Jr Curry dan OnlyMee di Level 4, Sky Avenue


Untuk Food trail I di Sky Avenue selama 24 jam 24-25 Mac 2017 yang lalu, I singgah Jr Curry dan OnlyMee sebagai task pertama I untuk discovered several food di situ. Agak menarik kerana JR curry dan juga OnlyMee dibawah pengurusan yang sama. Kedua-dua restoran ini mempunayi tahap kebersihan yang memuaskan hati dan pelbagai pilihan makanan yang disediakan dengan harga yang sangat berpatutan mengikut saiz portion. Memang sangat menyelerakan dan puas hati makan di kedua-dua restoran ni. No wonderlah memang non-stop yang singgah di kedua-dua restoran ni.

 
JR Curry ni merupakan salah satu destinasi sehenti di Sky Avenue yang menawarkan makanan India yang asli dan masakan melayu macam ala-ala style mamak tau. Paling best Jr Curry menawarkan hidangan yang sihat untuk anda yang jenis on-the-go gitu.


JR Curry menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti ayam masak rempah, gulai, kari, sayur-sayuran eh macam-macam lagilah sampai rambang mata tau. Minuman pula you all boleh minta nak air teh tarik, air laici atau pun boleh je pilih minuman di bahagian chiller. Buah-buahan potong pun ada memang JR Curry sangat mementingkan kualiti dan masakan yang enak untuk kepuasan sesiapa yang menikmati makanan di sini tau.


Staff pun sangat friendly dan bantu mengambil makanan untuk kita tau.

Bagi anda yang nak menikmati makanan hidangan India asli dan masakan tempatan bolehlah singgah level 4, Sky Avenue Genting, Bentong. Buka setiap hari dari 7 pagi sehingga 1 pagi.


Bagi peminat hidangan yang berasaskan mee, haaa sinilah outlet yang you all boleh pergi, yeap ianya bersebelahan sahaja dengan Jr Curry like I said sebab ianya di bawah pengurusan yang sama. Kalau you all nak tahu Only Mee sudah wujud sejak dari tahun 2005 lagi tau, waaah memang sudah lama. Dan ianya diinspirasikan di seluruh dunia yang akan memberikan selera pada deria rasa anda. Mee yang dihasilkan menggunakan bahan yang segar tanpa pengawet atau pewarna. Memang setiap slurrpppy sangat berharga guys.


You all kena order dulu mee pilihan you all, macam I ordered mengikut selera I lah..


Makanan yang we all ordered ketika berada di JR Curry dan OnlyMee di Level4, Sky Avenue.. Asam Laksa dan chicken chop ! Wahhh memang layan makanmakan asam laksa OnlyMee, my husband cakap mee dia sangat sedap.. memang we all time tu makan sampai licin la...

Chiken chop sizzling pun not bad rasa ayam dia tu sangat crispy tau, dia punya gravy pun memang kena dengan selera kami anak-beranak..

air pula honey lemonade, milo suam dan barley suam..


so far memang I rekomen untuk yang sukakan masakan india asli dan mee yang sangat fresh di Jr Curry dan OnlyMee, Nanti pergi Sky Avenue I nak ke sini lagi.. weee..

Ruangan tempat makan pun agak selesa, luas dan boleh memuatkan ramai keluarga...

Only Mee, Sky Avenue Genting
Lokasi : Level 4, Sky Avenue Genting
Buka setiap hari 24 jam setiap hari


www.syafierayamin.com