuk sesiapa yang punyai kulit sensitif atau jerawat untuk guna sendiri produk ni. Paling best sangat bagus untuk sesiapa yang ada white heads atau black heads, korang hanya urut wajah dengan Banilla Co Clean it ZERO cleansing balm ni memang isi isi dalam liang pori korang tu keluar punya. Banilla Co Clean it ZERO cleansing balm juga sangat membantu untuk mencegah penuaan, melegakan dan memberikan kesan lembapan yang lama. Kalau dah habis I nak beli ni lagi sebab awesome sangat untuk makeup lover macam I.

Apa-apa JOM LAYAN video I dengan menggunakan semua barangan yang I dapatkan di Althea Korea.

Check out what I got from @altheakorea e-store ! My cheeck got scratched from Adelia 😭 Ps : Althea Turns 3 ! Couldn't believe that I already participated sejak dari 3 tahun lalu lagi.. tsk tsk tsk without Althea memang I tak dapat rasa lah produk kecantikan dari Korea.. dulu tak mampu doh nak beli produk Korea dekat store.. sekali tengok harga dalam Althea jauh lebih berbaloi pula.. penghantaran umpama bak The Flash.. 🤭 tak lah ambil masa sampai bertahun tahun.. seminggu dua dah sampai kot.. Apa pun murah murah harga produk dalam Althea jangan disangka palsu ya.. seratus persen asli ya.. Paling best rasa seperti dihargai dapat jadi Althea Angels tau.. Lepas ni jom kita membeli belah di Kedai elektronik Althea.. @altheakorea @butterflyproject.my #altheakorea #altheakr #AltheaTurns3 #butterflymsia #syafierayamincom #beautyblogger #HappyBirthday #MayGodBlessYou
A post shared by Syafiera Yamin 💘 (@syafiera_yamin) on

Untuk pembeliaan ataupun maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://my.althea.kr/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com