Jalan Kaki dari The Shore Sky Tower sehingga ke Jonker Street Night Market di Melaka

Ferris Wheel Melaka di hadapan The Shore Sky Tower

Selama 2 hari 1 malam di Bandaraya Melaka, keluarga I dengan I sekali of course lah tak nak lepaskan peluang untuk melawat lagi kawasan tarikan paling popular di Melaka. Yes I tahu ada banyak tempat yang menarik di Melaka tapi dengan masa yang terhad, Encik Suami dah start nak ke tempat kerja so tak dan lah nak discover satu Melaka mungkin time dia dah pencen Insha Allah dapatlah kami travel many places lagi in the future.


Melaka ni memang amat popular sebagai kota yang paling bersejarah dimana Melaka ni adalah kawasan yang sangat strategik lah untuk perdagangan satu ketika lalu, adush nak tulis sejarah mengenai Melaka rasa macam nak kena refer buku teks pulak dah. Tapi apa pun memang rakyat Malaysia of course kena ambil tahu mengenai sejarah Melaka okay. Adik-adik jangan malas google ya mengenai Melaka. 

Tapi harini kakak nak cerita pasal perjalanan kakak di Melaka yes berjalan kaki dari The Shore Sky Tower sehinggalah Jonker Street Night Market, ala tak jauh pun lebih kurang 1.6km je.. tapi tak pastilah kami berjalan 13 minit je, rasanya lebih dari 13 minit tu sebab banyak stop tangkap gambar. Sepanjang perjalanan di sebelah Sungai Melaka tu, hampir semua kedai nampak unik, menarik dan memang instagrammable photos la. Rasa macam nak jadi instagrammer je malas dah jadi blogger tapi passion nak menulis tu sayang lah kalau tinggal macam tu je. Okay back to the main stories.




Sepanjang perjalanan tu memang seronoklah sebab kami parking PERCUMA di The Shore Sky Tower Level 4, tak pastilah sebab haritu is Ahad (23 April 2018) Mungkin sebab dah tak ramai orang, orang dah start balik negeri masing-masinglah kemungkinan besar or mungkin memang tempat tu parking percuma. Huhuh, berputar-putar nak explained.


Melaka River Cruise Ticketing Booth
Hari Isnin hingga Khamis : (Mykad) Dewasa RM13 Kanak Kanak RM6.50 umur dari 2 -12.
Hari Jumaat hingga Ahad & cuti umum & cuti sekolah yang dewasa jadi RM18 kanak-kanak tetap RM6.50.

Untuk warga Asing pula kena bayar RM18 dewasa manakala kanak-kanak RM10 pada hari Isnin hingga Jumaat manakala RM23 untuk dewasa pada hujung minggu.

Kalau nak datang secara berkumpulan atau nak buat majlis RM720 untuk hari Isnin hingga Jumaat pada hari minggu pula RM920 dan cuti umum, 1 bot boleh memuatkan lebih kurang 40.

Waktu operasi :
The Melaka River Cruise buka setiap hari dari 9 pagi sehingga 11.30 malam. Bot akan selang seli setiap 30minit dari Taman Rempah jeti. Manakala dari Heti The Shore Sky Tower pula beroperasi dari 10 pagi sehingga 10 malam. Bot pertama akan sampai pada pukul 11 pagi dan bot terakhir pada 10 malam ( jadi kena beli tiket sebelum 9.30malam _ Bot dari Jeti The Shore akan bergerak setiap jam.

Waktu terbaik untuk naik The Melaka River Cruise ni sebenarnya dari waktu matahari tengah terbenam sehinggalah ke malam ( waktu lampu-lampu memang cantik )

Korang boleh telefon sendiri The Melaka River Cruiese pada waktu bekerja di 06 281 4322/23.

Telefon untuk jeti Taman Rempah 06 286 1530

Jeti Muara pula 062861531


Ada kawasan larangan tau. Janganlah turun ke kawasan jeti sebelum bot sampai. Lepas tu jaga sendiri barang preibadi korang sendiri. Kena tunjuk tiket sebelum naik bot. Tiket yang terkoyak tak diterima.


Dari Jeti The Shore ni korang boleh akses Melaka River Cruise. The Shore ni ada beberapa tempat tarikan seperti Oceanarium ( ala-ala aquaria Klcc) dan ada musical fountain.


Jeti The Shore Melaka River Cruise

Salah satu bot yang dipenuhi dengan penumpang. Dan antara tempat yang i rasa menarik sekitar perjalanan melalui Sungai Melaka ni dari The Shore Sky Tower sehingga ke Jonker Street Night Market banyak tau. Terasa nikmatnya bila jalan kaki, kalori hilang lepas makan banyak. I rasa lagi bagus jalan kaki. hehe. Bot Meka River Cruise ni sebenarnya I dah pernah naik dengan keluarga I cuma dulu tak updated dalam blog hihihi sebab tak kenal lagi blog. Time tu masa umur 20 rasanya.


Mukaku disebalik Ferris Wheel di Melaka.


Menikmati pemandangan matahari terbenam.


Panggung Bangsawan Melaka.


Lorong dipenuhi grafiti pahlawan melayu satu ketika dahulu.


Instagrammable betul lorong ni tau.


Peta Sungai Melaka Jambatan Terminal.


Jambatan Old Bus Station


Jambatan Hang Tuah


Lorong Di sebalik Jambatan Hang Tuah


Bergaya pula tangkap gambar disini tau.


Bangunan yang mempunyai grafiti pahlawan melayu


906 Riverside Hotel


Selepas perjalanan 5km iaitu sebanyak 8000 langkah, yay kalori yang terbakar lebih kurang 320-360kcal. No Wonder lah I slim-melim hihih.


Selama datang ke Jeti Wana


Jambatan Besar


Di sebalik Jambatan Besar


Salah sebuah rumah yang masih utuh di atas Sungai Melaka


Dari pandangan lorong bersebelahan Sungai Melaka.


Sebuah rumah I don't know masih berpenghuni lagi rasanya. Boleh tak anda spot kucing di situ,


Husband cakap ikan-ikan ni tengah ambil oksigen, I tak percaya haha.


Bot warna merah pula, Penumpang tetap tak putus-putus tau.


Pintu bangunan ni cantik so I posing kat sini jap.


Salah sebuah lama yang nampak cantik dengan lukisan dan cat yang warna warni.


Restoran di akan nampak cantik dan lawa ketika waktu malam.


RC Hotel


Sepanjang perjalanan nak ke Jonker Street Walk, ada Uncle bawa 4 ekor kura-kura kesayangan letak kat tepi Sungai Melaka ni, kalau korang bernasib baik korang berpeluanglah untuk tangkap gambar bersama kura-kura ni, Uncle ni cakap tak payah bayar memang dia selalu bawa kura-kura dia ambil angin petang-petang. 3 ekor dari Afrika Madagascar lagi seekor dari India. Yang paling besar umur lebih kurang 5 tahun, yang paling kecil tapi cengkerang bintang tu umur dia 14 tahun yang tu dari India. Korang boleh tengok video atau instagram aku kalau nak tahu dia punya nama : https://bit.ly/2FfGMyY


Salah satu lorong yang suami aku cakap menarik di sini.. huhu..


Pasar Karat..


Jambatan Chan Koon Cheng


Grafiti wanita di Melaka.


Kalau you all pergi jalan ni ada orang putih main muzik di sini memang memecahkan suasana sunyi tepi ni.


Kedai Orang Utan


H&M Melaka yang berdekatan dengan Jonker Walk


Yea finally sampai juga we all di Jonker Walk, cuci mata tapi banyak makanan tak dapat nak makan hehe..


Ada patung hidup berwarna emas, kalau datang sini pleaselah masukkan wang sebagai salah satu usaha mereka bergaya dan berdiri teguh tau..


Masjid di Melaka..


Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah... tempah letak kereta punya sign board..


FOMECS


Jonker Boutique Hotel.


Selamat datang ke Jonker Walk punya bangunan tugu ditubuhkan sejak 2010.


Final tempat lepas penat berjalan ialah Ferris Wheel kali ni kami dah turn balik lepas jalan di Jonker Walk.... Yang ni waktu malam pula, tapi tak naik pun tengok je la... huhuh tak allocate duit pula nak naik semua benda ni...termasuk lah botnya kan..



kitaorang dari pukul 6.30 petang sampai 9.30 petang lah jalan kaki dari The Shore Sky Tower hingga ke Jonker Street Night Market Melaka, memang puas hati, dan Kitaorang hanya keluarkan duit makan ondeh-ondeh dan juga mee rebus di Kedai makan Aku dan dia, salah satu kedai melayu yang aku nampak di sepanjang Jonker Walk tu la...



Lepas tu aku beli plastik charms bentuk kristal untuk aku punya trollbeads dalam 6 biji, 1 biji rm4.. huhuh mahal le aku rasa sebab dia punya bahan plastik je kan tapi cantik lah..

Apa-pun walaupun short trip discover bahagian Bandaraya Melaka, rasa sangat puas hati sangat, maybe next time nak discover bahagian A'fomosa kalau ada rezeki sebab last time dah discovered 14 buah Wacoal Store yang berada di Melaka dalam masa 1 hari tau, boleh baca kat sini : https://bit.ly/2vJzvYT

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Melaka, korang boleh taip kat browser google tau.

Thanks for reading my short trip di Melaka Guys ! :)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com