Short trip ke Jerantut, Kuala Lipis, Raub


Hi you all ingat tak last week kan, husband punya officemate kahwin.... di Jerantut, dia cakap dia orang Pahang tapi tak pernah lagi ke bahagian Utara Pahang... Jadi apa lagi dengan bajet kami yang rendah, kami explore juga anak-beranak bahagian Utara Pahang ni...  kalau pergi trip ni I memang sangat prefer suami dan anak-anak berada di sisi... unless kalau terpaksa atau me time 2 hari 1 malam dengan kawan-kawan mungkin I go enjoy sensorang lah apa pun anak-anak adalah main priority I... bawa jaga anak-anak explore the world.. heeee.. bila lagi kan mereka nak kenali dunia kalau bukan kita yang sebagai parents kenalkan ?

Sebelum tu kami ke Jerantut terlebih dahulu untuk ke majlis perkahwinan officematte husband..


Tahniah ya semoga dapat mengharungi tempoh alam perkahwinan sehingga ke jannah...

Then lepas dah pergi wedding kawan husband,

singgah pasar besar jerantut ..


Di pasar besar jerantut.
Ada mangga dari depan sampai hujung semua jenis..
Pilih je 2kilo rm10..
Huhuhuh..
Heaven pula rasanya disini..


Selepas ke Jerantut Husband decided nak explore Kuala Lipis pula, semasa perjalanan terjumpa kawasan jeti yang menggabungkan sungai jelai, sungai lipis dan sungai Pahang, memang tak ramai orang tapi rasa teruja lihat sungai ni warna yang berlainan... tertanya apa lah disebalik sungai ni.. waktu tu cuma nak cakap cantiknya ciptaan Allah... 


Then sampai ke Kuala Lipis melihat bandar yang kecil tapi padat dengan kemudahan.. Kami sempat melawat Muzium Warisan Lipis waktu buka selasa- khamis  8 pagi hingga ke 5 petang..

Jumaat 8 pagi -12.30 tengahari ... buka petang balik pukul 2.35 petang sehingga 5 petang..

Hari Isnin cuti... hari cuti atau pelepasan am pula di buka dari 9 pagi sehingga 5 petang..

bayaran masuk RM1 untuk dewasa RM0.50 untuk kanak-kanak.


Muzium warisan Lipis ni sebenarnya adalah tempat tinggal  bekas rumah setiausaha kerajaan Pahang sejak dari 1920 tahun lagi.. banyak rupanya sejarah yang dikenang-kenang di sini..


Dalam muzium ni ada menceritakan tentang tokoh bangsa dan juga perkembangan Kuala Lipis..



Bekas Rumah setiausaha kerajaan pahang 1920..


Info mengenai Pengasas Kuala Lipis...


Permainan tradisional rakyat satu ketika lalu..


Perlombongan emas adalah salah satu sumber utama di Kuala Lipis... No wonderlah British nak sangat godek-godek tanah melayu satu ketika lalu sampai sanggup memfitnah rakyat tanah melayu semata-mata nak korek keuntungan di sini..


Kuala Lipis juga adalah tempat study tokoh seni iaitu Dato' Siti Nur Haliza Tarudin yang telah banyak memenangi anugerah sejak dari awal persembahan sehinggalah kini... dan sekarang Dato' Siti Nur Haliza baru sahaja mempunyai puteri sulungnya.. Tahniah..


Lepas lawat Muzium Warisan Lipis then naik atas sikit Kami sempat ke Taman Haiwan Lipis pula tutup pukul 6 petang jadi dapatlah kami explore binatang yang ada dalam taman ni..


Bayaran masuk tak silap RM3 untuk adults untuk aknak-kanak RM1.. Mula-mula tengok ada kangaroo ingatkan ada kangaroo tapi sebenarnya tak ada pun heheh...


Ada juga tempat tunggang kuda tapi make sure korang baca lah syarat dahulu ye..


Kudanya cengkeding je rasa macam tak sampai hati nak naik hehe..


Ada burung hantu, comel je dalam kotak pun jadilah tempat persembunyiaan di siang hari kan..


Burung ni kena hati-hati sikit dia suka pula datang dekat-dekat mesti teruja tengok kita punya lens... tengok macam burung kenyalang kan guys.. eh..


Lepas dah tengok animals.. kami singgah ke Bandar Kuala Lipis pula bahagian yang ada stesen kererapi Kuala Lipis.. masih nampak antik juga I tengok tempat ni.. sejak dari 1926.. mungkin hanya upgrade tanpa mengubah bentuk asas yang lama..


Ruangan menunggu..


Ruangan menunggu train..


Info mengenai railyway tourism..


Jom kita menjelajah Malaysia menaiki train..


The early history of Kuala Lipis..


Yang ni rasanya replika, yang betul punya ada di dalam pejabat pos..


Ni la pejabat pos laju..


Dah melawat Kuala Lipis kami meneruskan perjalanan ke Raub pula konon nak singgah Bukit Fraser tapi bila fikir balik bajet nak tidur hotel kat sana tidak allocate... jadinya... kami singgah Raub untuk makan sahaja...


Restoran ni I ingat stimbot sekali tengok kat bawah tu makan macam masakan panas je, kami sempat makan sup ekor, keropok lekor je hee.. apa pun... waktu lapar semuanya sedap tau..


Then I lepak sekejap kat sini sambil ber Uplive di Raub..


Thank you guys for baca short trip kami ke Jerantut, ini sahajalah yang kami dapat share sebab masa pergi pun lawat sekejap-sekejap... apa pun Adelia sangat happy mama papa abang bawa jalan-jalan explore Malaysia... :))

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com