Pantai batu Hitam @ Pahang Malaysia


Selalunya setiap kali balik ke rumah mother-in-law memang I akan cuba-cuba juga pujuk husband bawa melawat tempat-tempat menarik di area Kuantan Pahang ni. Yer lah dah alang-alang balik kampung kenalah juga explore tempat orang kan.. last time dah discovered bahagian Utara pahang. Kali ni area berdekatan rumah mother-in-law pula.

Kalau di Kuantan of course orang sekeliling tahu akan Tanjung Lumpur, Telok Cempedak dan salah satunya Pantai Batu Hitam. I rasa kalau pantai di sekitar Kuantan ni I tetap prefer Pantai Batu Hitam instead of Telok Cempedak sebab Telok Cempedak tu macam dah tanah komersial terlampau ramai orang padat kalau waktu puncak konpem agak jem Yoo... Jangan tanya husband I la dia memang benci akan jem,  tapi I rasa bukan laki I sorang je ramai juga tak puas hati kalau berada dalam jem kan.

Mother-in-law yang suggested pergi Pantai Batu Hitam ni lepas we all jalan-jalan makan kat Starbuck Berjaya Mega Mall sebab sister in law I tengah tunggu customer picked up pampers. Kalau korang nak beli pampers korang rogerlah sister-in-law aku ni, rasa macam lagi murah sikit dari kedai la. Hehe.



Back to the main tajuk kan, mengenai Pantai Batu Hitam, I ada google sikitlah pasal pantai ni yang terletak kira-kira 10km dari Kuantan. Memandangkan mother-in-law punya rumah around Galing, so rasanya ambil masa 10-20 minit nak sampai Pantai Batu Hitam, so I rasa Pantai batu hitam ni dapat nama sebab dekat 1 bahagian ada banyak batu hitam yang tersusun cantik atas pantai berpasir putih. So thats why la nama pantai ni macam ni. Ramai juga melawat pantai ni tapi cuma tak sesak macam Telok Cempedak.


Nampak tu batu-batu hitam ni... tapi I rasa kalau air pasang better lah cepat kembali ke atas pasir putih oo.. sebab I duduk kat hujung-hujung tu terasa macam nak tenggelam hehe.


Dekat pantai ni ramai peniaga berniaga kat sini, ada jual coconut shake, pisang goreng keropok lekor dan sebagainya. Siap ada aktiviti macam bawa motor gedang ni, haritu bayar RM20 untuk 15 minit ( tertakluk pada tarikh lah I pergi bulan MAY 2018) huhuh saje letak tahun ni, takut 5 tahun nanti ada orang search lagi hahah.


Selain tu ada juga basikal.. tapi aku tengah fikir mesti penat nak kayuh basikal sebab atas pasir oo..
mesti banyak kena guna tenaga kan..


Tarikan lain ialah bermain layang-layang... angin kuat jadi bila nak main layang-layang best lah..
tak bawa layang-layang?  Jangan risau beli je dekat situ okay.


Tarikan lain ialah batu hitam ni, ada orang siap bawa jala ke ape... tangkap binatang seafood macam umang-umang, ugh serious tak tahu.. I tengok haiwan kecil-kecil je dekat area tu..


Budak-budak ni bila dapat idea nak buat apa dengan pasir... finally mereka menggunakan akal yang diberikan.. haha..

Apa pun kalau you all berminat nak ke sini untuk sesi fotografi bolehlah singgah sini..

Pantai Batu Hitam @ Pahang Malaysia...

Thanks for reading ;)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com