Suhu hampir -10 di SnowWorld, First World Plaza


Sejuk sejuk itulah perkataan yang dok keluar dari mulut I ketika berada di dalam SnowWorld, First World Plaza. Mana tak nya -10 oh kalah suhu peti ais selalu letak sekitar 0, itu pun ikan dah start beku dalam peti ais.. yang ini -10, percayalah cakap I memang korang akan keluar masuk cari tempat suam once dah masuk dalam Snow World ni.




Sebelum masuk korang kena pakai boots, sarung tangan dan baju sejuk cuma husband I cakap penggunaan kasut but tu sebenarnya tak begitu sesuai kalau pergi negara sejuk kena cari kasut yang boleh tahan sejuk tapi its okaylah sebab satu sesi di dalam Snow World ni ambil masa selama 30 minit.


I masuk-masuk je SnowWorld ni terus baring atas ais salji ni.. tapi dah jadi tak keruan bila ais masuk dalam kasut but I, terus cramp kaki dibuatnya.. huu..


Ada warm house ala-ala Iglo korang boleh masuk dalam ni just in case nak suamkan badan...


Paling stress bila masing-masing dah start baling salji, ugh sampai je salji tu dekat muka I, cramp sebelah jadinya...


 Ni baru sejuk SnowWorld I dah kaku, I tak boleh bayangkan kalau I pergi negara sejuk one day... mesti taknak keluar dari hotel langsung.. huhuh..


SnowWorld di First World Plaza ni sebenarnya ada sampai 2 aras, tapi disebabkan smart phone dan camera I basah jadi terhad pula gambar I ambil... memang tak tahan sejuknya...

Tempat spot yang menarik dalam SnowWorld ni adalah warm house, play slide + cresta run toboggon slide + snowball time, Winter Downtoen + World Heritage Concept, Day- Night LED Light Animation Scheme dan juga The Lookout Point.

Harga :
Kanak-kanak 3-11 tahun atas 76cm RM30 untuk Warga Malaysia, bukan warga Malaysia RM40
Dewasa 12-59 tahun RM40 untuk Warga Malaysia, bukan warga Malaysia RM50
Warga Emas atas 60 tahun RM30 untuk warga Malaysia, bukan warga Malaysia RM40

Buka dari 9.30 pagi - 11.20 Malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
https://www.rwgenting.com/themepark/attraction/snow-world/overview/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com