I Love Yoo! di Sky Avenue, Resorts World Genting


Ugh ada sesiapa dah singgah I Love Yoo di Sky Avenue ? Okay I dah singgah dan I tak tipu I totally in love with the food here. Omg sedap dan rasa sangat sihat makan kat sini, Kalau I naik Genting lagi sekali I nak ordered  dia punya taufufa dengan air soya dia sebab soya yang digunakan adalah non-gmo tau.


I tengok I Love Yoo! ni ada tawarkan makanan kuih-muih macam karipap donut, cakoi something like that.. I tak sempat nak cuba kuih muihnya lagi but I will soonest once I return here.


I Love Yoo! ni famous dengan yoo tiao dan juga kacang soya tau kalau nak tahu kedua-dua ni mempunyai sejarah yang tersendiri.



Yoo Tiao ni kalau nak dikenali sebagai cakoi which is masa I 6 tahun selalu sangat beli cakoi ni di pasar malam, rasa dia sangat lembut dan we all cicah dengan sos dia tau... tapi yoo tiao ni sejenis makanan tradisi dalam budaya cina. Mengikut lagenda, Dinasti Song mempunyai seorang pengkhianat yang bernama Qin Hui yang telah memerangkap seorang jeneral patriotik bernama Yue Fei. Bersama dengan isterinya Qin Hui telah berjaya menyebabkan jeneral itu dimasukkan di dalam penjara. Kisah itu berterusan di sebabkan oleh pengkhianat tersebut membuatkan mereka yang sangat marah pada kedua-dua suami isteri tu dengan membuat kuih doh yang membentukkan 2 wajah manusia yang menggambarkan Qin Hui serta isterinya. Kemudian digoreng di dalam minyak panas dan dipanggil sebagai Fried Hui, Kemudian tak pasti macam tu la bentuk Yoo Tiao sehingga kini.


Harga makanan di I Love Yoo! Makanan ringkas pun sangat murah kurang dari RM15. Dan makanan dia sangat lembut dan my tummy is happy having those wee.


Kacang soya pun ada ksiah lagenda tersendiri juga tau dimana Putera Liu An iaitu cucu kepada Liu Bang pula ialah seorang yang telah mengasaskan maharaja pada dinasti Han 2 ribu tahu yang lalu, telah menjadikan susu soya untuk mengubati ibunya yang sakit. Ibunya ingin merasai susu soya tu namun sebagai seorang yang tua dan tak berapa sihat sukar untuk mengunyah dan telah menyurug putera itu merendam, kemudian hancurkan kacang soya tu dan didihkan sehingga cecair pekat keluar dari kacang soya tu sehingga terhasilah susu. Terlampau banyak kebaikan minum susu soya dimana ianya kosong kolestrol seperti susu lembu dan mempunyai sedikit lemak tepu.


Apa pun makanan yang I nikmati di I Love Yoo! Sky Avenue ialah Yoo Tiau, herbal chicken, bubur nasi, susu soya suam dan juga taufufa. Ah memang sangat menyelerakan dan sangat sihat je rasanya.

Bagi you all yang singgah di Sky Avenue jangan lupa tau nikmati makanan di I Love Yoo ! lokasi di T2C-02B SkyAvenue, Resorts World Genting.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com