2 hari 1 malam Superior room @ Berjaya Times Square


STAYCATION 2 hari 1 malam di superior room @ Berjaya Times Square kali ni kami sempat jugalah guna kan masa yang ada ni untuk book this room sebelum naik ke Genting..

Dapat jugalah merasa seperti orang-orang middle class yang tiada commitment untuk di setelkan...
Gunakan sebaiknya peluang yang ada ni dengan explore penginapan di Berjaya Times Square, tak silap yang ni dari level 22 dan view kami sangat awesome iaitu view ada bangunan paling tinggi kalah bangunan KLCC...


Ni la bangunannya di mana kita punya mentaliti makin tinggi bangunan makin berkuasa dia di Malaysia... tapi setinggi-tinggi bangunan pun ... kuasa Allah lebih maha kuasa...


Staycation kali ni sebenarnya adalah hadiah masa I joined contest AIA satu bilik ni berkemungkinan RM300+ untuk 2 hari 1 malam termasuklah makan pagi dan fine dining di sini..


Sebab I teringin nak stay kat tempat lain buat seketika... nak biarkan rumah berehat dari elektrik yang terbuka 24 jam... dan nak jimat air di rumah, serta jimat makanan juga  tu sebab lah I decided untuk masuk cepat sikit... hee..


Tak sah kalau tak selfie dengan scenery dari dalam bilik superior ni..


Ruangan yang luas seperti duduk dalam hotel apartment 1 bilik.. yang ni adalah bahagian ruang tamu.


Yang ni pula bahagian kitchen dan ada basic things seperti peti ais..


Tempat buang air pula... huhuhuh... yang buang air besar tak de air... lepas kau membuang kau kena pindah ke sebelah untuk mencuci.... yang ni susah la memandangkan bahagian bawah kita tu lebih selesa dengan style melayu guna air..


Cermin di bilik air yang pertama tapi kalau korang nak tahu banyak sangat makeup table dalam bilik superior ni... tak tahu lah aku  korang boleh ke makeup tempat berlainan dalam masa 2 hari 1 malam huhuh..


Bath up yang besar juga jadi tempat permainan anak-anak aku, ada pula diaorang buat gelongsor, fuh seram, dah la licin  aku risau je..


The second cermin dalam bilik air. memang nampak ekslusif tapi kalau sorang-sorang aku tak yakin, seram juga tau haha..


Sebelah bath up tu ada tempat shower pula..


Katil pula kemain saiz king ke queen ada 2, haaa tidur la puas puas kat atas ni.. heee..


Bahagian ruang tamu yang ada TV dalam perabot..


Adelia masih mengexplore ruaangan yang besar..


Time fine dining di Sampling on the fourteenth, huuuu first time aku makan fine dining dengan anak-anak dah lah tak ramai tau lepas tu kan ada couple je, and then staff kat situ pandang je kitaorang makan, hahaha, tapi servis memang tip top... makanan dia makanan yang penuh seni dan kulinari... sayang betul nak makan sebab kemas sangat rekaan..


Nasib baiklah bebudak ni walaupun lasak-lasak ada juga well behave tu hee..


Final food kek, dapat extra satu pinggan lagi untuk anak sulung aku ni..


Suami aku pula entah dia ni fine dining dia ni ambil serious tapi apa pun memang kalau time makan dia suka mengadap phone masa zaman dulu tak ada phone dia megadap surat kabar, memang old school kan haaa... tapi kalau bab makan tak pasti nape dia makan macam mat salleh...


Lepas dah berfine dining, time to explore bukit bintang, hahaha bawa bebudak ni lepak kat MCD sini kan happening.. macam macam bangsa ada.. tengah malam pun masih ramai orang dok melepak kat sini..


Lepas check out, and nak rush ke Genting kami makan breakfast dulu di Big Apple... huuu...makanan breakfast kat sini memang favourite betul sedap sedap je dengan view yang menarik pula kan...


Apa pun I dah komen di google tentang hotel yang kami stay :


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com