2 hari 1 malam di Kings Green Hotel City Centre Melaka


Hi you all ingat tak last time I bersama keluarga I bercuti di Melaka. Sepanjang percutiaan 2 hari 1 malam di Negeri penuh bersejarah ni we all stay di The Kings Green Hotel City Centre iaitu sebuah hotel 4 bintang di Melaka dimana mengambil hanya 10 minit untuk ke Mahkota Parade. Hotel ni berkonsepkan 'Green' dan eco-environmentally dimana sesiapa yang masuk ke hotel ni dilarang sama sekali untuk merokok, kalau tak anda yang berbuat demikian akan didenda. ( All mommies wanted the best for their kids, no weirdo asap masuk into lungs ).




Hotel ni juga mempunyai kemudahan seperti akses internet tanpa wayar, pusat kecergasan (gym), tempat penyimpanan bagasi dan juga kolam renang. Kings Green Hotel City Centre juga hanya 1.6km jaraknya dari Jonker Street, 2.4km dari Mahkota Parade dan 1.6km dari Porta de Santiago makanala River Cruise Melaka jaraknya hanya 5 minit perjalanan jika memandu. Jarak Kings Green Hotel City Centre ni pula dari Kualam Lumpur lebih kurang 85.3 km.

Bagi yang nak membeli-belah barang keperluaan, anda boleh memandu terus ke AEON Shopping Centre yang mengambil masa 2 minit sahaja dari Kings Green Hotel City Centre. Selain tu terdapat banyak juga aktiviti dan makanan yang disediakan di hotel ini.



Bahagian masuk Kings Green Hotel City Centre.



I di bahagian hadapan Kings Green Hotel City Centre.



My husband and kids di bilik 429 Level 4. View yang cantik sebab nampak jalan susur masuk ke Melaka ada balkoni. Rekomen sangat dekat you all untuk stay di bahagian ni.


Mr Thomas Pillai, pengurus hotel yang banyak membantu kami untuk meneroka Kings Green Hotel City Centre, banyak yang kami pelajari mengenai konsep dan F & B yang ada di disediakan di dalam hotel ni.


Check-in dan check out di kaunter ni.


Dekorasi yang elegan, ringkas namun sangat sedap mata memandang.


Tempat rehat, relax dan santai bagi tetamu yang menunggu untuk check-in atau sesudah check-out.


Bahagian hadapan lobi di Kings Green Hotel City Centre. Tempat menurun dan mengambil tetamu.


Bunga raya salah satu bunga kebangsaan yang berada di Kings Green Hotel City Centre iaitu Bunga raya/ hibiscus.


Ruangan menunggu, lepak, santai di tingkat M2.


Ruangan santai atau ruangan untuk BBQ pada waktu malam jika ada majlis parti dan sebagainya.


Ruangan santai di sebelah kolam renang, nak ambil tuala kat sini tau guys.


Peraturan penggunaan kolam renang di Kings Green Hotel City Centre.


Kolam Renang yang dalam tak silap 4 kaki yang kanak-kanak 2.5 kaki. Apa pun sila pastikan keselamatan anak-anak anda tiada safe guards di sediakan di sini.


Apa-pun kalau waktu hujan tak digalakkan berenng-renang dalam ni kita risau ada hidden petir je. Memang sangat enjoy mandi dekat sini, selesa dan air pula ikut suhu cuaca. hehe.


Tahun 2018 ni I yakin sangat akan banyak majlis-majlis akan berlangsung, I boleh rekomen Kings Green Hotel City Centre punya servis untuk meeting room atau majlis besar-besaran.


Untuk | FULL DAY MEETING PACKAGE |
RM80.00 NETT untuk seorang satu hari
( minima untuk 20 orang )

Pakej termasuk : penggunaan bilik mesyuarat untuk 8 jam

  • 1 x AM Tea break dengan 3 Snek ringan bersama kopi / teh.
  • 1 x Bufet makanan tengahari di Hibiscus Cade ( menu mengikut chef )
  • 1 x PM Tea Break dengan 3 snek ringan bersama kopi / teh
  • 1 x Papan putih dengan Pen Markers &  1 x flipchart
  • Sistem Pembesar suara dengan 2 mikrofon
  • Air minerals dan juga mints
  • Projektor LCD dengan skrin putih
  • Internet percuma di dalam premis hotel
manakala

Untuk | HALF DAY MEETING PACKAGE |
RM 65 untuk seorang sehari
( minima 20 oramg )

Pakej termasuk : penggunaan bilik mesyuarat selama 4 jam

  • 1 x AM Tea break dengan 3 Snek ringan bersama kopi / teh.
  • 1 x Bufet makanan tengahari di Hibiscus Cade ( menu mengikut chef )
  • 1 x Papan putih dengan Pen Markers &  1 x flipchart
  • Sistem Pembesar suara dengan 2 mikrofon
  • Air minerals dan juga mints
  • Projektor LCD dengan skrin putih
  • Internet percuma di dalam premis hotel
Nota : Untuk tambahan masa 1 jam RM300

Barangan tambahan yang lain :
  • Papan putih : RM50/unit
  • Flipchart : RM50/unit
  • Mikorofon berwayar : RM80/unit
  • Mikrofon tanpa wayar : RM100/unit


Bila Ariffin berangan jadi Mr Grey dalam meeting room ni hahaha !

Ballroom

Bagi syarikat besar atau jenama-jenama terkenal nak buat majlis perkahwinan di sekitar Melaka, anda pasti tak nak lepaskan peluang untuk mencari tempat yang selesa, mewah dan elegan untuk majlis anda.  Kings Green Hotel City Centre juga menyediakan Dewan besar dan sederhana mengikut bajet anda.

Sewa Dewan :

BALLROOM
4 jam : RM6,000/nett
8 jam : RM10,000/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM1,000/nett

FUNCTION HALL 1
4 jam : RM3,000/nett
8 jam : RM5,000/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM400/nett

FUNCTION HALL 2
4 jam : RM4,000/nett
8 jam : RM7,000/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM600/nett

MEETING ROOM 1
4 jam : RM700/nett
8 jam : RM1,000/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM300/nett

MEETING ROOM 2
4 jam : RM1,000/nett
8 jam : RM1,500/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM300/nett

MEETING ROOM 3 (BOARDROOM)
4 jam : RM1,500/nett
8 jam : RM2,000/nett
Masa tambahan untuk 1 jam : RM300/nett

Function Hall

Function Hall


Bahagian luar di level M2 Kings Green Hotel City Centre water fountain.


List Level Kings Green Hotel City Centre dalam List.


I di dalam lif Kings Green Hotel City Centre.



List label di Kings Green Hotel City Centre supaya you all tak sesat ketika berada di dalam hotel di sini.


Pintu masuk ke arah GYM. Kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam gym ni sebab nak elakkan barangan berat dalam ni terjatuh kat anak-anak you all.


Kemudahan yang tepat dan selesa untuk bina badan.


Yang dalam ni ada syarat dan peraturan ketika berada di dalam Gym Kings Green Hotel City Centre.



Treadmill khas untuk korang berlari atas tu, ada adjustment mengikut kesesuaian dan kemampuan diri untuk lebih cergas dan bertenaga serta fit.


I don't know apa I buat. Harap bolehlah kurus dan nampak cantik sampai Tua huhuh.


Pengurusan di sini tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk dan dilarang merokok !

Lepas dah melawat kawasan. Masa untuk BILIK pula di Kings Green Hotel City Centre.


Nombor bilik kitaorang ialah 429.


Pintu masuk kena attach kad dekat skrin hitam tu.


Yang bulat ni cuba you all teka. Yang ni ialah tempat untuk korang tinjau sape dok tekan loceng, kalau korang tak nampak orang kat dalam tu better korang jangan buka  pintu guys.


Lepas dah masuk bilik, kad tu korang boleh lah sangkut kat tempat khas yang disediakan. Bila kad ni diletak dalam tu nanti bilik korang baru ada kuasa untuk penghawa dingin TV dan lampu serta pemanas air.


Suhu boleh adjust mengikut keselesaan korang la, kalau aku pagi-pagi terus letah 25darjah selsius, tak tahan sejuk eh.


Ruangan wardrobe/almari tempat letak pakaian, bagasi.


Ruangan basuh muka, gosok gigi di sini... sinki tu kan kalau korang nak tampung air korang boleh push button tengah tu, lepas tu nak keluarkan air balik touch button tu juga hehehe.


Kawasan buang air di sini, jangan buang sampah dalam ni Okay.


Bath up awesome, selesa tak licin. best mandi dalam ni.


Sabun ala-ala aroma terapi, shampoo, sabun mandi dan berus gigi disediakan juga di sini. Sabun aroma terapi tu memang awesome, relaxing sesangat.


Nak keringkan rambut lepas berendam dalam bath up pun boleh sebab ada hair dryer disediakan di sini.


Katil yang luas selesa di sediakan di sini. Tidur pun nyenyak.


Katil besar katil kecil juga disediakan mengikut permintaan, kalau anak-anak ramai pula boleh request extra tilam kat sini.


View yang menarik dari bilik 429 ni.


View dari balkoni bilik 429.


Ruangan santai di tingkat M2.


Bahagian tatarias dan ada buku menu disediakan untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai Kings Green Hotel City Centre dan juga boleh order makanan.


Sambil berehat sambil beryoga di atas tilam yang empuk, selesa dan boleh buat tidur nyenyak tak bangun - bangun dah.


Jangan lupa tangkap gambar dalam bath up buat kenangan. huhuh.


Kerusi santai bila nak rehat-rehat sambil menikmati secawan kopi yang panas.


Dekorasi dinding bunga raya di dalam bilik 429. Cantik dan nampak semangat patriotik di dalam bilik hotel ni,


Kitaorang acah-acah tidur akhirnya terlelap juga si kecik ni haha.


Minuman kopi dan untuk masak air panas pun disediakan juga di sini.


Rujuk maklumat mengenai Kings Green Hotel City Centre  di sini.


Dalam buku ni terdapat info yang terbaru mengenai tawaran yang berlangsung di Kings Green Hotel City Centre.



Budak-budak bila dapat bath up buat rendam lelama. huhuh.

Harga Penginapan di Kings Green Hotel City Centre untuk tahun 2018 :

SUPERIOR :
RM192 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Isnin-Jumaat
RM220 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Sabtu-Ahad

DELUXE KING :
RM222 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Isnin-Jumaat
RM254 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Sabtu-Ahad

DELUXE TWIN :
RM244 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Isnin-Jumaat
RM274 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Sabtu-Ahad

SUITE :
RM512 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Isnin-Jumaat
RM544 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Sabtu-Ahad

PREMIER SUITE :
RM764 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Isnin-Jumaat
RM794 ( Makan pagi untuk 2 orang ) Hari Sabtu-Ahad

Nota : Semua harga termasuk GST 6% dan caj warisan sebanyak RM2/nett

Kemudahan percuma :

  • Tempat Ruangan parkir
  • Percuma internet di sekitar hotel dan bilik mesyuarat


Terma dan syarat :

  • Harga yang ditawarkan boleh berubah tanpa notis
  • Semua subjek mengikut kekosongan terutamanya bilik mesyuarat
  • Pakej untuk bilik mesyuarat perlulah minima 20 orang ke atas.



Untuk makan petang bagi you all yang macam malas nak keluar masih mood yang ala-ala nak stay di hotel dan nak nikmati kemudahan Kings Green Hotel City Centre tawarkan seperti Sembang-Sembang Petang di Cafe Hibiscus.


Sembang-sembang Petang menyediakan hidangan kopi/teh dengan snek pilihan seperti cucur udang, keropok lekor, pisang goreng. Boleh pilih minuman seperti teh tarik, kopi tarik, nescafe tarik dan juga milo tarik. Bermula dari 3 petang sehingga 6 petang setiap hari di Hibiscus cafe. Harga RM8 ke atas setiap hidangan.


Hibiscus Cafe juga turut menyediakan QUick Bites, soup, sweet bites dan sebagainya.


Ruangan makan di Hibiscus Cafe.




Chicken Chop Breaded RM18/nett


Chicken chop grill RM18/nett


Pisang Goreng


Sweet Potaoes


Hidangan petang yang popular di Malaysia seperti keropok lekor, pisang goreng dan sweet potatoes turut berada di dalam segmen sembang-sembang petag di Hibiscus cafe, Kings Green Hotel City Centre


Terdapat 3 pilihan gravy sauces yang ditawarkan di segmen Sembang-sembang petang iaitu salted egg, mushroom sauce dan juga black pepper sauce. Dan paling sedap sekali I paling suka Salted egg.



Minuman pilihan chilled juice I of course fresh orange yum yum so refreshing ! =D






Waktu malam pula kami dihidangkan dengan makanan yang popular di Melaka serta serantau Malaysia untuk Citarasa Muhibbah Iftar yang akan berlangsung pada 17 Mei sehingga 13 Jun 2018 bermula dari 6 petang sehingga 10 malam.

Untuk tempahan awal  RM 58 untuk orang dewasa RM48 untuk kanak -kanak(4-12 tahun)

Harga biasa adalah RM68 untuk dewasa manakala RM58 untuk kanak-kanak(4-12 tahun)

Anda boleh merasai pengalaman dan raikan Ramadhan ini dengan keluarga dan rakan-rakan di Hibiscus Cafe melalui perjalanan rasa di sleuruh dunia. Mengusik citarasa anda dengan hidangan lazat seperti kambing panggang, masakan melayu dan banyak lagi.


Appetizer : Sambal Timun


Main Course : Daging Gulai Kawah


Main Course : Udang Lemak Nanas


Main course : Ikan Jenahak Asam Pedas


Main course : Satay With Condiments


Dessert : Assorted kueh-kueh melayu | kuih koci & Kuic cara berlauk | dan 2 pastry items.


Main course : Ayam Goreng Belacan


Menu masakan Melaka memang awesome. I suka taste semuanya sebab memang cukup-cukup rasa. Paling suka yang Gulai kawah daging tu. Trust me I siap bungkus bawa balik lepas tu masih boleh makan sampai 2-3 hari. Rasa daging remaining empuk.


Buah buahan rojak petis sebagai pencuci mulut memang awesome, segar dan crunchy.


Gadis-gadis Melaka memang sweet as cake.


Dah nak raya memang nampaklah buluh lemang ni.

Apa lagi jom buat tempahan awal beli 10 kupon dewasa percuma 1 kupon. Untuk tempahan, sila dail +606 288 1091 ( ext.3) atau email fnb@kingsgreenhotel.com.my

Cincin disarung hati berdebar,
jari nan lembut wajah terhias,
Ramadhan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Raikan rumah terbuka Aidilfitri bersama Kings Green Hotel City Centre Melaka,
harga bermula dari RM55 untuk minimum 50 pax.

Dah selesai makan malam yang enak ni, terus ke bilik and I dengan family I keluar sekejap pergi Aeon eh memang dekat sangat tak sampai berapa minit pun, lepas dah setel beli barang we all keluar nak ke Jonker Walk tapi malam tu sangat ramai dan tiada parking berdekatan, ada pun parking bawah pokok which is really scary a bit sebab burung mengeluarkan najis macam meteor storm, then we decided not to walk that night terus balik ke bilik hotel and terus tidur. Hehe.

The second day di Kings Green Hotel City Centre Melaka, kitaorang breakfast dulu di Restoran bersebelahan dengan Hibiscus Cafe.. ala-ala buffet style untuk sarapan pagi we all....


Kalau nak sarapan pagi breakfast panas-panas tu kena makan omelette la, memang sedap layan le..



Kalau tak ada nasi lemak memang tak sah lah inikan rutin harian Rakyat Malaysia makan nasi lemak..


Sarapan pagi pilihan I mestilah ada sayur, time tu ada rendang ayam dan mee ape tah, mee ni agak rare sikit bentuknya and I won't lie first time I makan, so far memang not bad, sedap rasanya..


Breakfast untuk Adelia, baked bean dengan potato wedges..


Yusuf pula layan cereals, layan waffle, layan pandan cup cake..

Then after breakfast, we all layan kolam renang sampai tengahari..
sad part I terlupa lak my swimming suit tertinggal sebab dok kalut sangat layan anak-anak..


Lepas dah swimming,
Masuk je pukul 1 time untuk lunch..
Siapa sangka dalam Kings Green Hotel City Centre Melaka ni ada
banyak juga restoran kita kena terokai..
Daripada makanan melayu sampailah makanan chinese..
rasanya memang banyak pilihan makanan dalam sebuah hotel yang sangat selesa ni..
Restoran chinese ni ialah Restoran Jia..


Restoran Jia ni tutup pada hari Isnin buka waktu makan tengahari dari 12PM sampai 3 PM, kalau dinner pula dari 6PM sampai 11PM. Jia bermaksud 'home' atau rumah dimana JIA ni menyajikan makanan chinese klasik dan sambil makan di sini sambil tu boleh rasa seperti berada di rumah.. Restoran ni sebolehnya menggunakan konsep lebih kepada kekeluargaan, kalau macam you all ada family besar-besar ke boleh lah bawa makan ke sini kalau nak meet up bila dah lama tak berjumpa kan ?


Hidangan harian yang berbaloi untuk dicuba :

  • Set A RM108 ada 4 jenis makanan percuma sup, nasi putih dan teh cina. 2-4 pax
  • Set B RM198 ada 5 jenis makanan percuma sup, nasi putih dan teh cina. 5-8 pax
  • Set C RM360 ada 6 jenis makanan percuma sup, nasi putih dan teh cina. 8-10pax



Yang ni pula hidangan yang sempat kami rasa sebelum balik ke KL..


Waitress gunakan gaya sangat skillfull bila tuang teh..


Sambil menunggu makanan, kitaorang macam tengah serious talk je dengan anak anak aku yang tak boleh duduk diam memang memecahkan suasana sepi dan sunyi muehehe..


Pie Tee..


hone made beancurd


Side dishes : cili merah, halia, cili hijau, sos..


Telur Cincalok..


Nasi Putih...


deep fried squid with five spices


deep fried boneless chicken with lemon sauce


Deep friend seabass fish with chili garam


stir fried prawns with salted egg sauce


Fuh bila buat flay -lay nampak meriah sangat guys, harga pun i tengok memang affordable, husband and I dah decided lagi sekali pergi Melaka memang target dah hotel ni..


Bila makanan nampak lebih cantik dan marvellous dari manusia..


Finally we all ended our Exploration di restoran Jia dengan pancake..
I suka rasa pancake ni mengingatkan I masa kecil..
makan biskut bijan je rasanya..
rasa yang sangat ranggup di luar enak lembut di dalam..
memang layan habis guys..
sampai licin pinggan dibuatnya..

Apapun stay kali ni 2 hari 1 malam di Kings Green Hotel City Centre Melaka..
sangat bermakna buat family I..
anak-anak I pun happy to be here..
especially the swimming pool..
the food...
and the environment..
selesa, maintenance terjaga..
bersih...


Lepas dah checked out around 5 pm tu..
then we all nak explore Melaka.. weee..

Jom baca kat sini apa yang menarik di Melaka :


2 hari 1 malam tu rasa memang banyak kenangan dah..
Bagi you all nak tahu lebih lanjut mengenai Kings Green Hotel City Centre Melaka,
sila layari : http://www.kingsgreenhotel.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com