Rawat Masalah Liang Pori Besar dengan b.liv


b.liv adalah salah satu jenama produk yang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan yang membantu merawat masalah liang pori yang besar untuk kembali lebih sihat. b.liv juga menggunakan formulasi ala-ala pusat kecantikan yang telah diuji keberkesanannya dimana asalnya ialah sebuah jenama kosmetikal yang telah menjalani ujian dan percubaan lebih daripada 200 pusat penjagaan kulit profesional dimana kita semua dapat menikmati rawatan yang sama seperti berada di pusat penjagaan kulit yang terkenal.

Paling menarik sekali b.liv dengan usahanya untuk mengembalikan duit kita dengan jaminan selama 14 hari jika produknya tidak sesuai dengan kulit kita untuk membuktikan produknya adalah berbaloi setanding dengan kualitinya.

b.liv semakin lama semakin meluas di serata dunia antaranya Hong Kong, Malaysia, Singapura, Cina dan banyak lagi negara lain untuk kita yang menghadapi masalah liang pori dapat dirawat.

Bagi yang masih ragu-ragu mengenai b.liv, anda boleh melawat sendiri laman sesawang b.liv untuk melihat sendiri anugerah yang telah diterima sebagai produk penjagaan kulit yang telah berjaya mendapat hati pada mereka yang telah berjaya memiliki liang pori yang bersih dan lebih sekata.


Bagi yang tertanya-tanya kenapa I sanggup nak mencuba sendiri produk terbaru b.liv 'essential boosters' ni sebab I memang ada masalah liang pori yang besar akibat daripada kesan jerawat yang banyak satu ketika lalu dan trust me I dah tried many products before sebab nak kulit licin balik so far memang ada yang bagus dan membantu juga la untuk pudarkan hitam hitam parut dan buat liang pori nampak much better and now I memang teruja nak cuba b.liv pula supaya dapat merawat dan boleh bagi liang pori dan kulit lebih sihat. Why not kan ?



b.liv mengeluarkan 'the new power packed essential boosters' antaranya b.liv rose bloom, HA temptation dan juga topeng wajah formula terbaru iaitu very moisture inside. Kalau cek lagi laman sesawang bliv.com banyak lagi produk yang terbaru mengikut jenis dan kesesuaian kulit.


Once I buka the lama sesawang and I saw this offered, beli 2 essential boosters boleh dapat ionic pore care massager tau sementara masih ada stok lagi.


b.liv organic rose bloom ni ialah minyak bunga yang telah disebatikan dengan minyak botanikal yang tak akan meninggalkan kesan yang berminyak. Dalam botol ni terdapat 'crushed rose petals' tau yang membuatkan organic rose bloom ni nampak ekslusif, elegan dan romantik gitu. Fungsi minyak ni untuk lawan dehidrasi, kedutan halus dan juga kulit kusam. So far I dah cuba sapu 2-3 titis pada wajah I and boleh rasa kulit still lembab dan lembut walaupun dah melebihi 4 jam. Bau aromanya juga sangat, wangi, lembut dan menenangkan juga.

Bahan utama yang ada dalam organic rose blossom ni adalah seperti rosa centifolia flower, tocopherol (vitamin e), aniba rosaeodora (rosewood) wood oil, rosa damascena flower wax, rosa damascena flower oil, caprylic/capric triglyceride, c13-15 alkane, persea gratissima (avocado) oil, simmondsia chinensis (jojoba) seed oil, prunus armeniaca (apricot) kernel oil, prunus amygdalus dulcis (sweet almond) oil, camellia japonica seed oil.

Rata-rata ramai yang sudah menggunakan produk ni kata organic rose blossom ni jadikan kulit lebih sihat, lembut dan melembabkan walaupun mempunyai masalah acne prone skin. Dengan harga yang berbaloi untuk kulit lebih sihat why not mencubakan ? Ada juga mengatakan minyak ros ni juga membantu kulit yang sensitif seperti kemerahan menjadi lebih baik dan merupakan penggunaan botol yang kedua.

POINT : Bagi I pula I impressed sebab b.liv organic rose bloom ni tidak meninggalkan kesan yang belengas bak kata orang berminyak macam sapu minyak masak tapi minyak ros ni mudah meresap ke dalam kulit.

b.liv organic rose blossom ni tidak mempunyai warna tiruan, wangian sintetik dan juga bahan pengawet tetapi menggunakan 100% semulajadi minyak yang terhasil dari benih tumbuhan semulajadi dan organik serta tersangatlah sesuai untuk kulit yang sensitif, selamat malahan mengekalkan kelembapan, kesegaran dengan tempoh yang lama.

Sesuai untuk kulit macam I, sensitif, kering, kulit wajah yang penat, berusia dan paling penting kulit yang betul-betul terdesak untuk dapat perhatian dengan kosmetik semulajadi.

Cara nak guna dia cuma ambil 2-3 titis minyak ni selepas bersihkan dan segarkan wajah, untuk kesan yang bagus gunakan 2x sehari atau mengikut keperluaan kulit.

Buatan Korea.


HA Temptation pula sejenis posyen intipati memelihara lembapan, HA tu ialah asid hyraluronik tau dan memang fungsi dia untuk melembabkan kulit sampailah ke bawah lapisan kulit. Bagi yang betul-betul ada masalah kulit kering I boleh syorkan you all cuba sendiri HA temptation dari b.liv ni sebab ianya boleh menterbalikkan kembali tanda-tanda penuaan kulit dan  menghilangkan kulit yang dahagakan lembapan. Penggunaan kerap boleh jadikan kulit lembih lembut dan lebih sihat.

Formulasi yang ringan, tiada bau dan mudah menyerap ke dalam kulit sangat sesuai dipakai sebelum penggunaan solekan. Sangat bagus merawat masalah kulit  yang kering seperti di padang pasir bolehlah guna ni.

Ekstrak teratai yang terdapat dalam HA temptation ni sangat bagus untuk memberikan nutrisi pada kulit, snow fungus pula bertindak untuk melembabkan kulit  manakala hydrolyzed silk merapi dan membaiki kembali kulit yang sekali gus melembab dan memulihkan semula kulit wajah agar tampak lebih berseri serta selamat tanpa pengawet tambahan tiruan.

Disyorkan untuk kulit yang kering, kusam dan letih. Guna selepas kulit dibersihkan dan disegarkan 2 x sehari atau mengikut keperluaan.

Buatan Taiwan


b.liv very moisture inside immerse me 1 kotak ada 10 keping yang memberikan hidrasi pada kulit secepat mungkin dan membantu kulit untuk memiliki lembapan yang seimbang pada tahap optimum serta menggalakkan lagi air pada kulit lebih kekal berupaya untuk hidrasi kulit tahan lama mengikut jenis kulit setiap individu terutamanya yang mempunyai masalah kering dan juga kulit yang sangat dihidrasi malahan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagi I pula b.liv very moisture inside immerse me ni mempunyai lembapan cecair yang banyak sangat untuk sekeping topeng wajah ni. Topeng wajah ni seperti di perap dalam cecair lembapan yang mampu menjadikan kulit jauh lebih lembut dari sebelumnya. Lepas pemakaian selama 10-30 minit bila I tanggalkan topeng wajah b.liv very moisture inside immerse me dari wajah I, lepas tu 'I squeezed squeezed the mask' masih banyak lagi cecair lembapan di topeng tu.. and the balance I lumurkan kembali pada wajah I.

b.liv very moisture inside immerse me ni buat kulit macam baru lepas minum air tau, kulit terasa macam lebih segar, lembut dan lembab sebab bahan utama yang digunakan ialah hyaluronic acid (hidrasi), cogongrass extract (melembab), lentil extract (merapi), galangal extract (anti-penuaan), apple fruit (mengekalkan warna kulit), watermelon extract (membekalkan nutrisi).


Tadaa wajah I lepas dah guna ketiga-tiga produk dari b.liv feeling much better than before, my pores nampak lebih bersih dan mula mengecil, kulit lebih lembab dan nampak lebih cerah, segar, lembut dan lembab. Sihat pori Sihat Kulit, tagline paling sesuai digunakan untuk kulit I sekarang. Bagi anda yang nak beli cuba sendiri produk b.liv, sila layari :

Laman sesawang : https://www.bliv.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blivmalaysia
Twitter : https://twitter.com/blivskin
Pin Interest : https://pinterest.com/blivskin/
Instagram : https://www.instagram.com/bliv/
Youtube : https://www.youtube.com/blivskin

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com