Biskut Pin Pin | Snek Enak dan ada Mainan Percuma !


Bagi peminat Upin Ipin terutamanya kanak-kanak pasti tidak akan pernah termissed OUT langsung siri rancangan pertama sejak ( tahun 2006 ). Bukan sahaja di Televisyen malahan siri rancangan kartun yang popular di Malaysia dan Indonesia ini turut ditayangkan di youtube gitu. Paling menarik aktiviti LIVE Upin Ipin pun dah senang nak akses tau.

Upin Ipin ni bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak tapi mak budak pun minat juga tau. Haha. Seperti yang kita tahu Upin Ipin ni bukan sahaja wujud dalam bentuk mainan atau karakter tapi wujud juga Snek ringan biskut pin pin. I percaya kalau mommies yang beli barang di mall yang berhampiran mesti akan nampak biskut pin pin ni. Confirm anak mesti NAK punya. huhu.

Biskut Pin Pin ni ada 6 pilihan perisa. So far anak-anak I dah makan kesemuanya. Haih tak sampai seminggu dah licin habis dorang ni makan. Paling best sambil makan sambil memerah otak tau sebab 1 kotak biskut pin pin ni ada beberapa aktiviti yang boleh buat anak korang berfikir secara kreatif dan menyelesaikan beberapa soalan seperti matematik, teka nama karakter, teka silang kata, cari perbezaan dan macam-macam lagi. Cuma Biskut Pin Pin menjadi lebih menarik sebab ada juga mainan ala-ala LEGO yang kanak-kanak ni boleh cipta karakter seperti di dalam kertas manual ataupun mereka boleh mencipta bentuk lain kalau dorang kumpul banyak-banyak.

Antara 6 seleksi pilihan perasa ialah :

Biskut Coklat

Snek Jagung dengan Isian Strawberi

Snek Jagung dengan isian coklat

Biskut Berperisa Mentega

Wafer dengan isian Vanila

Wafer dengan isian Coklat


Lepas anak-anak dah habis makan biskut Pin Pin ni, Kotak dia tu ada aktiviti tau. I potong untuk memudahkan dorang take part dalam aktiviti ni.


Mainan yang ada dalam kotak Biskut Pin Pin ni ialah lego yang kecil-kecil tu, setiap satu ada kertas manual untuk setiap karakter.


Antara karakter Lego kecil ni seperti manusia, kapal terbang, kapal laut, orang salji, zirafah, gajah dan macam-macam lagi. Lepas ni kena beli lagi dekat Mydin sebab nak kumpul lego ni. hehe.


Kadang-kadang mainan dalam tu ikut nasib eh kan best kalau dapat kumpul semua jenis bentuk lego kan.


Tadaa, makin banyak kumpul lego dari biskut Pin Pin ni lagi senang lah nak buat karakter lain kan. Ni anak-anak buat train kegemaran dorang !

Best ke tak best ? Sambil makan sambil perah otak sambil bermain, eh macam semua dalam 1 pula untuk sekotak biskut Pin Pin ni kan.

I dengar kawan-kawan yang dah ada anak-anak suka sangat dengan wujudnya Biskut Pin Pin ni mana taknya sebab Biskut Pin Pin ni sangat mudah didapati tau terutamanya di pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook Rasmi Upin Ipin
Instagram Rasmi Upin Ipin

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com