DÔME Café Malaysia @ Sky Avenue, Resorts World Genting


Kalau you all nak tahu DÔME Café Malaysia ni sebenarnya mempunyai lebih kurang 18 outlets di seluruh Malaysia dah salah satunya berada di Sky Avenue. Cafe ni menggunakan gaya hidup masa kini yang asalnya dari Perth, Australia dan telah menghidangkan minuman berasaskan kopi semenjak dari 1993. DÔME Café telah diasaskan oleh Patria Jaffries dan juga Phil May. 


Sebenarnya DÔME Café Malaysia ni menyajikan pelbagai jenis hidangan termasuklah Malaysian's Delight mengikut makanan kegemaran anda dari pai ayam sehinggalah lasagna daging. Persekitaran signature DÔME Café ni menggunakan kayu oak dan chestnut yang memberikan tempat yang selesa, elegan untuk anda menikmatinya bersama insan yang tersayang. Tapi memang terasalah momen romantik bila berada di dalam DÔME Café Sky Avenue, Resorts World Genting ni.


Dan I dah cuba beberapa hidangan di DÔME Café Malaysia...rasa unik dan kaya dengan rasa ni menabat selera we alls...


Smoked Salmon

Smoked salmon ni ada krim keju, smoked salmon, capers, bawang merah, daun salad mesclun dan dihidangkan bersama krim masam , sos chive dan juga kentang wedges..


Fish & Chips

Yang ini adalah hidangan yang anak-anak I suka, sebab diaorang memang suka makan ikan... hidangan ada side dishes seperti kentang gorreng dan salad..


Wild Mushrooms

Yang ni pula memang sup cendawan liar kegemaran, kaya dan sangat berkrim, isi dia cendawan liar cincang dan dihiasi dengan croutons, setiap hidangan wild mushroom ni disediakan dengan baguette slices..



Paling best DÔME Café Malaysia ni sangat kids friendly siap ada menu untuk kanak-kanak dan sediakan crayon untuk bebudak ni mewarna at least duduk diam sikit depa ni time tengah makan..

DÔME Café Malaysia ni berada di Sky Avenue

Lokasi :
T2B-46&47, SkyAvenue, Jalan Major Philip Lim, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang.

Tel : 6011-1797 4118

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
https://www.rwgenting.com/skyavenue/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com