8 Outlets Manisan Mulut di Sky Avenue, Resorts World Genting


1. Tokyo Secret

Tokyo Secret ni menggunakan bahan yang di import khas dari Jepun yang menghasilkan beberapa hidangan manisan mulut yang 'freshly baked' dari oven. Paling famous di Tokyo Secret ni adalah cheese tart.


Tokyo Secret kini menambah hidangan manisan mulut yang terbaru iaitu Syukurimu. So far memang sangat delicious sebab di luar sangat ranggup dan merupakan snek bila kita gigit dia isi dalamannya penuh dengan krim gitu.


2. llaollao

llaollao ni adalah francais manisan mulut seperti natural frozen yogurt semulajadi yang semakin dikenali oleh orang di Malaysia. Ianya merupakan yogurt semulajadi dari Spanish kini sudah berada di sekitar Eropah dan Asia. Yogurt semulajadi ni dihiasi dengan buah-buahan, bijiran dan macam macam sos manisan.


Yang I punya ni caramels topping dengan biskut oreo tak silap. hehe.Rasa yogurt ni tak masam just sejuk and sedap bila karamel tu dah start beku.. rasa macam crispy je bila kunyah haha.


3. Madame Waffle

Madame waffle menyediakan hidangan buatan tangan. Kiosk Madame Waffle mengutamakan waffle sebagai salah satu makanan pemanis mulut paling utama. Dan paling menarik banyak jenis topping yang ditawarkan termasuklah perasa durian. Rasa dia ala-ala berkrim gitu. Jangan risau kalau nak mencari tempat duduk di area Madame Waffle ni memang banyak kerusi dan meja. Jadi anda boleh menjamu madame waffle lebih-lebih lagi perisa durian di Level 1 Sky Avenue.



4. Gindaco

Bagi peminat tokayaki. Anda sebenarnya boleh menikmatinya dengan harga yang berpatutan dan satu bekas mempunyai lebih kurang 8 biji dan yang I dapat rasa haritu ialah Ebi Mayo iaitu topping terbaru di Gindaco. Selain tu Gindaco pun ada jual Yakisoba cuma I tak sempat nak rasa time tu sebab kejar masa.

Gindaco ni ada inti di dalamnya yang haritu I cuba macam ada sotong, sebab bila kunyah rasa macam kenyal gitu. Ianya sangat sesuai dimakan ketika masih panas dan of course memang Gindaco ebimayo gonna be our favorite !  Gindaco berada di Level 1, Sky Avenue.


5. Eggette Lab

Eggette lab ni merupakan snek dari Hong Kong dan sekarang ni I rasa dah agak famous di Malaysia, cara masak macam style waffle tapi bukan waffle tau.. Eggette Lab ni sebelum ni sudah ada beberapa outlet di sekitar Klang Valley... tapi kali ni ianya berada di depan Snow World Resort World Genting.

Eggette Lab ni terdapat pelbagai pilihan flavour dan paling popular ialah Golden custard manakala yang paling istimewa yang tri color dimana ialah digabungkan original, chocolate and cheese.


Tekstur, warna dan rasa crispy di luar lembut di dalam membuatkan I rasa snek dari Hong Kong ni memang sesuai dimakan time panas juga sebab bila sejuk tak rasa dah nikmatnya.. kalau sejuk inti dalam pun jadi kepal kepal oo.. waktu panas inti masa cair and memang ngam dikenakan time sejok sejok.


6. dal.komm COFFEE

Nak rasa seperti berada di Korea Selatan dengan suhu yang sejuk, haaa I rekomen you singgah sendiri dal.komm COFFEE di Sky Avenue ni sebab outlet ni menawarkan makanan ringan, pencuci mulut dan of course kopi.. yang boleh memberikan lembutan hangat setiap kali menikmati secawan honey grapefruit hangat.


Honey grapefruit salah satu minuman yang terpaksa I minum on that time because I kena minum minuman hangat to keep me warm and released my tummy lepas dah masukkan heavy task for it. hehe. Apa pun bila minum di dal.komm COFFEE ni rasa romantik kembali tu datang teringat momen momen terindah bersama dengan Encik Husband sebab dia sangat suka makan Banana cruffin di dal.komm COFFEE ni. crusty, crispy outside but dalam wahh lembut like sponge. The best part banana tu dia letak coklat memang my kids suka rasaya. hee.

Premium Chocola'de Shake pula memang sangat sesuai untuk you all yang suka makan coklat tapi kali ni dia buat macam ais yang dikisar punya, its freaking cold... and yes I drink it during the cold day.. oh mamama mia.. by the way if you want to try these awesome sweetness drink visit dal.komm COFFEE di lokasi Level 4-T2X-10 Sky Avenue, Resorts World Genting.

Pastikan duduk kat luar memang terasalah angin sempoi-sempoi bahasa sambil menikmati honey grapefruit.


7. Dream Color

Terlalu banyak outlets makanan sedap-sedap di Sky Avenue, trust me I almost rambang mata already what to eat what to drink di sini. But there is one outlet yang I rasa you akan suka sebab outlet ni menawarkan minuman yang colorful macam pelangi, macam aurora, macam pencil color anak I iaitu Dream Color.

Dream color menawarkan pelbagai jenis minuman buah-buahan dan susu kocak yang akan bertukar warna apabila anda kocak botol tu. Pewarna ? Ah tak bahaya ke ? Tak lah, Dream color ni menggunakan warna dari buah-buahan semulajadi dan dari bunga juga tau. Best tak ?


Yang I dapat I rasa haritu ialah Dragon Fruit RM16.. warna dia sangat dreamy tau I rasa macam dah dalam unicorn world sebab warna purple tu sangat menarik.. Do watch my videos How do I shake it guys. Lokasi di level 1, Sky Avenue.


8. Tian Ma Bird Nest

Sarang burung adalah makanan kegemaran I lebih-lebih lagi ianya mampu mencantikkan luaran dan dalaman seseorang bagi yang mengamalkan sarang burung setiap hari. Paling best sebenarnya terlalu banyak benefits yang boleh kita dapatkan jika mengamalkan pengambilan sarang burung setiap hari.


Haritu I dapat try bubur ayam dan juga minuman sarang burung berkelapa. So far I suka rasa yang lembut dan I think its really good to have the chicken porridge time tengah tak berapa sihat. Minuman sarang burung tu ada kelapa laut membantu untuk menyejukkan panas dalam badan. Rasa dia sangat sihat dan segar.

Siapa sangka menu yang ringkas tapi mempunyai banyak khasiat. Tian Ma Bird Nest juga menawarkan 50% untuk pembelian yang kedua menu di atas ni sepanjang bulan April. Lokasinya di

Level 4, T2C-05B SkyAvenue, Resorts World Genting.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com

Nak tengok Full videos 24 hours Food Trail di Resorts World Genting, sila tonton di bawah :


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com