Selesa menginap di First World Hotel, Genting Highland.


Bagi yang kerap naik turun ke Genting Highland anda mesti tahukan yang First World Hotel Genting Highland merupakan hotel yang terbesar berada di Genting Highland. Lokasi yang sangat berdekatan dengan Sky Avenue sangat memudahkan you all untuk menjamu selera atau melakukan aktiviti yang seronok di situ,

Kalau you all nak tahu First World Hotel ni merupakan hotel yang paling ramai pelancong tinggal ketika berada di situ.

Bilik yang kami dapat kali ni walaupun kecil tapi tuhan je tahu betapa selesanya stay kat dalam bilik ni sebab sangat bersih terutamanya toilet dan lantai rasa macam secalit habuk pun tak ada. Bilik ini ialah Bilik Y5 Deluxe Twin.

Bilik yang menghilangkan lelah penat we all setelah merayau-rayau di Sky Avenue tapi kami pula tersalah parking, parking dekat resort hotel, memang jauh betul berjalan, kelakar betul lah we all ni.

Apa lagi jom tengok kemudahan yang berada di dalam Bilik Y5 Deluxe Twin yang kami menginap di sini.


Pengering rambut,
\

 Toilet yang bersih dan I kasi A+


Bahagian suis lampu dan tempat letak kad


Bahagian cermin dia asing antara bilik mandi bilik buang air dan ruangan melawa..


Ada peti keselamatan dan juga peti ais.


Shower room..

Peringatan :
Lif time waktu puncak memang ramai tu mohon bersabar sikit...
Nak refill air ada di bahagian level bawah tanya dekat polis bantuaan..

Apa pun I selesa duduk di dalam bilik ni walaupun kecil sebab tak fikir banyak untuk discover ruangan.. :)

Penginapan di First World Hotel ditawar serendah RM50 untuk 3 jam waktu you all ak berehat. Hanya walk in dari 6 pagi sehingga 12 tengahari mengikut terma dan syarat tau.

First World Hotel & Plaza, Genting Highlands,
69000 Genting Highlands, Pahang,
Malaysia.

Tel No. : +603-2718 1118

Info lanjut : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/first-world-hotel/


www.syafierayamin.com