3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit dengan Althea #BareEssentials


Althea #BareEssentials menggunakan konsep kulit anda melengkapkan solekan ialah produk terbaru yang anda boleh dapati didalam Althea Store Online. Untuk peminat setia wajah bebas cela kini anda dapat menikmati solekan asas yang tipis dengan adanya Althea #BareEssentials !

Hanya dengan 3 langkah mudah penjagaan kulit dengan Althea #BareEssentials ianya adalah sangat sesuai untuk wanita urban masa kini. Antaranya :

  • Langkah Pertama : Bersihkan wajah dengan Contour Cleanser
  • Langkah Kedua : Lembabkan kulit wajah dengan Primer Water
  • Langkah Ketiga : Lengkapkan wajah anda dengan Fixer Cream
Tadaa, sekarang wajah anda nampak lebih bermaya dan bebas kusam.



Althea #BareEssentials sememangnya telah menjadi buah hati bagi mereka yang ingin kelihatan lebih ringkas namun nampak lebih sihat serta bermaya  walaupun berada di mana-mana.

Bagi I Althea #BareEssentials lebih menitikberatkan penggunaan konsep yang minimalis tapi tetap nampak elegan dan ranggi.


Althea #BareEssentials Contour Cleanser

Langkah pertama sebagai watak utama yang perlu ada di dalam setiap rutin penjagaan kulit. Ianya mengandungi bahan seperti Ice plant dan juga lemon verbena leaf.

Kenapa mesti CONTOUR ?
Bagi anda yang masih baru di dalam dunia kecantikan contour ni adalah sejenis teknik untuk membuatkan wajah anda berbentuk huruf V atau lebih dikenali sebagai tirus. Mempunyai bentuk wajah berbentuk tirus telah menjadi kegilaan ramai wanita masa kini sehingga ada yang sanggup menghabiskan banyak wang ringgit untuk membuang lemak di bahagian bawah leher.

Tapi sekarang tak payah susah-susah dah sebab anda sudah boleh memiliki bentuk wajah tirus dengan adanya Althea #BareEssentials Contour Cleanser syaratnya anda kena rajin amalkan cuci wajah anda dengannya.

Bahan :
Glycerin,Water,Myristic Acid,Stearic Acid,Potassium Hydroxide,Palmitic Acid,Lauric Acid,PEG-32,Glyceryl Stearate,PEG-100 Stearate, Cocamidopropyl Betaine,Glyceryl Stearate SE,Microcrystalline Cellulose,Zea Mays (Corn) Starch,Lactose,Potassium Cocoyl Glycinate, Polyquaternium-67,Sodium Chloride,Disodium EDTA,Menthol,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyquaternium-7,Fructooligosaccharides,Saccharide Hydrolysate,Pullulan,1,2-Hexanediol,Tocopheryl Acetate, Mesembryanthemum Crystallinum Extract,Sodium Benzoate,Sodium Acetate,Butylene Glycol, Lippia Citriodora Leaf Extract,Ethylhexylglycerin,Fragrance


Tanggapan I :

Untuk cucian pertama I dapat rasa contour cleanser ni membersihkan wajah I dengan bersih sehingga jauh ke dalam. Liang pori terasa bebas dari kotoran yang tersumbat. Tekstur contour cleanser macam ada manik-manik halus tak silap Althea called it micro capsules pop. Bila terkena air ianya akan menghasilkan micro bubbleshots, tambah air sikit demi sedikit ianya akan menghasilkan buih-busa yang fluffy gitu. Ianya membantu untuk mengelupaskan sel kulit mati secara halus dan menyingkirkan kotoran dari kulit wajah.

Paling best Althea #BareEssentials contour cleanser detoks segala toksik dalam wajah dan membantu membentukkan wajah yang lebih tirus dengan V-shaped.


Althea #BareEssentials Primer Water

Primer Water ni adalah gabungan 2 dalam 1 iaitu toner dan juga primer. Dengan menggunakan formulasi dewdrop yang telah dipatenkan ianya menguatkan sel kulit dan memberikan kesan yang cepat.

Selain daripada membantu melembabkan kulit ianya juga bertindak untuk mengimbangi tona kulit serta kulit nampak lebih muda dan berseri. Kandungan bahan seperti Snow Lotus juga mencerahkan wajah yang kusam sambil melembutkan tekstur kulit wajah yang kasar.

Bahan :
Water,Propanediol,Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone,Alcohol,1,2-Hexanediol,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer,Tromethamine,Betaine,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Xanthan Gum,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Butylene Glycol,Dipropylene Glycol,Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Saussurea Involucrata Extract,Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract,Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Origanum Vulgare Extract,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract,Thymus Vulgaris (Thyme) Flower/Leaf/Stem Extract, Sclerotium Gum,Agar,Polysorbate 20,PEG-60 Hydrogenated Castor Oil,Fragrance


Tanggapan I :

Althea #BareEssentials Primer Water ni hadir dalam sejenis cecair ala-ala embun air di waktu pagi, gabungan 2 dalam 1 seperti toner dan primer menjadikan tekstur cecair ni nampak lebih pekat.

Kalau I prefer menggunakan teknik pat pat pat* berbanding menggunakan tisu kapas sebab nanti tisu kapas tu yang akan serap khasiat dari primer water ni. Lagi pun dengan menggunakan teknik pat pat pat yang betul, primer water ni mudah meresap ke dalam kulit wajah tanpa meninggalkan rasa melekit dan basah.

I dapat rasa kulit wajah I jauh lebih lembab dan lembut sehingga hampir 12- 24 jam tau dan rasa kulit I terasa mempunyai kandungan nutrisi yang cukup serta lebih hidrasi malahan memang tak rasa kering langsung sepanjang hari.

Waktu dah pakai primer water ni memang kulit nampak plumpy dan liang pori semakin kecil tu sebab I berani keluar tanpa penggunaan alat solekan pada wajah I lebih-lebih lagi keluar makan malam dengan hubby I, heheh.

Dahlah muka I dan nampak macam Vshape lepas cuci pakai Althea #BareEssentials Contour Cleanser sekarang kulit rasa nampak muda pula dah kalah anak dara, guys. Hihih !


Althea #BareEssentials Fixer Cream

Ianya menjadikan kulit lebih hidrasi selama 24 jam. Lembapan yang dikunci jauh masuk ke dalam kulit tanpa menjadikan kulit kering sehingga seharian. Ianya sebagai keperluaan asas untuk kulit wajah anda serta menjadikan kulit anda lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

Antara bahan utama yang ada dalam Fixer Cream ni adalah seperti trehalose merupakan bahan yang sangat berkuasa untuk mengekalkan lembapan di atas kulit. Teh Hijau Liar pula menghidrasi, menenangkan dan sangat kaya dengan anti-oksidan. Fixer Cream ni mempunyai agen lembapan yang tidak berminyak sebab menggunakan Ekstrak pokok Baobab yang sekali gus membantu menggalakkan penghasilan kolagen.

Paling best ketiga-tiga produk Althea #BareEssentials adalah sangat sesuai untuk semua jenis kulit !

Bahan :
Water,Glycerin,Methylpropanediol,Dimethicone,Olea Europaea (Olive) Fruit Oil,Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin),Cyclopentasiloxane,Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol,Cetearyl Alcohol,Polysorbate 60,PEG-100 Stearate,Cyclohexasiloxane,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Carbomer,Tromethamine,Polyacrylate-13,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Polyisobutene,Propanediol,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Disodium EDTA,Polysorbate 20,Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate,Trehalose,Sodium Hyaluronate,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower/Leaf/Stem Extract,Camellia Sinensis Leaf Extract, Imperata Cylindrica Root Extract,Opuntia Ficus-Indica Stem Extract,Adansonia Digitata Seed Extract,Fragrance



Tanggapan I :

Setiap kali aplikasi Althea #BareEssentials Fixer Cream I dapat rasa kulit I lebih lembut lembab dan tak rasa kering langsung dalam tempoh lebih dari 24 jam. Dia macam langkah terakhir untuk kunci semua jenis lembapan bermula dari langkah kedua I iaitu langkah Toner dan primer.

Paling best wajah I langsung tak rasa berminyak sehingga lamanya dalam masa sehari tau. Memang wajah I nampak lebih plump plump rasa macam pegang belon pula dah, hehe.

Apa-pun I sangat in <3 dengan ketiga-tiga langkah yang sangat mudah dari Althea #BareEssentials.

Dah masuk dalam penjagaan kulit kegemaran I dah !
Nak details lagi boleh tengok my VLOG bawah ni :


Harga Althea #BareEssentials :
Contour Cleanser : RM23
Primer Water : RM43
Fixer Cream : RM 50

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
http://my.althea.kr


www.syafierayamin.com