Tahniah #JAMPI menang Tempat Pertama #AJL32

Gambar dari Xtra !

Fuh siapa yang tengok persembahan artis-artis juara lagu sebentar tadi, ternyata malam tadi rata-rata ramai yang terpukau dengan semua persembahan artis-artis yang layak ke FINAL kan ? Tema untuk #AJL23 tahun 2018 ialah fesyen dan muzik.

Bagi I honestly lagu dari Altimet Amboi Amboi Amboi tu berjaya membuatkan penonton turut serta sekali untuk angkat tangan agreed dengan issue what happened lah in our country kan.. kereta mewah tapi duduk rumah sewa amboi.. haha ! Memang style Malaysian sangat yo. Apa pun tahniah pada Altimet merangkul Anugerah Persembahan Terbaik

Persembahan Ernie dan Syamiel juga tidak kurang hebatnya, seriously I memang teruja tengok gaun ala-ala princess yang Ernie pakai tu, dah la comel suara bila tarik part high key note tu memang mengancam, I yakin penonton time tu ternganga mulut tengok persembahan dari mereka. No wonder lah lagu dorang ni menang Anugerah Vokal Terbaik !

AJL32 kali ni I tak boleh masuk dengan persembahan Bayang dari Khai Bahar, I rasa dia banyak lost time tu, suara macam nak dengar dan tak dengar je, macam agak kureng lah persembahan dia kali ni, tapi apapun dia tetap ramai peminat yang tetap undi dia, dan Khai Bahar dinobatkan sebagai : Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung.

Lagu yang menggunakan bahasa isyarat sebagai persembahan yang menusuk kalbu ni pun buat I tercenggang depan TV untuk memahami setiap makna di dalam lirik, bagusnya idea ni sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran pada masyarakat kita mengenai golongan istimewa yang tidak mampu berkata-kata melalui suara dan kemungkinan tidak mampu mendengar segala gelombang namun hati tetap berbisik ! Tahniah kepada Haqiem Rusli yang merupakan penyanyi yang termuda menjadi pemenang tempat ketiga untuk lagunya Tergantung Sepi.

Tempat Kedua untuk #AJL32 ini juga tidak kurang istimewanya, komposer dari Faizal Tahir dan Mike Chan ni ternyata membuatkan lagu ini sangat unik dan tersendiri yang dinyanyikan oleh Azmi Caliph Busker dengan tajuknya Sejati.

JAMPI dari Hael Husaini komposer oleh Ezra Kong ni telah buat penonton di Stadium ni jadi seperti patung yang terpaku akibat 'under the spell' dengan persembahan merah-kemerahan ala-ala jumpa tok moh kan telah memenangi Tempat Pertama untuk #AJL32 kali ni ! Tahniah once again dari syafierayamin.com.

Bagi  yang tak menang tahun ni tak pe Next Year Ada Lagi ! Hopefully lagu akan datang buatlah lagu mengenai realiti kehidupan rakyat Malaysia instead of lagi cinta je memanjang. Eh.


Hadiah untuk #AJL32

Juara - RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000
Tempat Kedua - RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000
Tempat Ketiga - RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik - RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000
Persembahan Terbaik - RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan - Samsung Trofi & telefon pintar Samsung A8+.

www.syafierayamin.com