Menu Popular Boat Noodle di Sky Avenue Genting World Resorts


Bagi peminat Boat Noodle lebih-lebih lagi I, memang ini bukan kali pertama I menikmati Boat Noodle, rasa macam lebih 2-4 kali juga la sebab Boat Noodle ni dia tawarkan makanan dari Thailand sekitar kawasan pasar terapung di Ayuthaya. Warga tempatan di situ berniaga di atas bot termasuklah mee, dengar cerita kalau di sana portion saiz yang besar tapi kali ni dia tawarkan yang kecil, tapi dengan pelbagai rasa la, rasanya ada banyak tau tapi I dapat rasa 4 jenis. So far memang puas hati sekali slurp the mee is gone from the bowl.


Antara yang mee yang paling famous di Boat Noodle ialah Chicken phatumthani rice noodles, chicken prosperity yum dan juga beef. Sofar saiz yang dihidangkan kecil tapi rasa dia just wow, I suka rasa sweet sweet spicy, memang boleh repeat banyak kali ni mahu tak 10 mangkuk hehe.


Sangkaya ni ialah roti yang di stim dan boleh cicah dengan dia punya inti kaya, so far sangat gebu gabas dia punya roti, and lembut je bila kunyah.



Last not least I cuba dia punya Cha Keow Yen iaitu milk green tea, of course siapa yang suka minum green tea memang you all boleh tahu Boat Noodle offers the best tau. Rasanya lemak-lemak manis berkrim gitu so far memang enjoy minum lepas makan mee di Boat Noodle.


Untuk maklumat lanjut mengenai Boat Noodle SkyAvenue, rujuk di bawah :

LOT T2C-B02,
Level T2C Sky Avenue,
Resorts World Genting.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com