Koleksi Kasut Raya Ekslusif BATA tahun 2018


You all tahu tak baru-baru ni kan Tun M diviralkan dengan memakai sepasang selipar Bata. Fuh masa melawat Bata di Mid Valley baru ni kan, memang ramai sangat sampai nak lalu lalang pun rasa macam sempit walaupun kedai Bata di Mid Valley boleh dikatakan agak luas. Mana taknya dah nak raya ni 1 family yang datang hampir 3-4 kepala.

Niat di hati nak tengok juga lah kasut-kasut di Bata sebab dah nak raya ni of course Bata akan bagi special rate  untuk sepasang kasut kan. Bila dah buat tinjauan ada beberapa rekaan yang menarik di mata ku... mulanya nak cari kasut untuk diri sendiri.. sekali dah bawa husband dengan anak-anak. Mereka pun nak juga.. dah kena lah beli juga..


Antara kasut BATA yang aku dah lama target ialah versi Bata Comfit. Last time nak beli secara online tapi still prefer try error di outlet. Memang sah kasut comfit dara Bata ni memang sangat selesa. Kalau nak berjalan jauh tapi nampak bergaya I boleh suggested yang ni la. Husband I pula approved rekaan yang I pilih mungkin dia rasa I nampak sangat elegan bila memakai kasut Bata Comfit ni. Lebih-lebih lagi rekaan untuk raya kali ni ada batu-batu bling bling.


Bata yang I singgah haritu dekat Mid Valley First floor.. korang boleh la singgah kat situ ye..
So far koleksi raya dia boleh tahanlah I rasa yang berumur mesti gemar rekaannya.. Bata juga kalau you all perasan ada juga koleksi kasut khas untuk mereka yang bekerjaya dalam perkhimatan awam.. Haritu singgah siap ada kasut untuk jururawat juga.. I pun teringin nak beli sebab nampak sangat selesa untuk pakai daily..


Koleksi Kasut Raya Ekslusif Bata bermula dari harga RM99.90 untuk kasut wanita..


Bata Women Sandal juga bermula dari RM59.90 ke atas..


Bata Men Sandal juga menitikberatkan keselesaan dan rekaan mengikut bentuk tapak kaki..


Selain daripada kasut, Bata juga mempunyai koleksi beg tangan wanita seperti marie claire..


Tak pasti nak pilih yang mana, rasa nak beli dua-dua je sebab I suka batu-batu atas tu..


Husband I cakap kasut ni nampak sangat menyerlah dari jauh.. dah keliru mana satu nak pilih..


Finally I dah pilih yang mana I berkenan..


Dah membeli,
rasa puas hati,
dah jumpa kasut untuk hari raya tahun ni..
lepas ni boleh melaram hari-hari..
dengan kasut baru dari Bata...

Paling best kalau korang beli kasut Bata Sempena Raya tahun 2018 ni..
Beli lebih dari RM149..
Korang dapat diskaun baucer RM25 dan juga beg wristlet marie claire...


Dan yang ni la barangan yang I dapat dari Cawangan Bata Mid Valley..
Dapat 2 pasang kasut, beg wristlet marie claire dan juga sampul raya..

Wahh nampaknya dapatlah I beraya sakan this year meriah dengan husband and anak-anak..
Sape-sape di luar sana jangan lupa ya jemput kita datang beraya di rumah nanti...


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.bata.com.my
Facebook BATA


www.syafierayamin.com