Texas Chicken di Sky Avenue


Siapa sini peminat Texas Chicken? Yea me me, tipulah I cakap I bukan peminat Texas Chicken, kalau bukan di Sky Avenue pun I memang selalu juga la makan Texas Chicken ni bukan apa sebab ianya adalah salah satu outlet fast food yang tawarkan hidangan ala-ala barat ayam yang sangat gebu gebas and less oily la. Daging pun sangat empuk, ais krim sedap, dia punya potato bun pun awesome memang layan tambahan pula air pula boleh refill gitu.. lepas tu makin lama makin banyak seleksi pilihan menu di Texas Chicken ni.


Texas Chicken menawarkan hidangan menu utama ialah ayam yang lain ialah kentang putar, french fries sekarang dah boleh pilih nak ada keju atau tak, burger dia ada yang pedas, pedas yang meletop, ada coleslow lepas tu ada ais krim ana shortcake eh memang macam-macam ada di Texas Chicken ni yang mampu membuatkan mulut berair je heheh.

 
Yang I makan ni Shortcake ais krim coklat, ah ais krim dia of course la vanilla and tesktur dia jenis lembut dan boleh cair di dalam mulut gitu... then dia letak coklat gitu bawah tu ada kek coklat, memang layan duh..


2 ayam goreng original dan bun potato huuu, yang tu cheezy fries, ugh memang enak betul melayan, berkeju-keju je rasanya hehehe..


seee my family memang layan sehingga menjilat jari gitu woah...

Bagi you all yang berada di Sky Avenue bolehlah layan Texas Chicken kat sini dan harga pun affordable gitu...

Texas Chicken ni berada di Level 4 Sky Avenue..

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com