Tokuya - Kedai 100 Yen tawar barangan dari Jepun

I tengah shopping di Tokuya
Baru-baru ni I sempat singgah ke kedai 100 yen iaitu Tokuya yang kini berada di lokasi yang lebih luas dan selesa untuk kita membeli belah disitu. Kebanyakan barangan yang dijual sini datang dari Jepun tau, barang yang dijual pun sangat berkualiti tinggi. Barangan keperluan rumah pun ada di Tokuya.

Hampir 20,000 produk dari Jepun seperti alatan tulis, peralatan dapur, kaca dan seramik, kosmetik, alatan menanam, perkakasan, peralatan mencuci, mainan, barangan untuk binatang dah sebagainya.

My Shopping Haul RM 100
Mula- mula I ingat Tokuya ni jual barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang mahal sekali tu sampai je musnah segala sangka buruk I. Setiap kali I tengok harga untuk setiap barangan di situ. Wow semuanya macam kau boleh beli 1 kedai la (gurau je)

Paling menarik hati I ialah tikar kayu tu, ada 2 saiz RM15 dan juga RM20. Ended up I ambil 2 saiz yang RM20 tu hehe. Memang puas hati.

Chopsticks yang sangat berkualiti tinggi Husband I grabbed dari Tokuya.

Tokuya

Rekaan yang unik dan minimalist
Barangan di sini sangat unik, dan memang menarik hati dan tempat ni sangat bahaya untuk kaki shopping macam I takut I grab banyak nanti hehe.

Tikar Kayu ni la ada harga RM15 dan RM20


Dekat sini pun ada pewarna kuku khas untuk korang yang gilakan barangan kecantikan dan kosmetik

Comelkan  cermin dan sikat ni macam Peralatan Sailoormoon dah

Barangan kosmetik seperti celak,pembayang mata pun ada di sini tau

Tadaaa time for shop hunting !

Tokuya yang sangat luas dan konsep kedai seperti berada di Jepun

Met Jonathan

Tahniah Tokuya untuk pembukaan kedai terbaru di Arcoris Plaza Mont' Kiara!


Yang ni total harga barang yang sempat I membeli belah di TOkuya, so far memang sangat puas hati dapat hauls dari Tokuya ni, I lebih fokus untuk mencari barangan dari jepun dengan konsep yang minimalist. Barangan untuk kanak-kanak pun I sempat grabbed sepeti belon dan sebagainya.

Sebenarnya I memang rambang mata bila masuk kedai Tokuya ni sebab banyak barangan yang cantik dan menarik di hati lagi pula dengan harga yang murah datang dari jepun lagi, memang terasa teruja nak shopping lah.

Apa lagi I akan visit lagi sekali sebab I punya rumah masih dalam proses dekorasi. Memandangkan I dan husband nak buat deko rumah konsep ala-ala Jepun jadi kat sini mungkin tempat yang sesuai untuk pergi.

TOKUYA
Facebook | Instagram
03-6411 2082

LG 1-06 & 07, Arcoris Plaza Mont' Kiara,
Jalan Kiara Kuala Lumpur, Malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com