Rasa Ayam pedas di NeNe Chicken @ Sky Avenue, Resorts World Genting


Siapa suka makan Korean food ? haa ni i nak perkenalkan dekat you all Satu outlet yang sediakan makanan Korean asli tapi mengikut citarasa rakyat Malaysia.. NeNe Chicken ni agak popular juga la di sekitar Korea Selatan di mana ianya sudah berada disitu sejak dari tahun 1999 dan telah mempunyai sebanyak 1,200 outlets di seluruh Korea Selatan.  So disebabkan rakyat Malaysia memang ramai peminat muzik Korea termasuk lah hidangan dari Korea  - no wonderlah NeNe chicken meluaskan empayar mereka di Malaysia dengan menggabungkan kombinasi mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Di NeNe Chicken ni dia akan bagi kita mengalami sendiri ayam yang diperap dengan bahan yang menggunakan sos asli dari Korea untuk memberikan rasa tradisi yang bakal buat tastebud kita berdansa. Ayam tu bila diperap of course dalam dia memang jadi lembut and marvellous.

Haritu I sempat singgah NeNe Chicken di Sky Avenue and I tried several Chicken Flavored seperti Original Fried Chicken, Swicy Fried Chicken dan juga Freaking Hot Chicken and okaylah pedas pedas tu boleh kurangkan rasa tu dengan ais krim black sesame.


Swicy Fried chicken ni diperap dengan sos signature NeNe Chicken pedas-pedas manis..
sekejap pedas sekejap manis macam tu la...


Yang I makan ni Original fried chicken sesuailah untuk kanak-kanak..


Yang ni Freaking hot fried chicken di mana original fried chicken telah diperap dengan resepi rahsia dari Korea Selatan lepas tu digoreng sehingga kuning keemasan dan dalam dia lembut sangat then ayam ni disalut dengan sos yang sangat pedas dan boleh buat mulut berapi oo.

Tingkat atas NeNe Chicken di Sky Avenue, ada bas kuning tu...


Yang ni bahagian luar NeNe Chicken..


Antara menu lain yang ada di dalam NeNe Chicken..
\

Bagi you all nak merasai kelainan masakan ayam goreng, bolehlah cuba sendiri ayam goreng pelbagai rasa di NeNe Chicken Sky Avenue..



Lokasi :
Genting Highland
T2C-09 of Level 4,
SkyAvenue,
Genting Highlands
Ahad - Khamis : 10am - 11pm
Jumaat dan Sabtu : 10am - 12am

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com