ORGGA - Produk Organik bebas bahan kimia berbahaya


Pernah tak kita-kita semua terfikir kenapa sekarang ni terlalu banyak lambakan produk di pasaran yang menggunakan bahan-bahan organik, semulajadi dan bebas kimia yang berbahaya ? Ianya sebenarnya adalah salah satu inisiatif yang amat bagus dan sangat membantu untuk para wanita yang gilakan kecantikan untuk memakai bahan-bahan yang selamat supaya tidak berlaku keburukan pada masa akan datang malahan tetap nampak cantik walaupun umur kian meningkat. Bukan sahaja kaum wanita malahan lelaki dan sebolehnya hampir semua peringkat umur, bangsa serta jenis kulit dapat memiliki kulit yang sihat, bersih, lembut dan lembab.

ORGGA iaitu siri penjagaan kulit yang dikatakan berkesan untuk mencegah serta merawat masalah kulit yang bermasalah dan mengekalkan kecantikan kulit yang banyak menggunakan bahan-bahan mentah yang telah dikeringkan, dikisar, dipatikan dalam proses pembuatannya. Penggunaan minyak pati juga adalah bahan yang paling utama yang digunakan dalam ORGGA.


Bersama pengasas ORGGA, Puan Zaza. Puan Zaza banyak menceritakan tentang minatnya pada bahan-bahan yang semulajadi dan organik. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam produk ORGGA adalah diimport dari negara-negara terbesar yang mengamalkan penggunaan organik berbanding mengambil bahan mentah secara pukal dari negara Cina. Puan Zaza yang mempunyai darah campuran bangsa Cina menggunakan konsep minimalist dalam produknya iaitu warna hitam dan putih agar nampak lebih elegan, kemas dan ekslusif serta harga yang sangat berbaloi setanding dengan kualiti produknya.


Terlampau banyak manfaat yang dapat dirasai bagi sesiapa yang menggunakan produk ORGGA sebabnya produk diperbuat daripada benda-benda yang kita boleh makan dan minum tau. Buah-buahan mempunyai kandungan vitamins dan minerals yang banyak yang membolehkan memberikan tenaga serta boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh mencegah serta merawat penyakit. Daun dan bunga-bunga yang dikeringkan pula dijadikan sebagai 'infused tea' untuk detoks atau menggalakkan lagi kadar metobolism serta ada yang mampu melancarkan perjalanan darah. Jadi bagi I yang merupakan pengamal tegar untuk bahan-bahan ni syorkan untuk mereka yang gilakan bahan organik dan semulajadi 'CHECK this ORGGA out'!


Semasa pengenalan pada bahan kami yang hadir pula rasa bertuah dapat menyertai bengkel untuk belajar cara pembuatan ORGGA Cleansing Powder. ORGGA Cleansing Powder ni terdapat 2 jenis iaitu FRENCH ROSE & BACCA BLISS.


ORGGA Cleansing Powder French Rose sesuai untuk kulit normal, kombinasi ( kering, matang dan pra-matang ) manakala ORGGA Cleansing Powder Bacca Bliss pula sesuai untuk yang mempunyai kulit normal, kombinasi ( kulit berminyak dan berjerawat )


Kedua-dua cleanser ni mempunyai 4 bahan aktif semula jadi iaitu 'SUPERSTAR INGREDIENTS' - iaitu Rosehip, Grapeseed, Goji Berry dan juga Raspberry.

Cleansing Powder - FRENCH ROSE bahan-bahannya adalah seperti colloidal oatmeal, moroccan Rhassoul Clay, French Pink Clay, Almond flour, Coconut milk, brown rice flour, flaxseed meal, rose flowers, hibiscus flowers, lavender flowers, chamomile flowers, elderberry, rosehip, raspberry, orange peel, moringa leaf, goji berry, grape seed. Minyak pati rose geranium, palmoras & frankincense.

Cleansing Powder - BACCA BLISS bahan-bahannya adalah seperti colloidal oatmeal, kaolin Clay, French Pink Clay, Strawberry, Coconut milk, brown rice flour, flaxseed meal, rose flowers, calendula flowers, licorice root, lavender flowers, lavender flowers, banana, rosehip, raspberry, pearl powder,  goji berry, grape seed. Minyak pati pink grapefruit, sweet orange & frrench lavender.


ORGGA Cleansing Powder ni ala-ala 3-in-1 yang bertindak sebagai pencuci muka, scrub lembut dan juga topeng wajah dimana ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit serta merawat dan mencegah kulit dari penuaan dengan kandungan bahan bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin, bunga-bungaan dan buah-buahan.

Cara nak guna ORGGA Cleansing Powder ni perlulah menanggalkan solekan jika ada kemudian basahkan muka, letakkan lebih kurang satu sudu teh cleansing powder di atas tapak tangan, titikkan air sikit demi sedikit hingga menjadi seperti paste lembut. Buat urutan lembut pada wajah dengan gerakan membulat dan bilas. Biarkan selama 3-5 minit pada wajah untuk kesan yang lebih maksimum.

Harga sebotol ORGGA Cleansing Powder ni ialah RM80 (normal) nanti ada harga istimewa untuk  pre-order dari 31 Ogos sehingga 21 September iaitu RM65 percuma penghantaran.


Selain daripada ORGGA daily cleansing powder, face mist dan face oil juga adalah item yang utama perlu ada untuk lengkapkan rutin penjagaan kulit. 



ORGGA Face mist terdapat 2 jenis juga iaitu Nourishing facial mist - rose otto dan juga hydrating facial mist - le neroli yang sesuai untuk semua jenis kulit. Kegunaan produk adalah bertindak sebagai toner/ penyegar setelah membersihkan wajaj.

Menurut ORGGA, face mistnya diperbuat daripada bahan-bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Antara manfaatnya adalah menyegarkan dan melembabkan muka, membuatkan makeup tahan lebih lama, mengawal kulit berminyak, mempunyai anti-penuaan, menaikkan seri wajah, melembutkan dan mencerahkan kulit kusam. Anti-oksida yang tinggi seperti kombinasi rose water dan rose oil asli serta aloe vera, ekstrak kranberi, bluberi memberikan nutrisi yang banyak untuk merawak kulit wajah serta melembabkan kulit.

ORGGA face mist dijual dengan harga RM60( normal ) dan jika anda membuat tempahan awal antara 31 Ogos sehingga 21 September anda akan dapat menikmati harga RM45 percuma penghantaran.


ORGGA Luxe Beauty Oil yang I pakai ini ialah Libra, libra sebenarnya sesuai untuk kulit biasa ke kulit jenis kombinasi. Selain daripada Libra. ORGGA Luxe Beauty Oil mempunyai 2 lagi jenis minyak mengikut kesesuian kulit iaitu Oliva ( untuk kulit kering, matang dan juga pra-matang) manakala Lindo pula khas untuk (kulit berminyak dan kulit berjerawat).

Tapi I nak cerita yang ORGGA Luxe Beauty Oil Libra ni. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti Sunflower Oil, Natural Vitamin E, Sea buckthorn oil, prickly pear oil, camelia oil, hazelnut oil, pumpkin seed oil, maracuja oil, jojoba oil, watermelon seed oil, argan oil, olive squalane. Minyak pati aslinya pula adalah seperti carrot seed, lavender, cedarwood, rose otto, grapefruit dan juga rose greanium.

Minyak ORGGA Luxe Beauty Oil sangat bagus untuk melembab dan merawat kulit wajah dimana bahan aktif asli dan semulajadi 100%. Untuk memastikan kualiti produk ni terjamin bahan yang digunakan di import dari UK, Italy, Morocoo, France dan U. Kaya dengan Essentials fatty acid ( omega 3,6,7 & 9 ) Vitamin A,C,D,E & K, Anti oksida dan juga mineral dan nutrisi yang membantu untuk merawat kulit secara intensif, mengurangkan tanda tanda penuaan, membekalkan nutrisi untuk regenerasi sel kulit, melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran serta memelihara dan melembabkan kulit dimana Luxe Beauty Oil ni diformulasikan dengan 10 jenis botanical oils dan juga 6 jenis minyak pati yang terpilih dan berkualiti.

Paling menarik Minyak ORGGA Luxe Beauty Oil boleh dijadikan sebagai face prep sebelum aplikasi solekan pada wajah, tidak berminyak dan melekit, boleh digunakan sebagai pelembab, boleh dicampurkan dengan krim dan pelembab sendiri dan juga 100% bahan semulajadi yang berkualiti.

Gunakan hanya 2-3 titis sahaja mengikut bentuk dan saiz wajah, urut secara lembut hingga meresap ke dalam kulit, lagi bagus masa sembur ORGGA face mist sementara masih basah basah tu terus sapu je minyak ni lebih efektif.

Harga sebotol Minyak ORGGA Luxe Beauty Oi adalah RM110 tapi semasa tengah ada pre-order dari 31 Ogos sehingga 21 September RM95 sebotol dan penghantaran percuma.



Jangan lupa buat TEMPAHAN AWAL di antara 31 Ogos sehingga 21 September 2018 sebab harga tersangatlah istimewa, produk pun efektif dan selamat paling best dapat juga penghantaran PERCUMA.

Product ORGGA akan dilancarkan pada 25 September 2018.

ORGGA Malaysia juga mencari AGEN, anda berminat ?

Untuk maklumat lanjut sila layari,
Laman sesawang : www.orgga.my
Facebook : ORGGA MALAYSIA
Instagram : @ORGGAMALAYSIA

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com