Apa nak Beli di Jalan Jalan japan Outlet ketiga di Center Point Seremban


Jalan Jalan Japan di Center Point Seremban merupakan outlet yang ketiga setelah berada di lokasi pertama Sky Park One City Mall dan yang kedua di Taman Shamelin Perkasa. Dan I perasan Jalan Jalan Japan ni ketiga-tiga outlets nya dibuka di MALL yang tak ramai orang dan mesti di bahagian tingkat atas sekali. Sounds suspicious kan. Walaupun berada di lokasi yang kurang ramai orang tapi entahlah Jalan Jalan Japan ni tetap dapat menarik ramai pengunjung yang gemar barangan Made In Japan walaupun barangan pre-loved pun.

Sebab kalau you all tengok barangan dari Japan ni tetap dalam keadaan yang masih baik dan berkualiti. Kalau you all nak tahu ketiga-tiga outlets I kunjungi dan I grabbed many items dekat sini dan paling I suka ialah Breast pump manual pigeon sampai sekarang masih berfungsi dengan baik.

Baca : 5 PERKARA MENARIK YANG ADA DI JALAN-JALAN JAPAN


Jalan Jalan Japan di Center Point Seremban ni bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Kelana sekolah I masa I belajar tahun satu pada dahulu kala. Huhuh rasa macam mengenang kembali memori lama bila masuk kembali di Mall ni tapi entahlah banyak kedai tutup je tapi masa zaman I dulu ada groceries store kat bawah selalu beli air tin dekat situ setiap kali habis sekolah.


Jalan Jalan Japan di tingkat 3 korang kena cari eskelator pergi ke atas 1 lagi.. dia dekat atas sekali tau..


Staff Jalan Jalan Japan memang ramai kalau korang perlukan bantuaan boleh tanya dorang, jangan risau dorang boleh cakap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Hos mengenalkan Jalan Jalan Japan outlet yang ketiga ni oleh Daichi Shuzui, berumur lebih kurang 41 tahun dan seorang pengarah BOK Marketing, pernah bekerja untuk BOOKOFF di Jepun, New York dan Los Angeles selama 15 tahun.

Di Jepun, trend mengitar semula adalah fenomena yang popular di Jepun sekitar awal 90 an. Pelopor trend ini telah dicipta oleh Bookoff Corporation dan telah berkembang pesat lebih dari 800 outlets di Jepun dan luar negara. Disebabkan Negara Jepun mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan ruangan tempat tinggal yang sangat padat untuk menyimpan barangan peribadi walaupun setiap individu mampu menjana pendapatan yang tinggi tu sebablah mereka tetap menjual barangan yang masih dalam keadaan dijaga dengan baik di kedai-kedai Preloved. Bagi mereka tinggal di dalam ruangan yang kecil dan padat adalah berbeza dengan kehidupan di Malaysia.

Kenapa Jalan Jalan Japan ?

Sebagai rakyat Malaysia, I mengakui I sangat suka berjalan-jalan untuk melihat dunia dan kadang-kadang kalau pergi shopping khas untuk cuci mata. Jalan jalan ni adalah ayat paling popular lah dalam Malaysia kan ( going for a walk ) walaupun tiada destinasi nak dituju, Tu sebab Jalan Jalan Japan dapat idea letak Jalan Jalan tu.


 Jalan Jalan Japan ni popular sebab #HargaGiler yang diaorang tawarkan. Dah lah dah murah lepas tu dapat lagi 5% kalau korang share gambar korang dekat sosial media dengan hashtag #jalanjalanjapan #hargagiler

Barangan yang korang boleh usha-usha cuci mata dan BELI dekat Jalan Jalan Japan ni, antaranya boleh skroll gambar sampai bawah :


Beg budak sekolah Jepun, we all grabbed 3 ketul.. yang pink dan merah tu..


Selain tu banyak lagi jenis beg yang masih dalam keadaan yang baik korang boleh grabbed untuk anak -anak korang.. harga antara RM5 sehinggalah RM80 lebih..


Nak cari kasut tumit tinggi, kasut sukan, kasut crocs, kasut kulit pun ada..
boleh pergi di bahagian kasut..


Basikal dan barangan untuk budak-budak pun ada..
Ada harga RM20 kot, jimat sangat tak adalah bakal ibubapa nanti pening kepala dengan barangan bayi..


Baby Carrier pun ada..


Tak payah nak beli tempat duduk kanak-kanak memahal...
I tengok chair ni pun RM20 seketul..


Kan dah cakap yang tempat bayi mandi pun RM20..


Selain tu strollers pun ada.. rega harga RM100 lebih..


Baju budak- budak pun ada...
dari RM 1 pun ada..
kalau dah beli,
bolehlah basuh dulu sebelum pakai..


Jam ni cantik sangat boleh buat perhiasan dekat rumah..


Aksesori seperti gelang tangan dijual RM3 je..


Pelbagai jenis headbands, rambang mata dibuatnya especially bila Adelia tengok..


Beg bagasi pun banyak kat sini..


Mainan kereta, kalau bernasib baik boleh dapat yang rare items kat sini, Jalan Jalan Japan jual mainan ni serendah dari RM6..


Tongkat sakti Sailoormoon pun ada...aku grabbed 1 juga lah, hehe..


Raket Tennis pun ada rasanya jauh lebih murah dari harga kat kedai luar sana..
khas untuk you all out of budget tapi nak main Tennis..


Alatan muzik kat atas ni pun sangat murah dorang jual..


Macam ni boleh dapat dengan harga serendah RM20..


Decoder, flute pun ada kat sini, brand yamaha tu tak tahan..


Harmonica ni pun ada jual murah sangat.. RM60 seketul..


Pelampung ni pun bermula dari RM50..


Antara barangan yang kitaorang beli of course beg sekolah Jepun.. huhuh.




Barangan yang I beli :
Trampoline : RM60
Beg sekolah kanak-kanak Jepun : RM80 X 2, RM 70 X 1
Mainan Thomas : RM2 dan RM3
Sailoormoon punya tongkat : RM6


So apa tunggu lagi ? Jangan lupa tau MARK YOUR CALENDAR pada 2 JUNE 2018 untuk shopping kaw-kaw di Jalan-Jalan Japan Cawangan keTIGA di Center Point, Seremban !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : @JalanJalanJapanMy
Facebook : @JalanJalanJapan.Malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com