KSP SERAH KAD DIGITAL NGO NEGARAKU


Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda telah dihadiri hampir 50 NGO sebagai peringkat permulaan dimana Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan koperasi yang berdaftar.

Mobile App NGO Negaraku telah diperkenalkan di dalam program komuniti Digital NGO Negaraku yang boleh diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku supaya dapat menikmati tawaran pembelian barangan yang terpilih dengan harga yang berpatutan. Pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuaan membantu antara satu sama lain mengikut keperluaan sebenar juga telah berada di dalam aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli yang terlibat.


Dengan jalinan usahasama dan penawaran berkelompok telah mewujudkan Mobile App NGO bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi.


Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

“Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan Ahli-ahli NGO dan Koperasi.

"Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manafaat yang berganda,”jelasnya.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini termasuk Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang). Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro ‘Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah. Presiden Angkasa, wakil persatuan, ahli, pengeluar produk dan sebagainya.


Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku Dr Nur Hadi berkata. 

Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan Masyarakat yang bersatu padu menurut Dr Hadi selaku Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku.

Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride. Kaspersky,comfort reflekxologi dan lain lain.


Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku :
  • Membentuk sebuah Platform bagi menggabungkan keijasama diantaia NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama.dan penawaran berkelompok. 
  • NGO serta ahli-ahli bekeq'asama dah mem_bentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital. 



Latar belakang Kelab Sahabat persaudaraan :

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk diperkenalkan kepada Masyarakat.
  1. 1 Mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai.
  2. 2 Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip: 
  3. Meghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital perteraskan semangat Negaraku. 
  4. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar. 
  5. Mendidik Masyarakat datuk berbelanja secara bijak dan berhemah. 




Untuk maklumat lanjut mengenai program Mpay Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, sila layari : www.kadnegaraku.com.my

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MPay, sila layari :
www.managepay.com

Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :
https://www.facebook.com/Kelab-Sahabat-Persaudaraan-973121466155691/

Thanks to Megat for covering this event for www.syafierayamin.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com