Resepi Pizza Terung Berkeju Kak Dah


Masakan New Zealand combined dengan Masakan Melayu, adush sebenarnya memang banyak menu masakan campur-campur ni tapi ikut penerimaan tekak memasinglah kan. Aku pula memang suka makan Pizza dan aku suka juga makan sambal terung, dekat situ yea dapat pun idea. Itu pun Kak Dah cakap dia selalu gak buat macam tu. Sebenarnya pizza terung ni rasanya sudah tak rare lagi, memang ramai juga la dah cuba resepi ni.  Dan aku pula why not I tried out this recipe kan cuma kali ni bahan yang I nak gunakan mostly dari New Zealand la haha. Mula-mula ku ingat keju dari oversea confirm mahal tapi bila tengok harga lebih kurang je rega harga dengan keju lain jadi tak terkedu la nak beli hihihi.

Kenapa mesti terung? Terung kan salah satu tumbuhan yang banyak khasiat, selain daripada buat terung sambal, kita try buat dia jadi pizza.. sebenarnya resepi rasa macam dah ada yang buat dan ini adalah resepi yang kali pertama I try sendiri sedap ke tak sedap belakang kira, apa pun terung ni sangat bagus untuk memperlambatkan proses penuaan, huuu tak pastilah betul ke tak, tapi I harap betullah.. tapi paling penting terung ungu ni sangat bagus untuk pencernaan.. manakala dalam resepi kali ni pula banyak menggunakan keju... keju ni dari susu yang sebenarnya banyak khasiat.. keju ni kaya dengan kalsium dan protein.. kalsium sangat membantu untuk pembentukan tulang manakala protein pula sangat bagus untuk penghasilan sel tisu..



    Macam mana nak buat PIZZA TERUNG BERKEJU ni..
    Antara bahan-bahannya..
  • Bahan utama of courselah Terung Ungu pilihlah yang panjang (belah jadi 2 buang yang tengah)
  • Lada Benggali ( pilih warna merah, kuning atau hijau ikut you la then potong kecil-kecil)
  • Potato Wedges ( beli yang dah siap khas untuk goreng terus )
  • 4 biji bawang merah, 2 biji bawang putih ( hiris jadi nipis )
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • minyak zaitun khas untuk ditumis
  • sebatang parsley ( dihiris untuk topping )
  • sos pedas ( ikut selera )
  • garam dan gula secukup rasa
  • paling penting mozarella dan cheddar ( I suggested keju Anchor rasa cam berpatutan juga la )


Cara Nak buat Pizza Terung :
  • Mula-mula panaskan oven 180°
  • Terung yang dah dibelah dua dan kosong isinya sapukan minyak zaitun tabur garam dan serbuk lada hitam, lepas tu bakar terung tu dalam oven, kalau boleh balut terung tu dengan aluminium foil
  • Tumis lada benggali, bawang putih, bawang merah yang dipotong kecil-kecilan dengan minyak zaitun tak perlu over-cooked.
  • Goreng potato wedges lepas tu asingkan.



Bawang merah dan putih, lada benggali yang telah ditumis.


Terung yang telah dibakar di dalam oven.


Masukkan Terung yang sudah dibakar di dalam bekas yang telah diletakkan dengan aluminium foil, lepas tu masukkan lada benggali, bawang putih dan merah yang telah ditumis ke dalam bahagian terung yang dibelah dan dikosongkan.


Letak potato wedges yang telah dogoreng ke dalam terung di atas bahan yang ditumis.


Lepas tu tutup ruangan yang kosong dengan lebihan lada benggali, bawang putih dan merah yang telah ditumis tadi.


The FUN Part ialah taburkan cheddar dan mozarella jenama Anchor.


Ratakan kesemua bahan dan masukkan ke dalam OVEN. Set masa 10-20 minit.


Bila dah perang emas-keemasan.
Boleh Hidangkan.


Tadaa..
Dah siap memang nampak menyelerakan..


Jom tarik keju..
wow memang dah macam dalam Iklan Pizza dah kejunya..


Now dah boleh makan sepuas-puasnya, wee.. Enjoy Guys..

Tapi tapi you all jangan lupa tau VOTE I punya RESEPI di laman facebook FONTERRA BRANDS
MALAYSIA untuk melayakkan anda di dalam pusingan peraduan yang menawarkan hadiah seperti
Fujifilm Instax 8, Tefal dan juga produk dari Fonterra.
Hanya langkah yang mudah :

1) Tekan SUKA pada laman web Facebook Fonterra Brands Malaysia

2) Like Resipe Pizza Terung Berkeju Kak Dah Syafiera Yamin, komen nama resipi kreatif baru untuk resipi syafiera dan tag 3 kawan dalam komen.

3) Share la untuk lagi senang menang.

4) Jangan lupa #FonterraFirstFeasts dan #DairyForLife



www.syafierayamin.com