4 menu Awesome di DC SUPERHEROES CAFE @ Sky Avenue, Resorts World Genting


Untuk Food trail selama 24 jam di Sky Avenue I tak boleh lepaskan peluang untuk mencuba menu yang sangat awesome di DC Superheroes Cafe @ Sky Avenue, Resorts World Genting. Wujudnya cafe ni dicipta khas untuk peminat DC Superheroes seperti Super woman, Wonder Woman, Batman dan pelbagai lagi.

Siapa sangka hidangan yang disedikana juga menggunakan nama-nama yang ada dalam filem DC Superheroes tau.

Bila masuk cafe ni pun I rasa dah macam dalam movie DC Superheroes pun ada sebab memang awesomelah dia punya menu.


Menu yang disedikan memang betul-betul untuk superheroes kot sebab portion sangat besar sape yang perut kecil tu mohon besarkan perut you all ya.. hee..


Mera's Ocean Magic RM23

Hidangan kali ni menggunakan mi spageti sebagai bahan asas yang dihiasi dengan 3 ekot udang besar, oktopus dan ikan dori..


Katana sliced hawaiian pizza

Pizza ni rasa keju dia memang awesome, atas tu ada macam pepperoni dan juga buah zaitun dipotong halus..


Flash's backlash sausage

Yang ni memang kegemaran I sebab ni menu khas untuk mereka yang ada sifat nak cepat dan lari laju macam flash untuk selamatkan dunia.. portion roti sosej ni memang besar, sangat bagus bagi tenaga sebelum menyelamatkan dunia... side dishes dengan french fries dan coleslaw..


Big Breakfast ni RM41 untuk saiz besar ni guys khas untuk superheroes yang dalam misi menyelamatkan dunia...

Ada nuggets, waffle, salad, sosej dan sayur..


Lantern's green 1 green tea latte

Ni minuman memang sangat kaya dengan krim dan berwarna hijau hee.. rasa teh hijau yang kuat buat si peminum loving the taste..


Riddle me this ice sour apple mojit

Haa anyone who wants to order beverage I really suggest you to try this out, I don't know bout you guys tapi combination asamboy lemon dengan other ingredients buat minuman ni sangat macam macam rasa, and memang rasa dia sangat awesome rasa macam nak kalahkan orang jahat je..














Nak cuba makanan DC Super heroes di Sky Avenue,

DC COMICS SUPER HEROES CAFÉ
Level 3, T2B-06
SkyAvenue Resorts World Genting
Genting Highlands Pahang
Malaysia.

Facebook: fb.com/dccomicssuperheroesmalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com