Resepi : Nasi Ayam



Baru harini I nak share resepi nasi ayam, haa ni nak cerita, haritu ada attended kelas masakan bersama Sharp, dan ini adalah salah satu menu nasi ayam yang I sendiri cuba masak atas pantauan chef. Fuh memang bila ingat balik meremang bulu roma cara chef Patricia ajar masak dengan pantas mudah tapi nasi ayam tu rasa sedap sangat.


Rasa macam seronok nasi ayam 1 pot ni habis sepantas kilat lol, mesti sedap sangat, Adelia time tu memang makan banyak nasi ayam I buat atas ajaran Chef Patricia.


Resepi dia senang je tapi lagi bagus kalau korang masak guna Sharp Pressure Cooker ( model No : KQA60RD )

Bahan untuk Ayam

  • 300 gram ayam yang dicincang
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 sudu kecil minyak sesame
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 1/2 sudu tepung jagung
Bahan untuk Nasi Ayam
  • 400 gram beras wangi
  • 400 ml stok ayam
Bahan Lain :
  • Bawang merah
  • Daun ketumbar
  • Daun Bawang
  • Hiasan sperti bawang goreng


Cara nak masak :

  1. Perapkan ayam dengan bahan untuk ayam kemudian biarkan sekejap sehingga bahan meresap dalam ayam
  2. Basuh dan toskan beras
  3. Masukkan beras dan stok ayam ke dalam periuk yang bebas lekatan ( non-stick )
  4. Ayam yang diperap tu masukkan sekali dalam periuk yang bebas lekatan tadi
  5. Tutup periuk dan tetapkan masa untuk Nasi P-10
  6. Biarkan suam untuk 10 minit
  7. Hiaskan nasi dengan bawang goreng dan hidangkan.
Tengok simple tak nasi ayam ni punya resepi ? Sedap pun sedap, apa lagi yang kau bising, kau makan aje la. Ha ha ha :)

Apa lagi selamat mencuba masing-masing.
www.syafierayamin.com