Bersihkan SOLEKAN dengan Tuala Ajaib Makeup Zapper


Pakai solekan pada wajah memang sudah macam rutin harian I sebab nak sorokkan wajah I yang ada masalah liang pori besar akibat penyakit jerawat sejak I dari 15 tahun, bayangkan dah umur 28 tahun pun masalah ni masih tetap berterusan cuma tak seteruk waktu I muda remaja lah. So sad to be truth waktu remaja patutnya waktu I enjoy my young tanpa dok cover tanpa sorok sorok my skin.

Tapi semakin berumur ni I sebenarnya dah tak berapa nak kisah orang kata apa pun.. orang nak kata hodoh ke, muka berlubang-lubang ke umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan sebaliknya.. tapi makin I semakin berumur ni juga lah banyaknya produk yang menggunakan bahan semulajadi untuk rawat masalah kulit macam I ni, rasa macam seronok, sebab wujudnya produk botanikal tanpa merkuri tanpa bahan kimia yang berbahaya buat wanita macam I ni boleh pilih siri penjagaan kulit mana yang sesuai dan selamat untuk dipakai.


FOUND out later, jenama yang masih baru I kenal iaitu F.Y.N professional -  I sebenarnya sangat teruja dengan MAKEUP ZAPPER dia which is a magic towel / tuala ajaib yang mudah untuk tanggalkan solekan pada wajah tanpa penggunaan makeup remover, minyak zaitun ke, sabun ke sebab I hanya guna tuala ni dia tanggalkan sekali alis mata kalis air, bedak asas kalis air dengan lipmatte kalis air. Tak ambil masa pun around 5-15 minit malahan jimat dari penggunaan tisu basah gitu. Lagi satu nak bawa pergi travel lagi mudah, caranya hanya basahkan tuala ajaib makeup zapper ni dengan air suam and buat putaran membulat je pada wajah nanti dia tarik lah semua kotoran pada wajah dan dia tangglkan juga sel kulit mati serta lebihan minyak pada wajah.

Hari-hari bersihkan wajah dengan tuala Makeup Zapper selain dari segarkan wajah ianya membantu meremajakan kulit ni, memang hari-harilah I nak buat sebab I nak nampak muda walaupun dah nak masuk 3 siri lagi tahun. =( Paling best yang I rasa dia bantu kecilkan liang pori I yang besar and buat kulit I nampak berseri macam pakai highlighter !

Tuala Makeup Zapper ni 100% bebas bahan kimia yang berbahaya, 100% diperbuat dengan bahan semulajadi dan boleh cuci sebanyak 1000x tau. Korang rasa jimat ke tak jimat ?


Dah macam DOUBLE Cleansing mode, lepas cuci wajah dari solekan dengan tuala Makeup Zapper then bersihkan pula wajah dengan Radiance Enhancing Cleanser untuk pembersihan yang berganda. Masa kali pertama I guna pencuci wajah ni I sangat impressed dengan kulit wajah I sebab jauh lebih bersih dan kulit tak rasa kering langsung. Yang I perasan pori I yang besar tu nampak lebih kecil, bila sentuh kulit rasa lebih licin dan halus. Paling best buih dia tak banyak and buih tu jadi macam partikel yang sangat halus, I rasa lagi halus lebih bagus sebab boleh masuk dalam liang pori and bersihkan kotoran yang tersumbat dalam tu. Tekstur cecair dalam bentuk gel warna seakan madu ni mempunyai bahan kandungan seperti mulberi untuk mencerah, minyak jojoba untuk menghidrasi dan mengawal penghasilan minyak yang berlebihan, asid laktik bertindak mengurangkan jerawat dan kelupaskan sel kulit mati, vitamin B3 mengawal cela serta mencerah manakala nilai pH yang rendah dari 5.5-6.0 untuk kulit lebih bersih dan sihat.


Lepas dah selesai 2 langkah iaitubersihkan solekan dan buat pembersihan berganda dengan produk dari F.Y.N professional, last not least I sapu krim yang SEMUA-Dalam-1 iaitu All in one radiance enhancing cream ni. Gambar atas ni adalah kali pertama I guna, kali ni I blog dah nak masuk 3 hari. 1 hari 3-5 kali I cuci wajah I dengan pencuci muka radiance enhancing ni then of course lepas cuci wajah I akan sapu krim ni, so far I noticed this cream tak mengecewakan I langsung. Memang produk ni dah termasuk dalam #PoresTreatment rutin I, I boleh rasa tekstur kulit I much better dan pori nampak lebih halus dan lembab, paling best disebabkan krim ni semua dalam satu, selain dari menyegar, melembab, ianya juga ada SPF 30++ untuk perlindungan dari sinaran UV yang berbahaya dan boleh dijadikan sebab solekan asas ala-ala primer, solekan memang tahan lebih lama dan nampak glowing gitu. Eh memang bestlah taknak puji banyak-banyak sebab krim ni memang kena dan sesuai untuk kulit I.

Bahan dalam semua dalam satu krim radiance enhancing ni adalah seperti vitamin A,C & E yang kaya dengan anti oksidan serta melembabkan kulit, Vitamin B3 khas untuk mencerah dan mengawal cela, portulaca oleracera bertindak untuk menenangkan iritasi kulit dan juga hexapeptide 8 untuk antipenuaan dan juga menegangkan kulit wajah. Kalau nak pakai tu 2 x sehari je jangan jadi macam I 5 x sehari. Huhuhuh.

Krim semua dalam satu radiance enhancing ni mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa belengas berminyak tau tapi boleh rasa kulit lebih licin dan bila sentuh dengan jari dia macam toink toink toink gitu. eh memang tak kecewa langsung guna krim ni. I love it I love it !



Bagi you all yang nak tahu lebih lanjut mengenai produk penjagaan kulit dari F.Y.N Professional, boleh layari : www.fynprofessional.com
FB : https://www.facebook.com/Fynprofessional/
IG : https://www.instagram.com/fyn_professional/
Telefon : +60184003432

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com