Rangkaian Koleksi Kosmetik Getshera


Getshera salah satu jenama kosmetik yang kian dikenali dalam dunia kecantikan yang diasaskan oleh Shera Samsudin dimana baru-baru ni telah melancarkan koleksi Soft lipmatte sebanyak 10 warna. Selain daripada lipmatte, getshera juga amat popular dengan bedak asas 'glittery gold foundation' yang mempunyai emas di bahagian tengah khas untuk pori dan permukaan tekstur pada kulit yang tidak rata dapat ditutup cela disamping mengekalkan lembapan dan mengawal lebihan minyak pada bahagian wajah.



Getshera juga mempunyai rangkaian produk kecantikan seperti 'loose powder' iaitu sejenis bedak yang amat popular digunakan oleh juru solek sebagai langkah wajib untuk solekan lebih tahan lama dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Tidak lengkap jika rangkaian kosmetik tanpa maskara, penggaris mata, dan juga pensil bulu kening tapi getshera hampir melengkapkan teknik asas solekan khas untuk setiap individu wanita malahan juru solek berbeza jantina juga sudah mula mempraktikkan untuk nampak lebih bergaya dan segak.


Koleksi Lipstick getshera mempertengahkan warna 'matte' yang sangat popular di dalam 'makeup tutorial' youtube dan instagram. Warna 'matte' tiada kilauan dan nampak lebih cantik digayakan oleh setiap individu mengikut warna kulit yang sesuai. Cecair formula yang tahan lama dimana getshera soft lip matte kering tapi lembut pada bibir sambil memberikan warna yang berpigmentasi, tidak melekit, tidak berminyak serta tidak mudah comot. Warna dan formulasi menjadikan bibir tampak penuh, mungil dan seksi walaupun bibir bersaiz kecil.


Tidak pasti nama koleksi warna soft lip matte getshera berinspirasikan dari mana tapi nama-nama warna yang digunakan seperti nama-nama lelaki dan wanita melayu.


Dari kiri : Leia, Iris, Eshal, Ma'Wa, Firdaus, Warda, Na'im, Khuldi, Adn, dan Zara.

Hampir semua warna memikat hati tapi I paling tertarik dengan warna Na'im sebab warna tu sangat sesuai untuk tona kulit I.


Majlis pengenalan rangkaian koleksi kosmetik Getshera pada  Isnin lalu bersamaan 14 Mei 2018 yang bertemakan 'Party Luxurios Raya' telah menampilkan rangkaian koleksi kosmetik Getshera  di Flora Cafe, Amp Walk Ampang. Selain itu produk Wirdora juga turut memperkenalkan koleksi produk khas untuk wanita berhijab antaranya kerongsang, pin tudung dan cincin yang menggunakan kristal dari swarovski.


Model yang menggayakan rangkaian produk dari Wirdora dan juga Getshera ketika berlangsungnya majlis yang bertemakan Party Luxurious Raya.


Antara rekaan pin tudung, kerongsang dan cincin yang menarik dan ekslusif dari Wirdora.


Bersama pengasas Wirdora(dari kiri) :  dan juga Getshera(kanan) : Shera Samsudin.

Untuk video sekitar majlis dan warna-warna Getshera soft lip matte :


Warna Getshera : Na'im :


Bagi anda yang berminat dan ingin tahu mengenai lebih lanjut mengenai :

Produk Getshera, sila layari :
Laman : www.getshera.com
FB : https://www.facebook.com/getsheraHQ/
IG : https://www.instagram.com/getshera/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC1Ikwn1acqFWdW8iVX8pFtg

Produk Wirdora, sila layari :
Laman : www.wirdoraluxe.com
FB : https://www.facebook.com/wirdora/
IG : https://www.instagram.com/wirdorahq/
Whatsapp :  +6018-2724897


1 ulasan :

  1. Spe nak order produk Sugar Gold Malaysia, boleh pm Alia

    Whatsapp Alia untuk info dan order :-
    http://www.wasap.my/60175507074/Saya+nak+tahu+info+Produk+Sugar+Gold+Malaysia

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com