Genting Bowl Tarikan Terbaru di First World Plaza


Bagi peminat bowling, inilah masanya untuk anda membuktikan yang anda ialah seorang pemain/jaguh bowling pada rakan-rakan anda. Hi hi, untuk I, I tak pro main bowling tapi untuk jatuhkan several pins tu bolehlah kalau straight pun itu kadang-kadang berdasarkan luck/tuah saja.

I mungkin bukan peminat setia aktiviti sukan seperti Bowling ni tapi ianya adalah satu tarikan terbaru di First World Plaza, sesi santai yang you all boleh luangkan masa bersama-sama keluarga anda.




Terdapat 28 lorong di Genting Bowl ni setiap satu lorong boleh memuatkan sekurang-kurangnya 4 pemain. Setiap pemain akan mendapat peluang 2x sebelum giliran pemain lain.


Bola pula boleh pilih mengikut saiz dan berat, paling kecil ialah 6 dan paling berat mungkin sekitar 14-16 I tak tanya pula bola paling berat sebab time tu I hanya cari yang paling ringan mengikut kesesuaian tangan dan saiz I.


Keseronokan benar-benar bermula selepas jam 6 malam apabila bowling neon bermula untuk keseronokan tambahan.

Masa operasi adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Harga untuk tarikan boleh dibeli secara berasingan atau dalam kombo dua atau tiga tarikan. Pelawat kini boleh menikmati pakej istimewa yang tersedia untuk tarikan-tarikan di mana pengunjung boleh memilih Combo 2 untuk mana-mana dua tarikan bermula dari RM60 untuk tiket kanak-kanak Genting Rewards atau Combo 3 untuk mana-mana tiga tarikan bermula dari RM72 untuk tiket kanak-kanak Genting Rewards. Kadar yang berbeza untuk tiket bukan ahli dan kadar dewasa.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.






Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com