I buat Ujian saringan kesihatan tapi keputusannya sangat.....


Siapa yang follow I punya status updates in FB mesti tahu kan I dah start exercise sikit demi sikit, mana taknya, I yang lagi pendek ni banyak lemak ni, of course memang tak cantik langsung result keputusan untuk ujian saringan baru-baru ni I buat dekat Umbi-MyCRO Wellness Centre ni. Paling menyedihkan keputusan kekuatan tulang pun sangat buruk.. air I dah minum banyak pun badan I masih kekurangan I, lepas tu paling sadist, lemak terlampau banyak sekitar perut.. bukan rendah diri atas kekurangan ni tapi BIGGEST CONCERN tahap kesihatan yang tidak memuaskan buat tahap anxiety semakin meningkat pula yerlah dah la baru umur 28 tahun tapi dah sakit sana sini mengalahkan mak I yang lagi kuat staminanya.

Biasalah orang duduk kat bandar, nak berkebun bukan ada tanah besar kan, nak pergi GYM eh tiba-tiba rasa rumah di pedalaman pula, jauh juga lah centre satu bagi yang less-transport macam I ni. Banyak betul alasan I kan haha. Orang kata nak seribu daya tak hendak seribu dalih gitu.

Tapi disebabkan haritu sempat grabbed satu trampoline di Jalan Jalan Japan, memang dah lama jadi benda perhiasan dalam rumah ni, bila tengok result bukan main teruk baru ada kesedaran diri nak buat lompat-lompat kasi elok balik badan ni dari FAT to FIT.

Bagi yang tertanya-tanya apa yang I buat masa pemeriksaan kesihatan ni atanranya : --- yang I ambil ni ialah STANDARD HEALTH SCREENING PACKAGE yang merangkumi beberapa ujian untuk analisis.


Mula-mula kena ambil air kencing dulu bukan sebab I am a drug addict ya no no no tapi tujuannya untuk cek jumlah protin dan creatinine iaitu sejenis molekul kimia yang terbuang hasil daripada otot metabolisma. Lagi satu nak cek juga samaada buah pinggang ni masih berfungsi dengan baik atau tidak. Kalau ada yang ambil supplement atau makanan tambahan seperti bentuk tablets tu kena jaga-jaga lah juga takut buah pinggang tak dapat nak tampung tau, staff di Umbi lebih galakkan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang lagi smooth la untuk buah pinggang tapis apa yang patut.

Darah pun kena ambil, fuh I ni dah banyak kali ambil darah pun still masih seram sejuk juga, memang tak sakit rasa macam kena gigit semut tapi nyilu time masuk jarum dan keluar tu rasa macam tersiat je haha. (Blood Analysis) pula bertujuaan untuk cek kiraan penuh darah ( Full Blood Count) seperti kiraan sel darah putih (wbc), kiraan sel darah merah (rbc), haemoglobin, haematocrit, mean cell volume(mch), mean cell haemoglobin, kepekatan darah (mchc) red cell distribution width (rdw) dan kiraan platlet (plt ).

Tak sangka kan dari ujian darah ni juga boleh cek juga fungsi buah pinggang kan seperti kandungan sodium, potassium, urea, creatinine, calcium dan phosphorous. Profil lipid pula boleh analisis kita punya jumlah kolestrol, kolestrol HDL, kolestrol LDL dan juga triglycerides termasuklah pemeriksaan untuk diabetes terutamanya glukosa di dalam darah. Bagi yang nak buat pemeriksaan ni memang korang kena berpuasa selama 8 jam dan tak boleh datang bulan okay..


Pengukuran fizikal ( Measurement Physical ) pun ada dalam pakej standard ni. Badan I di cek dengan ( bioelectrical impedence analysis) untuk komposisi badan, dia akan cek berapa banyak kandungan air dalam badan ( intracellular & extracellular water & total body water ), jisim badan tanpa lemak, jisim lemak dalam badan, berat badan. Ha ha ha memang haru biru bila tengok jumlah lemak dalam badan hahah. Memang kena kurangkan pengambilan makanan tak berkhasiat dan kena banyak bersenam.

Air dalam badan I ( ICW ) lebih kurang 14 liter, ECW dalam 8.7 liter, protin dalam 6 kg, mineral dalam 2.27 kg dan jisim lemak badan 20.4kg.  No wonderlah berat I 51.4kg, TERLEBIH khasiat kata Dr R. Otot-lemak analisis pula lemak I lebih mampat 20.4 kg berbanding jisim rangka otot hanya 16.3 kg je. Padanlah asyik sakit je sebab lemak terlebih. Diagnosis Obesiti pula, index jisim badan I lebih kurang 24.0kg, peratusan lemak badan dalam 39.7kg dan nisbah pinggang- paha 0.90. Sofar entahlah I hope I am not having obesity problem la tapi tengok macam dalam proses je tu ahaha. Lean balance I so far normal lah tangan kaki kanan boleh seimbang dengan baik nasib baiklah.

Jadi kesimpulannya kawasan LEMAK yang berlebihan I adalah di bahagian perut sampailah ke paha yang berjumlah +115.8 cm. kalau korang jumpa i mesti korang ingat I pregnant ke ? hahaha. Penilaian pemakanan I pula kurang protin, mineral okay manakala LEMAK macam hare jade haha.
Pengurusan Berat so far berat okay cuma problem dekat jisim rangka otot sangat lemah akibat dari lemak terlebih.

Walaupun BMI okay lemak tetap kena jaga sebab PBF dan WHR I is extremely over. =( body balance upper-lower aihhh nape teruk sangat dah ni ;(, kekuatan otot I pun sangat lemah terutamanya bahagian bawah. Edema I normal tapi so weird I kekurangan air, mungkin in a day I kena ambil 3 liter air. Life pattern I dah kena berjaga-jagalah sebab I baru 28 tahun kot, cepatnya tua badan ni :( Kawalan total berat I 66 points je memang teruk sangat :( sedih betul.

Kecewa sangat penilaian Lookin' Body I ni.. sebab dia cakap I GEMOKKKKK :( hahah severely OBESE :( no wonder orang cakap I pendek gemok. Muahaha. Memang kena berjaga-jaga lah sebab kemungkinan besar I boleh dapat masalah penyakit orang KAYA eh Orang tua :(

Target berat I sekarang 45kg bermakna I kena remove 6.4 kg dan kena kawal lemak dan otot dalam badan ni.


Pinggang I sampai Paha diukur atau pun dikenali sebagai pengiraan antropologi then buat ECG untuk tengok jantung tu berfungsi dengan baik atau tak. Ujian fungsi paru-paru pun dengan spirometry test. Kena tarik nafas lepas tu lepas lepas tu kena tarik balik, macam dalam gambar I tu haha. Yang bab ni I tak begitu pandai sangat tapi so far staff Umbi cakap normal I punya organ jantung dan paru-paru hehehe, so I tak concerned sangat tapi tetap kena berjaga-jaga juga.


Then bahagian saluran darah ( Vascular Screening ) ni penting ni sebab kalau tekanan darah tinggi sangat boleh menyebabkan pembuluh darah pecah guys, fuh haru je dengar tau. Dengar kata kalau berlaku benda ni boleh menyebabkan MATI. :( Eh seram tau. Jadi memang kena cek lah, so far I punya result okay je. Keputusan untuk ni kata I punya dalaman ni okay lah dalam 20-24 tahun.

Vascular Screening ni akan analisis CAVI (For vascular stiffness) ABI ( For Vascular stenosis/occlusion ) dan vascular age.

Apa-apa I rasa kalau you all ada masalah penyakit tekanan darah tinggi ke apa memang kena lah berjaga-jaga, sebab zaman sekarang ni banyak kes mati mengejut tetiba. Ugh scary yo.. harap semuanya dah ada lah medical ke takaful ke, at least kalau pergi tetiba tak de lah kesian kat family gitu..



Nota : Ketahui risiko anda terhadap kegagalan fungsi buah pinggang, kegagalan fungsi paru-paru, kencing manis, darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan penyakit jantung dengan Jalani ujian saringan kesihatan sekarang di UMBI Wellness Centre.

DISKAUN sebanyak 10% untuk pesara kerajaan, orang kurang upaya, pendaftaran berkumpulan ( 5 orang ke atas dari 1 agensi 0 untuk warga UKM juga. Paling best Parkir disediakan secara PERCUMA. Tak silap I tengah ada promosi RM135 eh eh apa pun sila dail 1 800 88 2007 untuk temujanji atau maklumat lanjut ya.

Not to worry, staff di Umbi Wellness treat sangat baik dan professional.. siap share ilmu lagi tentang informasi mengenai badan, jantung and etc..

Nak lagi maklumat lanjut, sila layari :
Laman sesawang : www.ukm.my/umbi/wellness
Facebook : fb.com/umbiwellness
Instagram : @umbi.wellness

Alamat : Institut perubatan Molekul UKM (UMBI)
Pusat perubatan UKM, Bandar Tun Razak 56000,
Cheras, Kuala Lumpur.

Kesan awal, kekal sihat

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com