Bengkel Fesyen Thomas Sabo dan Esprit untuk gaya masa kini @ Sky Avenue


Bercakap mengenai perhiasan aksesori wanita serta lelaki, selama ni I memang dah pernah surveys several aksesori dari jenama terkenal seperti Pandora, Thomas Sabo dan juga Trollbeads. Tapi kali ni I berpeluang untuk mengenali sendiri beberapa jenis rekaan koleksi terbaru dari Thomas Sabo iaitu Charm Club Generation.



Thomas Sabo kali ini menampilkan rekaan yang boleh untuk di 'mix and match' mengikut gaya dan personaliti yang sesuai mengikut individu.

Setiap gaya yang digayakan oleh seseorang individu mampu meningkatkan mutu penampilan seseorang. Bagi I rekaan Thomas Sabo ni banyak menggunakan elemen spiritual, bulan, bintang, matahari dan material perak aka s 925.


 Thomas Sabo juga menggalakkan mereka yang memakai aksesorinya untuk menghashtag #MyLifeMyChoice dimana setiap individu berhak memilih apa-apa sahaja tanpa rasa ragu-ragu.


Bagi peminat aksesori, I memang gemar bahan/material yang digunakan berasaskan emas 916 ataupun perak s 925 sebab bagi I bahan seperti ini mampu memberikan gaya yang ekslusif dan setiap individu pasti akan tampak elegan dan bergaya.

Apapun Thomas Sabo koleksi Charm Club Generation ni  membuatkan si pemakai nampak lebih  stand out lebih-lebih lagi gelang yang dimuatkan dengan beberapa charms yang ala-ala spiritual design tersebut.


Thomas Sabo juga menampilkan gaya yang elegan untuk setiap individu dengan penggunaan jam tangan. Siapa sangka jam tangan juga mampu membuatkan si pemakai nampak lebih berwawasan dan futuristic mind. Warna hitam juga memberikan gaya misteri untuk setiap individu.


Thomas Sabo juga menawarkan rekaan bukan sahaja untuk wanita malahan lelaki juga tampil nampak gah dengan penuh gaya yang boleh menampakkan gaya maskulin dan lebih 'stand out.'


Choker dan gelang batu membuatkan si pemakai nampak lebih berani dan ala-ala style grunge gitu. Bagi I choker adalah rantai yang tidak menepati citarasa I namun ianya dapat membuatkan si pemakai nampak lebih garang dan bagi sesetengah individu ianya membuatkan si pemakai nampak lebih liar dan seorang yang suka akan kebebasan pada waktu malam. Namun gelang batu kristal tu boleh digayakan pada bila-bila masa dan membuatkan si pemakai nampak lebih manis dan jauh lebih remaja kerana warna batu kristal tu ala-ala pastel gitu.


Apa pun bagi anda yang berminat dengan rekaan Latest dari Thomas Sabo anda boleh dapatkannya di Outlet Thomas Sabo salah satunya berada di Level 3 @ Sky Avenue juga.


Esprit jenama yang tidak asing lagi buat kita menampilkan rekaan yang sangat santai sangat sesuai untuk mereka yang masih berjiwa remaja dan sukakan gaya yang bebas dan ala-ala street fashion.

Esprit telah mengeluarkan rekaan yang boleh di mix dan match lebih-lebih lagi penggunaan seluar jeans pendek, t shirt dan juga cardigan. Fesyen sebegini membuatkan golongan remaja nampak lebih santai dan lebih bebas.


Selain itu Esprit juga masih mengekalkan rekaan 'jumper' yang membuatkan si pemakai nampak lebih manis dan pada masa yang sama ianya tetap nampak santai dengan rekaan daun 'printed' pada setiap ruangan kain tersebut.


Seluar senteng, tshirt dan sweater juga menjadikan si pemakai nampak ala-ala military look pula, dengan high heel juga membuatkan si pemakai tampak lebih tinggi dan sasa.


Esprit juga menawarkan pakaian santai dan bebas untuk para lelaki juga, siapa sangka gaya santai macam ni sebenarnya adalah pilihan kebanyakan dari golongan remaja. Tidak sarat and well-looking.


Gaya ala-ala Miss Whatever ni sebenarnya sudah lama digayakan sejak dari tahun 90 an lagi. Seluar pendek , Tshirt dan sweater berwarna pink pastel dan kelabu membuatkan si gadis nampak lebih relax dan chill.


Koleksi pakaian Esprit kali ni lebih kepada konsep easy going I believe apa-apa pun favorite I adalah Jumper yang ada daun punya printed tu.

Bagi anda yang berkenan dengan pakaian dari jenama Esprit bolehlah check out Butik Esprit di Sky Avenue ya ! ;)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com