Sushi Zanmai @ Sky Avenue, Resorts World Genting


Ohayo semua ! Bagi penggemar Sushi dan rasa nak makan makanan asli dari Jepun yang segar, enak dan sedap bolehlah simggah ke Sushi Zanmai. I sebenarnya memang selalu juga makan di Sushi Zanmai sebab restoran makanan Jepun ni selalu sediakan yang fresh especially tuna dan salmon. Dah la di Sky Avenue, sejuk-sejuk makan sushi memang awesome la.


Yang I pilih ni set E huuu memang awesome la kulinari dari Sushi Zanmai ni... memang I punya husband peminat makan sushi, jadi memang tak sia-sialah I angkut suami dan anak-anak I menikmati makanan asli Jepun ni.


Yang ni pulak set kumpulan kak Ellia, ahh memang nampak sangat delicious dan I geram sangat tengok beef tu tapi tu la I punya set E pun kemain banyak jadi I tak dapat mengjoin lah di kumpulan kak ellie maybe next time kot. hehe.


Yang ini ialah Salmon Zanmai ( 8 ketul + 1 roll ) Harganya dalam RM33.80

Dalam 1 pinggan ni terdapat 2 jenis salmon yang segar, salmon belly, broiled salmon, salmon yang dipanggang dengan cod roe dan juga 6 biji salmon roll. Ah salmon ni favorite anak sulung I. Kalau dia tak tidur time tu confirm dia ngap semuanya tau.


Asama ni ada 3 jenis ikan @ RM 36.80

Tuna, Yellowtail dan Salmon.. yang disediakan secara mentah tapi rasa yang sangat segar dan kenyal, I paling gemar cicah dengan wasabi dan juga kicap. So dar ini adalah hidangan yang paling best I makan sebab ikan mentah ni sangat chewy macam makan chewing gum haha kenyal-kenyal gitu.... Kalau nak tahu hidangan ikan mentah salmon, tuna dan yellow tail memang makanan paling famous di dalam Sushi Zanmai tau hehe.


Hotate Mentaiyaki @ RM13.80

Dengan sos cod roe dan I tak pasti sama ada dia grilled dengan keju atau tak memang yang ni la makanan laut yang sangat mencuri perhatiaan I ketika berada di Sushi Zanmai. Dalam dia ada scallop huu memang sangat teruja setiap kali kunyahan sebab kenyal kenyal juga, eh rasa nak makan ni lagi in the future.


Kani Avocado Salad @ RM23.80

Yang ni semangkuk salad segar yang dihiasi dengan ketam, ebi dan avakado, sayur-sayuran seperti tomato, timun, dan lemon memang membuatkan salad ni sangat enjoying bila makan. Ada macam thousand island sos lah kalau you all nak salad ada rasa cuma I lebih suka dengan perahan lemon lebih terasa kesegaran tu.


Chicken Karaagee Don @ RM20.80

Sushi Zanmai bukan sahaja menyediakan mee sahaja tapi nasi pun ada, nasi ni memang popular di seluruh Asia dan dihiasi dengan Chicken Karaage Don di atasnya. Bawang dia potong agak tebal dan juga sayur bawang pun buat hidangan ada nasi ni terasa sangat enak tau.


Mentaiko Spider Roll @ RM23.80

Atas soft shell sushi roll ni sebenarnya avakado dan juga mayonis cod roe tau ni adalah salah satu hidangan signature di Sushi Zanmai,, memang dalam tu ada perasa makanan laut dari soft shell crab yang ranggup dan juga cod roe, sekali ngap je mentaiko spider roll ni sebab rasa dia sangat marvelous !


Teriyaki Chicken Miso Ramen @ RM15.80

Dekat Sky Avenue tu waktu malam memang agak dingin juga lah jadi bagi yang nak hangatkan badan I sangat rekomen you all nikmati sendiri Teriyaki Chicken Miso Ramen ni di mana miso-broth ramen ni dihiasi dengan ayam yang dipanggang dan ianya merupakan menu pilihan ramai yang menikmati hidangan di Sushi Zanmai.


Pilihan menu minuman I dan husband ialah teh hijau panas dan juga Jus oren tanpa ais,

memang layan betul..

Lokasi Sushi Zanmai ni di T2C-11 Sky Avenue, Resorts World Genting.
Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com