3 TIPS Simpanan Pendidikan Untuk Masa Hadapan Anak-anak


Bila dah jadi ibubapa, memang banyak benda yang perlu dititikberatkan untuk masa depan anak-anak lebih-lebih lagi untuk bahagian pendidikan di pengajiaan tinggi. Seperti yang kita sedia maklum kos untuk menara gading ni bukan murah tau. Mengikut pengalaman I yang telah habis belajar peringkat diploma, I akui memang banyak juga lah duit keluar untuk sesuatu bidang tapi nasib baiklah wujud PTPTN untuk 'covered the whole semesters' tu.

Tapi bila difikirkan balik macam kesian pula anak-anak kita  pada masa akan datang untuk bayar kos-kos sesi pembelajaran. Adakah anak-anak kita perlu lalui adegan hidup susah macam ibubapa masa di dalam menara gading ?  Huh, kalau diikutkan zaman dulu-dulu normallah kan baru lah budak-budak ni merasai susah senang menuntut ilmu tu kan ? Cuma pada masa akan datang kita tak tahu nasib kita macam mana. At least wujudnya sistem pertabungan dari usia muda ni sedikit sebanyak membantulah juga anak-anak kita teruskan kehidupan tanpa tercicir ilmu. Jadi di sini I nak kongsikan 3 TIPS simpanan pendidikan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

Tips Pertama : Sediakan Tabung yang comel
Bila ada tabung yang comel-comel of course lah kita rasa macam nak filled in je kan tabung tu, kalau boleh tabung tu better jangan lutsinar sebab biasalah mata bila nampak duit rasa nak berbelanja je duit tu tau. Baru simpan dalam tabung tak cukup penuh dah terguna pula, hiks. Jadi pastikan tabung tu seeloknya tak nampak dalam kalau boleh kunci bahagian penutup tu, lagi satu simpanlah dalam tabung plastik ke buluh ke janji bukan kaca sebab kalau kaca lagi mudah pecah.


Tips Kedua : Buat Simpanan Pendidikan
Sebab itulah wujudnya SSPN1M ( Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia ) ni iaitu sebuah skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah berkonsepkan 'Wakalah Bil Istithmar' untuk tujuan pelaburan dimana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka. Ianya juga bertujuaan untuk pendidikan tinggi yang direka khas ileh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ).

Untuk proses pembukaan akaun yang cepat digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank. Simpanan minima yang ditetapkan oleh PTPTN bermula 1 Januari 2012 telah diwajibkan untuk para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA dan IPTS.

Tips Ketiga : IbuBapa kena Paksa Diri demi anak-anak
Sebagai seorang ibubapa yang memikirkan masa hadapan untuk anak-anak I rasa ini adalah usaha murni kerajaan untuk memudahkan setiap individu rakyat Malaysia untuk memiliki pendidikan pengajian tinggi yang terbaik dan terbilang agar dapat menyumbangkan khidmat kepakaran mereka setelah mendapat ilmu untuk negara. Jadi kita jangan terhadkan anak-anak kita untuk mereka gali ilmu di dalam menara gading. Kalau tiada paksaan diri daripada ibubapa teramatlah sukar untuk merealiasasikan impian untuk melihat anak-anak ke menara gading tanpa membuat beban hutang..
Jadi fikirlah.. korbankan nafsu kita berberlanja berlebihan barangan yang tidak mendatangkan faedah..

Paling menarik SSPN1M ni ada pelepasan taksiran cukai pendapatan tau, so info yang ni akan melegakan juga untuk I dan suami.. pelepasan taksiran cukai pendapatan ni maksima sehingga RM6,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa... rasa macam I kena beranaklah every year sebab buat simpanan untuk anak-anak I dalam SSPN1M ni boleh kurangkan jumlah cukai pendapatan setiap tahun tau...



Siapa sangka buat simpanan pendidikan anak-anak dalam SSPN1M ni pun dapat juga perlindungan takaful dimana keistimewaanya ialah premium dibayar oleh PTPTN, Perlindungan Ringgit ke Ringgit (takaful am) dan RM100,000( takaful amanah) siap ada khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000) dan juga penerima manfaat (RM500).



Rasa macam lega juga bila ada keistimewaan macam ni bila daftarkan anak-anak dengan SSPN1M. Paling untung sangat rasanya bila kita simpan RM500 untuk anak-anak PTPTN kasi lagi RM500 untuk anak-anak kita dan boleh digunakan bila anak-anak kita 18 tahun nanti.

Sekarang ni sebagai ibubapa I dah tak rasa takut dan bimbang lagi untuk pendidikan masa depan anak-anak I in the future, cuma kita kenalah bertindak segera untuk bantu anak-anak kita dengan mendaftarkan SSPN1M ni untuk mereka. At least sedikit sebanyak kurangkan beban anak-anak kita dalam pendidikan sebab pada masa akan datang tak pasti macam mana ekonomi lagi.


Apa pun masa I tengah layari laman web http://sspn1m.com/ ni ada macam info lengkap dan juga peraduan bagi yang menyimpan di dalam SSPN1M ni.

Apa lagi jangan lepaskan peluang terbaik untuk anak-anak kita mana tahu kalau kita menyimpan dapat menang pakej pelancongan keluarga. Sape yang untung ? Kita juga tau.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com